Video format panjang dan Shorts dapat dibuat dengan mudah menggunakan YouTube Create. Muat turun apl dan ketahui cara membuat projek baharu.
YouTube Create tersedia pada telefon Android dengan sekurang-kurangnya 4G RAM. Apl ini mungkin tersedia pada peranti lain pada masa hadapan.
Buat projek baharu
- Buka YouTube Create dan log masuk ke akaun YouTube anda.
- Pada skrin utama, ketik ikon Tambah
untuk memulakan projek baharu.
- Daripada galeri, pilih foto, video atau media yang diimport sebelumnya untuk ditambahkan pada projek anda.
- Nota: Ketik Anak panah
bersebelahan Galeri pada bahagian atas skrin untuk mengimport media daripada apl lain pada peranti anda. Anda boleh menambahkan berbilang imej atau video pada satu projek.
- Nota: Ketik Anak panah
- Ketik Import untuk menambahkan foto dan video pada projek anda.
Setelah membuat projek anda, gunakan alatan pengeditan untuk mempertingkatkan video anda.
Cari, urus atau padamkan projek yang sedia ada
- Buka apl YouTube Create dan log masuk ke akaun anda.
- Daripada halaman Projek Terbaharu anda, ketik Menu
bersebelahan projek yang mahu anda urus. Jika anda tidak melihat projek dalam senarai, log masuk dengan akaun lain.
- Pilih tindakan daripada pilihan:
- Namakan semula: Beri projek anda tajuk baharu
- Pendua: Buat salinan projek anda
- Padam: Padamkan projek
- Sahkan perubahan apabila digesa.
Anda juga boleh mengetik ikon Tambah
daripada senarai projek anda untuk membuat projek baharu.