Selepas anda membuat projek, pertingkatkan video anda menggunakan alatan pengeditan YouTube Create. Berikan runut bunyi untuk video anda dengan muzik daripada Pustaka Audio YouTube atau tambahkan pengisahan dengan alih suara dan kesan bunyi.
YouTube Create tersedia pada telefon Android dengan sekurang-kurangnya 4G RAM. Apl ini mungkin tersedia pada peranti lain pada masa hadapan.
Tambahkan muzik dan kesan bunyi
Dengan YouTube Create, anda boleh menambahkan muzik tanpa royalti pada video anda untuk meningkatkan karya anda.
Untuk menambahkan muzik pada projek,
- Ketik Bunyi
dalam bar alat.
- Gunakan tab pada bahagian atas halaman untuk menapis muzik daripada Pustaka Audio, kesan bunyi atau muzik yang disimpan pada peranti anda.
- Cari lagu atau semak imbas mengikut genre.
- Ketik
untuk melihat pratonton atau
untuk menambahkan lagu atau bunyi pada video anda.
Rakam alih suara
Ceriakan video anda dengan pengisahan alih suara. Untuk menambahkan alih suara pada video anda,
- Buka projek dan ketik Alih Suara
dalam bar alat.
- Tekan dan tahan
untuk menambahkan alih suara. Ulang untuk menambahkan alih suara yang lain pada video yang sama.
- Ketik Selesai untuk menambahkan rakaman tersebut pada video anda.
Edit audio
Gunakan alatan audio YouTube Create untuk mengurangkan hingar dan membersihkan audio dalam video anda. Untuk mengedit audio,
- Buka projek dan ketik untuk memilih lapisan audio yang mahu anda edit.
- Gunakan bar alat untuk mengedit rakaman audio anda:
- Bahagikan
: Potong tempoh lapisan audio anda
- Kelantangan
: Gunakan peluncur untuk mengubah kelantangan audio yang dipilih
- Pendam masuk/lenyap
: Gunakan peluncur untuk menetapkan cap masa untuk membolehkan audio anda pendam masuk dan lenyap daripada video anda
- Cari rentak
: Gunakan penanda rentak untuk mengedit lapisan lagu dalam video anda dengan mudah
- Pembersihan audio
: Alih keluar hingar yang tidak diingini dan pertingkatkan kualiti suara anda dalam rakaman anda.
- Padamkan
: Ketik
untuk mengalih keluar klip audio daripada video anda.
- Bahagikan
- Ketik Selesai untuk menyimpan perubahan.
Nota: Runut audio tidak boleh melebihi panjang video anda. Anda boleh mengetik dan menyeret klip audio untuk memangkas panjang rakaman tersebut.