Selepas anda mengedit video, tingkatkan video anda dengan menambahkan sari kata. Pastikan video anda boleh diakses oleh penonton dengan menggunakan alat sari kata. Ketahui cara mentranskripsikan atau mengedit sari kata secara automatik untuk video anda.
Nota: YouTube Create tidak dapat menjana sari kata untuk klip yang melebihi 60 saat.
YouTube Create tersedia pada telefon Android dengan sekurang-kurangnya 4G RAM. Apl ini mungkin tersedia pada peranti lain pada masa hadapan.
Tambahkan sari kata pada video anda
YouTube Create boleh menjana sari kata dengan ketikan butang. Untuk menambahkan sari kata pada video,
- Buka projek dan ketik Sari kata
pada bar alat.
- Daripada Bar alat, pilih kandungan yang mahu ditranskripsikan:
- Semua video menambahkan sari kata untuk sebarang pertuturan yang dikesan dalam rakaman video asal
- Alih suara haya menambahkan sari kata pada alih suara yang dirakamkan pada apl
- Daripada menu “Bahasa”, pilih bahasa yang digunakan dalam alih suara anda.
- Ketik Jana.
Edit sari kata
Jika transkripsi sari kata salah, gunakan alat pengeditan untuk mengemaskinikan sari kata yang ditunjukkan kepada penonton anda. Daripada projek yang dibuka dalam alat pengeditan,
- Pilih lapisan sari kata yang dijana untuk video anda.
- Ketik Edit
.
- Daripada transkrip, ketik perkataan yang salah.
- Taip untuk mengemaskinikan teks.
Formatkan sari kata
Anda boleh memadankan sari kata anda dengan tema video dengan memformatkan teks sari kata. Daripada projek yang dibuka dalam alat pengeditan,
- Pilih lapisan sari kata dalam video anda.
- Ketik Gaya
.
- Semak imbas tab untuk menukar saiz, fon, warna, latar, format, garis kasar atau bayang.
- Ketik Selesai untuk menyimpan perubahan.