Uji & bandingkan lakaran kecil

Anda boleh membandingkan prestasi bagi maksimum tiga lakaran kecil video untuk mendapatkan cerapan yang membantu anda membentuk strategi kandungan anda. Lakaran kecil perlu mengikut Garis Panduan Komuniti kami atau akses anda kepada ciri tersebut mungkin akan dialih keluar.

NEW: Test & Compare Thumbnails

Syarat kelayakan

  • Ciri ini hanya tersedia pada komputer melalui YouTube Studio pada masa ini.
  • Anda perlu mendayakan ciri lanjutan untuk melayakkan diri. Ketahui alatan dan ciri YouTube yang berbeza serta cara membuka kunci akses kepada ciri lanjutan.
  • Anda boleh menguji lakaran kecil pada video format panjang umum atau pada episod audio siar. Video Tayangan Perdana juga layak setelah Tayangan Perdana tamat dan video tersebut ditukar kepada video format panjang.
  • Anda tidak boleh menguji lakaran kecil pada video yang dihasilkan untuk kanak-kanak, khalayak dewasa atau yang bersifat peribadi. Ketahui cara menukar tetapan video anda

Uji dan bandingkan lakaran kecil anda

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Pilih video yang mahu anda uji. 
    • Uji video baharu: Daripada penjuru atas sebelah kanan, pilih BUAT  kemudian Muat naik video. Kemudian, muat naik video. 
    • Uji video sedia ada: Daripada menu kiri, pilih Kandungan. Klik video yang mahu anda edit.
  3. Dalam bahagian “Lakaran kecil”, klik Uji & bandingkan.
  4. Muat naik hingga 3 lakaran kecil untuk diuji.
  5. Klik SELESAI. Ujian akan bermula sebaik sahaja anda menerbitkan video anda.

Nota: Anda boleh menghentikan ujian dan memilih satu daripada lakaran kecil secara manual pada bila-bila masa dengan menggunakan "Hentikan & Tetapkan". 

Keputusan ujian 

Keputusan pemenang mungkin mengambil masa beberapa hari atau maksimum 2 minggu untuk dimuktamadkan. Apabila sudah dimuktamadkan, keputusan akan tersedia pada YouTube Studio. Anda boleh memilih untuk menggunakan lakaran kecil yang menang atau menjalankan semula ujian baharu. 

Faktor yang berikut akan mempengaruhi masa yang diambil untuk menerima keputusan: 

  • Kepelbagaian lakaran kecil: Semakin banyak perbezaan lakaran kecil, semakin besar kemungkinan ujian anda akan selesai dengan lebih pantas.
  • Tera: Semakin banyak tera lakaran kecil yang diterima oleh video anda, semakin besar kemungkinan ujian anda akan selesai dengan lebih pantas.

Soalan lazim

Bagaimanakah ciri ini berfungsi?

Pada akhir percubaan, lakaran kecil anda akan mendapat satu daripada keputusan yang berikut berdasarkan perkongsian masa tontonan: 

  • Pemenang: Lakaran kecil ini jelas mengatasi lakaran kecil lain berdasarkan perkongsian masa tontonan dan kami pasti hasil ini berkeertian statistik berdasarkan data daripada penonton.
  • Pilihan: Lakaran kecil ini berkemungkinan mengatasi lakaran kecil lain berdasarkan perkongsian masa tontonan. Peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh lakaran kecil pilihan tidak mencukupi untuk kami mengisytiharkan lakaran kecil tersebut sebagai pemenang dengan yakin. Lakaran kecil pilihan mungkin lebih menarik kepada penonton tetapi perkara ini tidak dapat ditentukan dengan tahap kepastian yang tinggi.
  • Tiada: Semua lakaran kecil menunjukkan prestasi yang sama dan tidak menghasilkan perbezaan statistik yang kukuh dari segi penglibatan. Dalam kes ini, lakaran kecil pertama yang anda muat naik akan menjadi lakaran kecil lalai untuk video anda. Sebagai alternatif, anda boleh menukar kepada lakaran kecil pilihan anda secara manual pada bila-bila masa.

Kumpulan kawalan

Kami mungkin mengekalkan peratusan kecil trafik sebagai kumpulan kawalan penonton yang dikecualikan daripada percubaan. Kumpulan kawalan hanya akan melihat lakaran kecil lalai. Prestasi video daripada kumpulan kawalan dikecualikan daripada pengiraan percubaan.

Mengapakah saya tidak menerima keputusan ujian “Pemenang”?
Memang lazim untuk tidak melihat keputusan ujian “Pemenang”. Apabila anda menjalankan percubaan, memang lazim untuk menerima keputusan ujian lain seperti “Pilihan” atau “Tiada”. Untuk menyemak laporan ujian anda, gunakan tab Jangkauan dalam YouTube Analytics.
Mungkin terdapat beberapa sebab video anda tiada “Pemenang” yang jelas:
  • Perbezaan minimum antara lakaran kecil: Mungkin perbezaan antara lakaran kecil yang dipilih untuk percubaan tidak memberikan kesan yang boleh diukur terhadap prestasi video.
  • Tera tidak mencukupi: Mungkin video anda tidak menjana jumlah tera yang mencukupi. Jika video anda memperoleh bilangan tontonan yang lebih tinggi, lebih besar kemungkinan “Pemenang” akan diisytiharkan.

Mengapakah perkongsian masa menonton digunakan untuk menentukan lakaran kecil pemenang?

Lakaran kecil yang hebat memiliki tujuan yang penting selain menarik perhatian penonton untuk mengklik. Lakaran kecil membantu penonton memahami maksud video supaya mereka tidak membuang masa mengklik video yang salah.

Mengapakah terdapat keputusan ujian lakaran kecil yang bercanggah?

Mungkin terdapat kes apabila berbilang ujian lakaran kecil akan membawa kepada keputusan yang berbeza: 

  • Keputusan yang berbeza menggunakan video yang sama: Keputusan ujian lakaran kecil untuk video tertentu mungkin berbeza-beza disebabkan oleh variasi statistik yang wujud dalam mana-mana percubaan dunia sebenar, sama seperti lambung syiling yang menghasilkan keputusan yang berbeza setiap kali disebabkan oleh kebarangkalian. Keputusan ujian juga mungkin berbeza disebabkan oleh perubahan semula jadi dalam komposisi khalayak video dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, tera awal berkemungkinan besar datang daripada penonton yang sudah biasa dengan saluran anda manakala tera kemudian lebih berkemungkinan merangkumi penonton yang belum menonton saluran anda.
  • Keputusan ujian lakaran kecil YouTube berbanding dengan keputusan ujian lakaran kecil pihak ketiga: Apabila menggunakan alatan yang bukan alatan asli YouTube, anda mungkin menerima keputusan ujian lakaran kecil yang bercanggah. Percubaan lakaran kecil YouTube merupakan ujian lakaran kecil A/B/C serentak yang benar. Hal ini bermakna semua variasi lakaran kecil ditunjukkan kepada penonton pada masa yang sama. Kebanyakan alatan pihak ketiga menjalankan ujian lakaran kecil secara berurutan dan dengan itu mungkin menjana hasil yang berbeza. Alatan ini lazimnya dioptimumkan semata-mata untuk kadar klikan yang mungkin menentukan lakaran kecil pemenang yang berbeza daripada pengukuran berdasarkan perkongsian masa tontonan. Hal ini mungkin kerana video dengan penglibatan keseluruhan yang tinggi (kadar klikan dan perkongsian masa tontonan yang kukuh serta faktor yang lain) dipaparkan dengan lebih kerap. Kami percaya bahawa penilaian lakaran kecil pemenang berdasarkan perkongsian masa tontonan akan menyokong pertumbuhan pencipta dengan paling baik.

Apakah peleraian lakaran kecil yang disyorkan untuk ciri ini?

Kami mengesyorkan penggunaan peleraian tertinggi untuk semua lakaran kecil. Jika peleraian mana-mana lakaran kecil lebih rendah daripada 720p (1280 x 720), semua lakaran kecil percubaan akan dikecilkan skala kepada 480p (854 x 480). Ketahui lebih lanjut tentang amalan terbaik lakaran kecil tersuai .
Bolehkah saya menguji dan membandingkan lakaran kecil saya untuk video yang menjadi Shorts?
Ciri Uji & Bandingkan Lakaran Kecil tidak tersedia untuk Shorts. Mulai 15 Oktober 2024, muat naik baharu dengan panjang maksimum tiga minit yang berbentuk segi empat sama atau dengan nisbah bidang lebih tinggi akan dianggap sebagai video Shorts. Perubahan ini akan mengambil masa beberapa minggu untuk dilancarkan. Ketahui Shorts tiga minit.
Setelah Video menjadi video Shorts, anda tiada akses lagi kepada mana-mana alat Uji & Bandingkan lakaran kecil yang dibuat atau dijalankan sebelum ini. Walau bagaimanapun, anda boleh menukar lakaran kecil pada apl YouTube. Ketahui cara memilih lakaran kecil untuk Shorts anda.

Bagaimanakah cara memberikan maklum balas?

Data daripada Uji & Bandingkan akan digunakan untuk menilai prestasi lakaran kecil anda. Pasukan kami menumpukan pada peningkatan sistem kami untuk menjadikan sistem ini tepat dan berguna bagi pencipta kami. Anda boleh memberikan maklum balas tentang pengalaman anda menggunakan ciri dalam laporan ujian. 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17275626458456514371
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false