Anda boleh menambahkan video berkaitan selepas memuat naik video Shorts anda untuk membantu anda menghalakan penonton kepada kandungan YouTube anda yang lain. Video berkaitan membolehkan anda memaparkan Video, Shorts dan Langsung anda dalam pemain Shorts.
✨BAHARU✨ Tambahkan PAUTAN🔗 dalam SHORTS anda🩳
Tambahkan video berkaitan
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Dalam Menu kiri, pilih Kandungan.
- Klik video Shorts yang mahu anda edit.
- Pilih Video Berkaitan daripada saluran anda.
- Klik SIMPAN.
Nota:
- Penambahan video berkaitan hanya tersedia dengan akses ciri lanjutan.
- Video yang anda pilih hendaklah ditetapkan kepada umum atau tidak tersenarai dan mestilah mematuhi Garis Panduan Komuniti kami.
Cara penonton boleh berinteraksi dengan video berkaitan anda
Penonton akan melihat pautan boleh klik pada bahagian bawah nama pengguna saluran anda. Video berkaitan direka bentuk untuk melengkapi video Shorts anda dan menggalakkan penonton menonton lebih banyak kandungan anda.