Promosi video anda

Promosi silang video anda

  • Buat publisiti untuk video dan saluran anda pada radio, TV, laman web, forum, surat berita, dan platform rangkaian sosial yang lain. Pautkan saluran YouTube anda di pelbagai tempat yang boleh: laman web, blog, majalah.
  • Gunakan API YouTube kami untuk membuat lencana YouTube untuk laman web anda yang memaparkan kehadiran YouTube anda dan pautkan pada saluran YouTube anda.
  • Benarkan pembenaman agar orang lain boleh menyebarkan kandungan untuk anda. Gunakan URL dibenamkan yang disertakan dengan setiap video untuk membenamkan video pada laman web anda. Hantar pautan kepada blog yang mungkin mahu memaparkan kandungan anda.
  • Jika video anda merupakan ulasan produk, sertakan maklumat yang berikut sebanyak yang boleh sebagai tag video: UPC, EAN, ISBN, MPN, nombor model, dan jenama. Contoh: Untuk ReadyNAS Duo, tambahkan "UPC: 0606449056822, MPN: RND2150-100NAS, Jenama: NetGear" sebagai tag.

Berinteraksi dengan khalayak anda

  • Jangan Segan: Bercakap secara langsung kepada komuniti YouTube dan minta mereka melanggan!
  • Gunakan Perihalan Video dan Sepanduk untuk menggalakkan pengguna mengklik Suka dan Langgan.
  • Hidupkan Ulasan pada Halaman Video (anda sentiasa boleh memadamkan ulasan atau menyekat pengguna).
  • Gunakan Senarai Main untuk mengumpulkan kandungan anda mengikut tema untuk memudahkan pengguna mencari video pada saluran anda.
  • Berinteraksi dengan khalayak melalui sebutan, ulasan, langganan, dan dengan bertanya soalan atau mendapatkan idea.
  • Galakkan Persaingan. Gunakan tajuk yang menarik perhatian.

Gunakan Google Ads untuk Video

 Sedia untuk mencapai khalayak yang lebih meluas dengan video anda?

Dapatkan lebih tontonan pada video anda dengan Iklan YouTube. Sediakan kempen anda secara langsung pada YouTube Studio dan mula dapatkan lebih keterlibatan.
  • Anda boleh menyediakan kempen pengiklan yang ringkas untuk video anda dengan menggunakan tab Promosi pada YouTube Studio. Mulakan dengan mengikut langkah untuk membuat promosi baharu pada YouTube Studio.
  • Jika anda memerlukan kawalan yang lebih lanjut, gunakan Iklan YouTube yang ditampilkan pada Google Ads. Anda boleh mengetahui lebih lanjut dalam bahagian Iklan daripada Pusat Bantuan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4954444489364017440
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false