Jom Main ialah permainan yang boleh terus dimainkan pada YouTube dengan semua peranti.
Mula menggunakan Jom Main
Jom Main boleh ditemukan pada rak Jom Main pada halaman Laman Utama YouTube atau terus pada halaman destinasi Jom Main, yang boleh diakses daripada menu Teroka. Anda juga boleh mencari Jom Main menggunakan Search dan dalam tab Anda setelah anda menyimpan permainan untuk dimainkan kemudian. Untuk berkongsi permainan daripada kad atau semasa bermain, pilih tiga titik Lagi
Kongsi.
Untuk mula bermain, klik mana-mana kad permainan untuk meneruskan dengan cara main. Pada peranti tertentu sahaja, anda boleh bermain permainan sambil menonton atau mendengar kandungan YouTube pada latar dan mengawal main balik video sepenuhnya melalui pemain mini.
Kami sentiasa menambahkan lebih banyak permainan, maka nantikanlah tajuk baharu yang akan datang.
Soalan Lazim Jom Main
Peranti yang disokong dan keperluan
Anda tidak memerlukan sebarang perkakasan, perisian atau pemasangan tambahan untuk Jom Main. Anda hanya memerlukan versi terkini YouTube, peranti yang disokong dan sambungan Wi-Fi atau pelan data (kadar data mungkin dikenakan).
Jom Main disokong pada peranti yang berikut pada masa ini:
- Android
- Versi apl YouTube: 18.33 dan versi yang lebih baharu
- Sistem pengendalian mudah alih:
- Android S dan versi yang lebih baharu
- Android O, P, Q, R (hanya pada peranti 64 bit atau 32 bit dengan memori tinggi)
- iOS
- Versi apl YouTube: 18.33 dan versi yang lebih baharu
- Sistem pengendalian mudah alih: iOS 14 dan versi yang lebih baharu
- Desktop/Web mudah alih
- Penyemak imbas: Chrome, Safari dan Firefox
Ketersediaan Jom Main
Pada masa ini, Jom Main ialah ciri percubaan yang telah dilancarkan kepada pengguna yang terpilih di negara/wilayah yang layak. Namun, sesetengah pengguna di kawasan ini mungkin tidak dapat menemukan Jom Main pada YouTube tetapi mungkin dapat mengakses Jom Main melalui pautan boleh kongsi yang unik bagi setiap permainan. Matlamat kami adalah untuk meluaskan ketersediaan pada masa akan datang.
Kemajuan permainan, skor terbaik dan sejarah yang disimpan
Kemajuan permainan akan disimpan secara automatik dan disegerakkan merentas mana-mana peranti disokong yang anda gunakan untuk log masuk ke akaun YouTube anda.
Kemajuan anda yang disimpan bagi setiap permainan disimpan dalam Sejarah YouTube > Interaksi. Hanya satu fail disimpan untuk setiap permainan dan kemajuan permainan anda tidak akan digunakan untuk syor. Jika anda memadamkan fail permainan yang disimpan, anda akan kehilangan semua kemajuan untuk permainan itu merentas semua peranti.
Skor terbaik sepanjang masa anda untuk setiap permainan juga disimpan dalam Sejarah YouTube > Interaksi. Skor ini disimpan secara berasingan daripada kemajuan permainan, maka tindakan memadamkan skor yang disimpan tidak akan memadamkan kemajuan permainan dan sebaliknya.
Jika anda tidak melihat kemajuan dan/atau skor yang disimpan untuk permainan tertentu dalam Sejarah YouTube > Interaksi, hal ini bermaksud permainan tersebut tidak menyimpan data ini dalam Sejarah YouTube.
Sejarah Jom Main disimpan dalam Sejarah YouTube untuk membolehkan anda menemukan permainan yang dimainkan baru-baru ini dengan mudah. Apabila dihidupkan, sejarah membolehkan kami memberikan syor permainan yang berkaitan. Anda boleh mengawal sejarah Jom Main dengan memadamkan atau mematikan sejarah anda. Permainan yang dimainkan semasa sejarah dimatikan tidak akan disimpan dalam Sejarah YouTube.
Untuk mengubah tetapan Sejarah YouTube anda
- Akses myactivity.google.com.
- Klik Sejarah YouTube dan edit mengikut pilihan anda.