Tag ialah kata kunci deskriptif yang boleh anda tambahkan pada video anda untuk membantu penonton mencari kandungan anda. Tajuk, lakaran kecil dan perihalan video anda merupakan metadata yang lebih penting untuk penemuan video anda. Potongan maklumat utama ini dapat membantu penonton menentukan jenis video untuk ditonton.
Tag akan lebih berguna jika kandungan video anda sering mengandungi salah ejaan. Jika tidak, tag memainkan peranan minimum dalam penemuan video anda.
Nota: Menambahkan tag berlebihan pada perihalan video anda adalah bertentangan dengan dasar kami tentang spam, amalan yang menipu dan komplot.
Tambahkan tag video YouTube
Video baharu
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, klik BUAT
Muat naik Video.
- Pilih fail yang mahu anda muat naik.
- Dalam bahagian "Butiran" aliran muat naik, klik LAGI PILIHAN dan tambahkan tag anda.
Video dimuat naik
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Kandungan dan pilih video anda.
- Klik TUNJUK LAGI dan tambahkan tag anda.
Anda juga boleh mengedit tag pada mudah alih dalam apl YouTube. Ketahui cara mengedit video yang dimuat naik pada mudah alih.