Ketahui permintaan pengalihan keluar hak cipta

Permintaan pengalihan keluar hak cipta, juga dikenali sebagai "notis alih keluar" atau ringkasnya "pengalihan keluar", merupakan permintaan perundangan untuk mengalih keluar kandungan daripada YouTube disebabkan oleh dakwaan pelanggaran hak cipta.

Perlu diingat bahawa permintaan pengalihan keluar hak cipta adalah berbeza daripada tuntutan Content ID.

Cara proses ini berfungsi

Jika pemilik hak cipta menemukan kandungan dilindungi hak cipta mereka pada YouTube tanpa kebenaran mereka, mereka boleh menyerahkan permintaan pengalihan keluar hak cipta.

Selepas permintaan pengalihan keluar diserahkan

Selepas permintaan pengalihan keluar diserahkan, YouTube akan menyemak permintaan tersebut untuk memastikan permintaan itu mengandungi maklumat yang diperlukan oleh undang-undang hak cipta yang bersesuaian dan tiada tanda penyalahgunaan. Jika permintaan pengalihan keluar lulus semakan, YouTube akan mengalih keluar kandungan yang didakwa melakukan pelanggaran untuk mematuhi undang-undang hak cipta yang bersesuaian.

Jika permintaan pengalihan keluar tidak mengandungi maklumat yang lengkap atau jika butiran lanjut diperlukan, YouTube akan menghubungi pihak menuntut (orang yang menyerahkan permintaan pengalihan keluar) untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sebagai contoh, pihak menuntut mungkin diminta untuk:

  • Memberikan tajuk karya berhak cipta yang lebih khusus
  • Menyerahkan bukti keizinan untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta, jika berkenaan
  • Mengesahkan sama ada pengecualian hak cipta, seperti penggunaan saksama atau urus niaga saksama, telah dipertimbangkan.

Kandungan yang berkenaan mungkin kekal pada YouTube sehingga kami menerima maklumat yang diperlukan.

Jika kandungan dialih keluar

Jika permintaan pengalihan keluar diproses, kandungan tersebut dialih keluar daripada YouTube dan bantahan hak cipta dikenakan pada saluran pemuat naik. Pemuat naik mempunyai 3 pilihan untuk menyelesaikan bantahan hak cipta.

Soalan lazim (FAQ)

Bagaimanakah YouTube menyemak permintaan pengalihan keluar hak cipta?

Permintaan pengalihan keluar hak cipta disemak menggunakan gabungan sistem automatik dan jurusemak.

Sistem automatik kami menggunakan pembelajaran mesin untuk memproses permintaan pengalihan keluar hak cipta. Sistem dilatih secara berterusan berdasarkan data daripada keputusan terdahulu yang dibuat oleh jurusemak dan hanya memproses permintaan pengalihan keluar apabila terdapat tahap keyakinan yang tinggi bahawa permintaan tersebut mengandungi semua elemen yang diperlukan oleh undang-undang dan bukan penyalahgunaan. Permintaan yang disalahgunakan berlaku apabila seseorang dengan sengaja dan berniat jahat cuba mengalih keluar kandungan daripada YouTube melalui kemungkinan penegasan palsu bagi pemilikan hak cipta.

Apabila sistem automatik kami tidak pasti sama ada permintaan pengalihan keluar itu sah (mengandungi semua elemen yang diperlukan oleh undang-undang dan bukan penyalahgunaan), jurusemak terlatih akan menilai permintaan tersebut. Jika mereka memerlukan lebih banyak maklumat untuk mengesahkan permintaan, jurusemak akan menghantar e-mel kepada pihak menuntut dan meminta maklumat lanjut. Sebagai contoh, pihak menuntut mungkin diminta untuk:

  • Memberikan tajuk karya berhak cipta mereka yang lebih khusus
  • Menyerahkan bukti bahawa mereka diizinkan untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta yang diwakili
  • Mengesahkan bahawa mereka telah mempertimbangkan sama ada video mungkin dilindungi oleh pengecualian hak cipta, seperti penggunaan saksama atau urus niaga saksama

Jika pihak menuntut tidak membalas e-mel atau tidak memberikan maklumat yang diperlukan, kandungan yang berkenaan akan kekal pada YouTube.

Mengapakah sistem automatik digunakan untuk menyemak kandungan?

Sistem automatik digunakan untuk memberikan respons yang lebih pantas dan lebih cekap terhadap jumlah permintaan pengalihan keluar tinggi yang kami terima sambil mengekalkan tahap ketepatan yang tinggi.

Sebagai contoh, pada tahun 2022, YouTube menerima permintaan pengalihan keluar hak cipta untuk lebih 16 juta video. Walaupun terdapat jumlah yang tinggi ini, penggunaan automasi untuk memproses permintaan pengalihan keluar yang berkemungkinan besar adalah sah membolehkan kami memberikan masa respons yang lebih pantas, tanpa mengorbankan ketepatan. Malah, kami mendapati bahawa pengalihan keluar yang diproses oleh sistem automatik kami kurang dirayu berbanding dengan pengalihan keluar yang diproses oleh jurusemak.

Ketahui lebih lanjut tentang cara sistem YouTube menyemak kandungan.  

Bagaimanakah cara menyerahkan permintaan pengalihan keluar hak cipta untuk video?
Untuk menyerahkan permintaan pengalihan keluar untuk video, ikut langkah di sini.
Bagaimanakah cara menyerahkan permintaan pengalihan keluar hak cipta untuk kandungan bukan video?
Untuk menyerahkan permintaan pengalihan keluar bagi kandungan bukan video, seperti imej ikon saluran, ikut langkah di sini. Borang web kami tidak boleh memproses permintaan pengalihan keluar bukan video. 
Bolehkah saya meminta pengalihan keluar seluruh saluran atau senarai main?
Tidak boleh. Anda dikehendaki mengenal pasti mana-mana video yang didakwa melakukan pelanggaran melalui URL video. 

Cara mendapatkan URL video adalah seperti yang berikut:

  1. Cari video yang berkenaan pada YouTube.
  2. Dalam bar alamat pada bahagian atas, sepatutnya terdapat URL video seperti ini: youtube.com/watch?v=xxxxxxxxxxx

Untuk menyerahkan permintaan hak cipta, ikut langkah di sini

Mengapakah saya perlu memberi anda semua maklumat saya setiap kali saya menyerahkan permintaan pengalihan keluar hak cipta baharu?

Selaras dengan undang-undang hak cipta yang bersesuaian, kami memerlukan supaya permintaan pengalihan keluar hak cipta dihantar bagi setiap dakwaan pelanggaran hak cipta.

Cara paling mudah untuk menyerahkan permintaan pengalihan keluar lain adalah dengan log masuk ke YouTube dan menggunakan borang web kami.

Perlu diingat bahawa kami menawarkan alatan pengurusan hak cipta tambahan untuk pemilik hak cipta yang memerlukan pengurusan hak cipta secara kerap.
Saya memberitahu YouTube tentang video yang melanggar hak cipta saya dan video tersebut telah dialih keluar. Mengapakah saya menerima e-mel yang menyatakan bahawa video tersebut boleh dikembalikan kepada laman?
Kami berkemungkinan mendapat pemberitahuan balas daripada pemuat naik sebagai respons kepada permintaan pengalihan keluar anda. Video akan dikembalikan melainkan anda membuktikan bahawa anda telah memfailkan tindakan mahkamah terhadap pencipta untuk menghalang aktiviti pelanggaran yang didakwa. Jika kami tidak menerima notis daripada anda dalam masa 10 hari, kami mungkin akan mengembalikan kandungan tersebut kepada YouTube. Ketahui lebih lanjut tentang cara membalas pemberitahuan balas.
Bagaimanakah cara melaporkan video yang memberikan kata laluan atau penjana kunci yang membenarkan penggunaan karya berhak cipta saya tanpa kebenaran?
Jika video menerangkan cara memintas sekatan akses kepada perisian anda dengan kata laluan, penjana kunci atau perengkah, gunakan borang Isu Perundangan yang Lain untuk memaklumi kami.
Bagaimanakah cara mengalih keluar salinan video saya daripada platform lain?

Jika anda menemukan video YouTube anda pada platform lain tanpa kebenaran anda, anda perlu mengikut proses platform tersebut untuk meminta pengalihan keluar video tersebut. YouTube tidak boleh meminta pengalihan keluar bagi pihak anda.

Kebanyakan laman yang membenarkan pencipta memuat naik video bergantung pada Safe Harbor bagi Akta Hak Cipta Milenium Digital (DMCA). Apabila mereka mendapat permintaan pengalihan keluar hak cipta yang lengkap dan sah daripada pemilik hak cipta, mereka perlu mengalih keluar kandungan tersebut. Terdapat beberapa pengecualian tetapi jika anda yakin bahawa salinan karya anda tidak layak untuk pengecualian hak cipta, seperti penggunaan saksama atau urus niaga saksama, anda boleh meminta pengalihan keluar karya anda.

Untuk memahami perkara yang perlu anda sertakan dalam permintaan pengalihan keluar hak cipta, semak keperluan notis alih keluar DMCA.

Kebanyakan laman memerlukan pautan kepada URL video yang khusus. Jika anda tidak menemukan URL tersebut, anda boleh cuba mengklik kanan video atau mengklik cap masa video untuk mendapatkan URL itu.

Laman yang bergantung pada DMCA perlu mengandungi maklumat hubungan untuk ejen DMCA yang ditetapkan yang disenaraikan dengan Pejabat Hak Cipta AS dan pada laman web mereka. Jika anda menemukan video anda pada satu daripada laman ini tanpa kebenaran anda, anda boleh menghantar permintaan pengalihan keluar hak cipta anda ke alamat e-mel yang bersesuaian di bawah. Jika laman yang anda cari tidak disenaraikan di bawah, anda juga boleh menyemak pangkalan data ejen DMCA Pejabat Hak Cipta AS.

Dailymotion: [email protected]

Instagram: [email protected]

Facebook: [email protected]

TikTok: [email protected]

X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter: https://help.x.com/en/forms/ipi

Vimeo: [email protected] 

 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6563876428937069580
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false