TeamYouTube, iaitu pasukan sokongan dan pendidikan YouTube, menyampaikan kemaskinian dan jawapan tepat pada masanya kepada pencipta, penonton dan pelanggan berbayar pada X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter @TeamYouTube. Yang berikut serba sedikit tentang kami:
- Nama pengguna kami dipantau setiap masa mulai hari Isnin pada 9 AM PT hingga hari Jumaat pada 5 PM PT.
- Pasukan kami berkongsi kemaskinian dan menjawab pertanyaan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis, Jerman, Perancis, Jepun, Indonesia, Arab, Hindi dan Korea.
- Walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk memantau pertanyaan dan permintaan sokongan yang mengetag nama pengguna YouTube rasmi yang lain, seperti @YouTube atau @YouTubeCreators, kaedah paling pantas untuk mendapatkan bantuan adalah dengan mengetag @TeamYouTube.
Ketahui @TeamYouTube pada X dengan lebih lanjut
Apakah yang patut saya sertakan apabila menghubungi @TeamYouTube?
Jika anda membuat tweet secara umum, jangan sertakan sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti, antara lainnya alamat e-mel, nombor telefon atau butiran kad kredit.
Apabila mengetag @TeamYouTube untuk mendapatkan bantuan, pastikan anda menyertakan maklumat yang berkaitan seperti:
- URL saluran atau video.
- Tangkapan skrin bagi masalah atau topik tertentu sebagaimana yang anda lihat.
- Peranti yang anda gunakan, seperti iPhone.
- Tangkapan skrin Statistik untuk Ulat Komputer anda jika anda mengalami masalah dengan YouTube TV.
Adakah terdapat situasi yang tidak boleh dibantu oleh @TeamYouTube?
Terdapat beberapa situasi yang tidak boleh dibantu oleh @TeamYouTube:
- Masalah yang berlaku pada produk bukan Google, seperti Amazon Fire Stick atau Roku atau perkhidmatan yang lain.
- Pertikaian hak cipta dengan pemegang hak.
- Pertikaian undang-undang.
- Pengaktifan semula atau pengalihan keluar akaun Google AdSense.
- Jika saluran anda telah digodam, hubungi Sokongan Pencipta.
- Anda tidak bersetuju dengan keputusan dasar.
Saya menghadapi masalah dengan produk berbayar YouTube, bolehkah @TeamYouTube membantu saya?
Anda boleh menghubungi @TeamYouTube pada X untuk mengemukakan pertanyaan ringkas atau maklum balas yang berkaitan dengan produk berbayar.
Bagi masalah sokongan yang unik untuk akaun atau keahlian anda, sebaik-baiknya anda menghubungi Sokongan YouTube menerusi e-mel, telefon atau sembang untuk produk berbayar memandangkan hal itu mungkin memerlukan maklumat peribadi anda seperti nombor telefon atau e-mel anda. Hal ini termasuk pertanyaan yang berkaitan dengan
- Pengebilan
- Penambahan atau pengalihan keluar pakej
- Pengurusan langganan
- Masalah terlupa kata laluan dan sekatan akaun
- Penamatan saluran yang telah dibuat rayuan
Anda boleh menghubungi Sokongan YouTube dalam pautan yang berikut:
Anda memerlukan bantuan berkenaan dengan bayaran balik?
@TeamYouTube tidak boleh membantu berhubung bayaran balik tetapi anda boleh memulakan sendiri proses bayaran balik untuk kebanyakan produk. Yang berikut ialah maklumat tentang bayaran balik produk berbayar.
Adakah terdapat nama pengguna YouTube yang lain?
- @YouTube
- @YouTubeCreators
- @YouTubeTV
- @CreatorLiason
- @YTCretadores
- @YTCriadores
- @YTCreatorsIndia
- @YTCreatorsJapan
- @YTCreatorsDe
- @YouTubeIndia
- @YouTubeJapan
- @YouTubeKorea
- @YouTubeLATAM
- @YouTubeMusic
- @YouTubeInsider