YouTube ialah tempat seseorang berkongsi cerita mereka, meluahkan pendapat dan saling berinteraksi dengan orang lain. Kami mahu memastikan pencipta dan penonton berasa selamat berbuat demikian. Walaupun sejumlah besar pencipta dan penonton YouTube mahu berkongsi, belajar, dan berhubung, kami sedar terdapat situasi penyalahgunaan, atau gangguan berlaku. Ketahui lebih lanjut tentang dasar dan alat yang tersedia untuk melindungi anda pada YouTube di bawah.
Pencipta dan pengguna juga bertanggungjawab untuk memastikan platform YouTube adalah selamat dan sihat. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami mempertanggungjawabkan pencipta dan pengguna untuk mengekalkan standard ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dasar YouTube, lihat senarai penuh Garis Panduan Komuniti kami.
Dasar tentang kebencian & gangguan
YouTube menggunakan dasar khusus untuk melindungi pengguna daripada kebencian dan gangguan.
- Pertuturan berunsur kebencian: Dasar ini melindungi kumpulan tertentu dan ahli kumpulan tersebut. Kami menganggap kandungan sebagai pertuturan berunsur kebencian apabila kandungan ini mencetus kebencian atau keganasan terhadap kumpulan berdasarkan atribut yang dilindungi seperti umur, jantina, bangsa, kasta, agama, orientasi seksual, atau status veteran. Ketahui lebih lanjut tentang dasar pertuturan berunsur kebencian kami.
- Gangguan: Dasar ini melindungi individu tertentu. Kami menganggap kandungan sebagai gangguan apabila kandungan ini menyasarkan individu dengan penghinaan yang berlarutan atau cacian berdasarkan sifat intrinsik, termasuk status kumpulan yang dilindungi atau ciri fizikal. Gangguan ini juga termasuk gelagat berbahaya seperti mengancam, membuli, doxxing, atau menggalakkan gelagat peminat melakukan penyalahgunaan. Ketahui lebih lanjut tentang dasar gangguan kami.
Kandungan sensitif
Kami berharap dapat melindungi penonton, pencipta, dan terutamanya golongan bawah umur. Itulah sebabnya kami menyediakan peraturan tentang penjagaan keselamatan kanak-kanak, seks & kebogelan, serta mencederakan diri sendiri. Ketahui perkara yang dibenarkan pada YouTube dan perkara yang patut dilakukan jika anda melihat kandungan yang tidak mematuhi dasar ini.
Sumber sokongan untuk mencegah bunuh diri dan mencederakan diri sendiri
Organisasi di bawah dikhususkan untuk membantu individu yang memerlukan pertolongan di Singapura. Organisasi ini ialah rakan kongsi perkhidmatan krisis yang diiktiraf.
1800-221-4444 |
Kandungan ganas atau berbahaya
Pertuturan berunsur kebencian, gelagat pemangsaan, keganasan grafik, serangan hasad, dan kandungan yang menggalakkan gelagat memudaratkan atau berbahaya tidak dibenarkan pada YouTube.
Barangan terkawal
Laporkan kandungan yang melanggar dasar
Jika anda menemukan kandungan yang melanggar dasar di atas, ketahui cara melaporkan video, saluran, dan kandungan lain yang tidak sesuai pada YouTube.
Jika anda menemukan kandungan yang menyalahi undang-undang, ketahui cara memfailkan aduan undang-undang atau laporkan kandungan itu secara terus.
Kawalan ibu bapa
Jika anda merupakan ibu/bapa, dapatkan maklumat lanjut tentang kawalan ibu bapa dan tetapan untuk profil YouTube Kids & akaun yang diawasi.
Pusat Keselamatan Pencipta
Jika anda seorang pencipta yang mahu mendapatkan lebih banyak petua dan video yang membantu anda berasa lebih selamat pada YouTube, lawati Pusat Keselamatan Pencipta.