Iklan pada YouTube membantu anda menyokong pencipta yang anda minati dan membolehkan berbilion orang di seluruh dunia menggunakan perkhidmatan penstriman. Apabila anda menyekat iklan YouTube, anda melanggar Syarat Perkhidmatan YouTube. Jika anda menggunakan penyekat iklan, kami akan meminta anda membenarkan iklan pada YouTube atau mendaftar untuk YouTube Premium. Jika anda berterusan menggunakan penyekat iklan, kami mungkin menyekat main balik video anda. Untuk mengelakkan gangguan, benarkan iklan pada YouTube atau daftar untuk YouTube Premium.
Cara membenarkan iklan pada YouTube
Ikut arahan untuk sambungan penyekat iklan anda.
AdBlock
- Pada bahagian atas sebelah kanan sambungan penyemak imbas anda, klik AdBlock
. Mungkin terdapat angka kecil yang melindungi AdBlock.
- Klik Jangan siarkan pada halaman pada laman ini.
- Dalam dialog “Jangan gunakan AdBlock pada”, klik Kecualikan. Ikon AdBlock bertukar kepada Dibenarkan
.
- Muatkan semula YouTube.
Adblock Plus
- Pada bahagian atas sebelah kanan sambungan penyemak imbas anda, klik Adblock Plus
. Mungkin terdapat angka kecil yang melindungi Adblock Plus.
- Klik Kuasa
supaya ikon itu meluncur ke kiri.
- Untuk memuatkan semula YouTube, klik butang Segar Semula .
uBlock Origin
- Pada bahagian atas sebelah kanan sambungan penyemak imbas anda, klik uBlock Origin
. Mungkin terdapat angka kecil yang melindungi uBlock Origin.
- Klik Kuasa
. Ikon akan bertukar kepada warna kelabu yang menunjukkan bahawa iklan pada YouTube tidak disekat lagi.
- Untuk memuatkan semula YouTube, klik Segar Semula
.
Penyekat iklan yang lain
- Klik ikon bagi sambungan penyekat iklan untuk penyemak imbas anda. Ikon ini biasanya terdapat pada bahagian atas sebelah kanan penyemak imbas anda.
- Ambil perhatian bahawa lebih daripada satu penyekat iklan mungkin dipasang.
- Ikut arahan untuk mematikan penyekat iklan untuk YouTube. Anda mungkin perlu memilih menu atau mengklik butang.
- Muatkan semula YouTube dengan mengikut arahan atau mengklik butang “Segar Semula” atau “Muat Semula” penyemak imbas anda.
Cara melaporkan masalah
Jika mesej tentang mematikan penyekat iklan anda dipaparkan apabila walaupun anda tidak menggunakan penyekat iklan atau penyekat iklan telah dimatikan, beritahu kami. Untuk melaporkan masalah, lihat bahagian bawah sebelah kiri mesej dan klik Laporkan masalah.
Cara mengurus iklan yang dipaparkan pada YouTube
Iklan yang dimainkan pada video YouTube atau video Shorts yang anda tonton disesuaikan dengan minat anda. Ketahui lebih lanjut tentang iklan pada video yang anda tonton. Jika anda mahu pengalaman YouTube tanpa iklan, di samping terus menyokong pencipta yang anda minati, semak manfaat keahlian YouTube Premium.