YouTube melarang siaran kandungan yang menimbulkan risiko serius terhadap bahaya yang keterlaluan melalui penyebaran maklumat salah perubatan yang bercanggah dengan panduan daripada pihak berkuasa kesihatan tempatan (LHA) tentang keadaan kesihatan dan bahan tertentu. Dasar ini merangkumi kategori yang berikut:
- Maklumat salah tentang pencegahan
- Maklumat salah tentang rawatan
Nota: Dasar maklumat salah perubatan YouTube tertakluk pada perubahan sebagai respons terhadap perubahan pada panduan daripada pihak berkuasa kesihatan. Mungkin terdapat kelewatan antara panduan dengan kemaskinian dasar yang baharu, dan dasar kami tidak merangkumi semua panduan LHA yang berkaitan dengan keadaan kesihatan dan bahan tertentu.
Erti dasar ini kepada anda
Jangan siarkan kandungan pada YouTube jika kandungan ini merangkumi mana-mana perkara yang berikut:
Maklumat salah tentang pencegahan: Kami melarang kandungan yang menggalakkan maklumat yang bercanggah dengan panduan pihak berkuasa kesihatan tentang pencegahan atau penularan keadaan kesihatan tertentu, atau tentang keselamatan, keberkesanan atau bahan vaksin yang diluluskan dan diberikan pada masa ini.
Maklumat salah tentang rawatan: Kami melarang kandungan yang menggalakkan maklumat yang bercanggah dengan panduan pihak berkuasa kesihatan tentang rawatan untuk keadaan kesihatan tertentu, termasuk penggalakan penggunaan bahan atau amalan berbahaya tertentu yang tidak pernah diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan sebagai selamat atau berkesan, atau telah disahkan akan mendatangkan kemudaratan yang serius.
Dasar ini digunakan pada video, perihalan video, ulasan, strim langsung, dan mana-mana produk atau ciri YouTube yang lain. Perlu diingat bahawa ini bukan senarai yang lengkap. Harap maklum bahawa dasar ini turut digunakan pada pautan luaran dalam kandungan anda. Pautan ini termasuk URL boleh klik yang menghalakan pengguna kepada laman lain dalam video serta bentuk lain secara lisan.
Contoh
Yang berikut ialah contoh kandungan yang tidak dibenarkan pada YouTube. Senarai ini bukan senarai yang lengkap.
Maklumat salah tentang pencegahan
Penggunaan bahan & amalan berbahaya sebagai kaedah pencegahan- Penggalakan terhadap penggunaan bahan dan rawatan berikut yang membawa risiko kemudaratan serius atau kematian:
- Miracle Mineral Solution (MMS)
- Salap Hitam
- Turpentin
- B17/amigdalin/benih pic atau apricot
- Hidrogen peroksida gred tinggi
- Terapi pengkelatan untuk merawat autisme
- Perak koloid
- Gasolin, diesel dan kerosin
- Dakwaan yang bercanggah dengan panduan pihak berkuasa kesihatan tentang keselamatan, keberkesanan, dan bahan vaksin yang diberikan dan diluluskan pada masa ini.
- Keselamatan vaksin: Kandungan yang mendakwa bahawa vaksin mengakibatkan kesan sampingan yang kronik seperti kanser atau lumpuh, selain kesan sampingan luar biasa yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa kesihatan.
- Contoh:
- Dakwaan bahawa vaksin MMR mengakibatkan autisme.
- Dakwaan bahawa vaksin merupakan sebahagian daripada agenda pengurangan populasi.
- Dakwaan bahawa vaksin HPV mengakibatkan kesan sampingan yang kronik seperti lumpuh.
- Dakwaan bahawa vaksin yang diluluskan akan mengakibatkan kematian, kemandulan, keguguran, autisme, atau jangkitan penyakit berjangkit yang lain.
- Dakwaan bahawa pencapaian imuniti kelompok melalui jangkitan semula jadi lebih selamat daripada pemvaksinan populasi.
- Contoh:
- Keberkesanan vaksin: Kandungan yang mendakwa bahawa vaksin tidak berkesan terhadap pencegahan penyakit.
- Contoh:
- Dakwaan bahawa vaksin tidak mengurangkan keterukan penyakit, termasuk kemasukan ke hospital atau kematian.
- Contoh:
- Bahan dalam vaksin: Salah nyataan tentang kandungan bahan yang terkandung dalam vaksin.
- Contoh:
- Dakwaan bahawa vaksin mengandungi bahan yang tiada pada senarai bahan vaksin, seperti sisa biologi daripada fetus (mis. tisu fetus, titisan sel fetus) atau keluaran sampingan haiwan.
- Dakwaan bahawa vaksin mengandungi bahan atau peranti yang bertujuan untuk menjejaki atau mengenal pasti penerima vaksin.
- Dakwaan bahawa vaksin mengubah keadaan genetik seseorang.
- Dakwaan bahawa vaksin akan membuatkan penerima vaksin menunjukkan ciri magnetik.
- Contoh:
- Keselamatan vaksin: Kandungan yang mendakwa bahawa vaksin mengakibatkan kesan sampingan yang kronik seperti kanser atau lumpuh, selain kesan sampingan luar biasa yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa kesihatan.
Sumber tambahan
Maklumat lanjut tentang vaksin, termasuk keselamatan dan keberkesanan vaksin, boleh ditemukan di bawah.
Maklumat vaksin daripada pihak berkuasa kesihatan:
- Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) (AS)
- Portal Maklumat Pemvaksinan Eropah (EU)
- Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (UK)
- Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (Korea)
- Misi Kesihatan Negara (India)
- Maklumat Imunisasi MHLW (Jepun)
- Kalendar Pemvaksinan Negara (Brazil)
- Program Pemvaksinan Sejagat (Mexico)
Maklumat tambahan tentang vaksin:
- Akademi Pediatrik Amerika (AS)
- GAVI, Perikatan Vaksin (Global)
- UNICEF (Global)
Maklumat penularan
- Kandungan yang menggalakkan maklumat penularan yang bercanggah dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Maklumat salah tentang rawatan
Penggunaan bahan & amalan berbahaya sebagai kaedah rawatan
- Penggalakan terhadap penggunaan bahan dan rawatan berikut yang membawa risiko kemudaratan serius atau kematian.
- Miracle Mineral Solution (MMS)
- Salap hitam
- Turpentin
- B17/amigdalin/benih pic atau apricot
- Hidrogen peroksida gred tinggi
- Terapi pengkelatan untuk merawat autisme
- Perak koloid
- Gasolin, diesel dan kerosin
- Kandungan yang mengesyorkan penggunaan kaedah tertentu untuk rawatan kanser sedangkan kaedah itu belum diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan sebagai selamat atau berkesan atau telah disahkan sebagai berbahaya atau tidak berkesan untuk rawatan kanser.
- Contoh:
- Kandungan yang menggalakkan penggunaan kaedah yang berikut untuk rawatan kanser, selain percubaan klinikal:
- Sesium klorida (garam sesium)
- Terapi Hoxsey
- Enema kopi
- Terapi Gerson
- Kandungan yang mendakwa bahawa kaedah yang berikut adalah selamat atau berkesan untuk rawatan kanser, selain percubaan klinikal:
- Terapi antineoplaston
- Kuersetin (suntikan intravena)
- Methadone
- Terapi pengkelatan tanpa preskripsi
- Kandungan yang menggalakkan penggunaan kaedah yang berikut untuk rawatan kanser, selain percubaan klinikal:
- Contoh:
- Kandungan yang mendakwa bahawa terdapat penawar kanser yang dijamin berkesan selain rawatan yang diluluskan.
- Kandungan yang mendakwa bahawa rawatan yang diluluskan untuk kanser tidak pernah berkesan.
- Contoh:
- Kandungan yang mendakwa bahawa rawatan yang diluluskan untuk kanser, seperti kemoterapi atau radiasi, tidak pernah berkesan.
- Kandungan yang menegah seseorang daripada mendapatkan rawatan yang diluluskan untuk kanser.
- Contoh:
- Dakwaan bahawa rawatan alternatif lebih selamat atau lebih berkesan daripada rawatan yang diluluskan untuk kanser.
- Kandungan yang mendakwa bahawa pengambilan jus menunjukkan hasil yang lebih baik daripada kemoterapi untuk merawat kanser.
- Kandungan yang mengesyorkan rawatan alternatif untuk menggantikan rawatan yang diluluskan bagi kanser.
- Kandungan yang menggalakkan diet dan senaman daripada mendapatkan rawatan yang diluluskan untuk kanser.
- Kandungan yang bercanggah dengan panduan pihak berkuasa kesihatan tempatan tentang keselamatan pengguguran melalui kaedah kimia dan pembedahan.
- Penggalakan kaedah pengguguran alternatif untuk menggantikan kaedah kimia atau pembedahan yang dianggap selamat oleh pihak berkuasa kesihatan.
- Penggalakan susu formula alternatif untuk bayi bagi menggantikan susu ibu atau susu formula komersial.
Kandungan berbentuk pendidikan, dokumentari, saintifik atau seni
Kami mungkin membenarkan kandungan yang melanggar dasar maklumat salah yang dinyatakan pada halaman ini jika kandungan tersebut menyertakan konteks tambahan dalam video, audio, tajuk atau perihalan. Hal ini bukan kebenaran untuk menggalakkan maklumat salah. Konteks tambahan mungkin termasuk pendapat yang mengikut pertimbangan sewajarnya daripada pihak berkuasa kesihatan tempatan atau pakar perubatan. Kami juga mungkin membuat pengecualian jika tujuan kandungan adalah untuk mengecam, mempertikaikan atau mempersendakan maklumat salah yang melanggar dasar kami. Kami juga mungkin membuat pengecualian untuk kandungan yang membincangkan hasil kajian perubatan yang tertentu, atau memaparkan forum awam terbuka, seperti bantahan atau perbicaraan awam, menyediakan kandungan yang tidak bertujuan menggalakkan maklumat salah yang melanggar dasar kami.
YouTube juga berpendapat bahawa setiap individu seharusnya dapat berkongsi pengalaman mereka sendiri, termasuk pengalaman peribadi menjalani pemvaksinan, sebagai contoh. Hal ini bermaksud bahawa kami mungkin membuat pengecualian untuk kandungan yang memaparkan pencipta menceritakan pengalaman peribadi mereka atau keluarga mereka. Pada masa yang sama, kami mengakui terdapat perbezaan antara berkongsi pengalaman peribadi dengan menggalakkan maklumat salah. Untuk menangani keseimbangan ini, kami masih mengalih keluar kandungan atau saluran yang melanggar dasar lain atau menunjukkan corak yang menggalakkan maklumat salah perubatan.
Perkara yang akan berlaku jika kandungan melanggar dasar ini
Jika kandungan anda melanggar dasar ini, kami akan mengalih keluar kandungan dan menghantar e-mel untuk memaklumi anda. Jika kami tidak dapat mengesahkan bahawa pautan yang anda siarkan adalah selamat, kami mungkin mengalih keluar pautan tersebut.
Jika ini kali pertama anda melanggar Garis Panduan Komuniti kami, kemungkinan besar anda akan mendapat amaran tanpa penalti pada saluran anda. Anda akan diberi pilihan untuk menjalani latihan dasar untuk membolehkan amaran tamat tempoh selepas 90 hari. Tempoh 90 hari bermula dari tarikh latihan dilengkapkan, bukan dari tarikh amaran dikeluarkan. Walau bagaimanapun, jika pelanggaran dasar yang sama berlaku dalam tempoh 90 hari itu, amaran tidak akan tamat tempoh dan saluran anda akan mendapat bantahan. Jika anda melanggar dasar yang lain selepas melengkapkan latihan, anda akan mendapat satu lagi amaran. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang sistem bantahan kami di sini.
Kami boleh menamatkan saluran atau akaun anda disebabkan oleh pelanggaran berulang terhadap Garis Panduan Komuniti atau Syarat Perkhidmatan. Kami juga boleh menamatkan saluran atau akaun anda selepas satu kes penyalahgunaan yang teruk atau apabila saluran dikhususkan untuk pelanggaran dasar. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang penamatan saluran atau akaun di sini.