Dengan YouTube Music, anda boleh mendengar muzik dan audio siar yang anda sukai. Ketahui cara menyemak imbas serta mencari muzik dan audio siar dalam apl YouTube Music.
Cara menggunakan dan menavigasi Apl YouTube Music untuk menyesuaikan pengalaman mendengar anda
Terokai muzik & audio siar pada tab Laman Utama
Apabila anda log masuk ke YouTube Music dengan Google Account anda, anda boleh melihat stesen dan syor yang disesuaikan berdasarkan perasaan, aktiviti atau sejarah pendengaran semasa anda. Anda juga akan melihat syor berdasarkan muzik dan audio siar yang telah anda dengar pada YouTube.
Untuk menemukan syor baharu, akses Tab Laman utama . Untuk menapis cadangan anda, ketik kategori pada bahagian atas Skrin utama anda.
Alih keluar syor diperibadikan daripada Tab Laman Utama
Untuk mengalih keluar kandungan yang disyorkan daripada Tab Laman Utama:
- Tekan lama pada kandungan yang mahu dialih keluar.
- Pilih Tidak berminat
untuk mengalih keluar kandungan daripada syor Tab Laman Utama anda.
Anda boleh membuat asal pengalihan keluar dengan mengetik Buat asal pada pemberitahuan pada bahagian bawah skrin selepas mengalih keluar syor.
Pengalihan keluar kandungan daripada Tab Laman Utama YouTube Music anda tidak menjejaskan syor anda selain pada Tab Laman Utama atau syor pada YouTube.
Kosongkan maklum balas 'Tidak berminat'
Maklum balas 'Tidak berminat' anda mungkin digunakan untuk melaraskan syor pada Tab Laman Utama. Untuk mengosongkan semua maklum balas 'Tidak berminat' yang telah anda serahkan:
- Akses Aktiviti Saya. Anda mungkin perlu log masuk ke Google Account anda.
- Cari Aktiviti Google yang lain dalam menu kiri atau dalam bahagian sepanduk Aktiviti Saya.
- Pilih 'Maklum balas "Tidak berminat" YouTube', kemudian pilih Padam.
Tindakan ini memadamkan semua 'Maklum balas "Tidak berminat" YouTube' untuk kandungan YouTube Music serta video YouTube. Lihat artikel kami yang lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sejarah tontonan, sejarah carian dan meningkatkan syor anda.
Terokai muzik & audio siar baharu
Tab Teroka membolehkan anda menemukan muzik dan audio siar baharu untuk mengembangkan pustaka anda. Lihat keluaran, genre, senarai main, audio siar dan episod popular serta pelbagai lagi di negara/rantau anda atau semak imbas mengikut kategori.
Bina pustaka anda
Tab Pustaka memaparkan lagu, senarai main, album dan audio siar anda yang disimpan. Ahli YouTube Music Premium juga boleh melihat lagu dan senarai main yang dimainkan baru-baru ini serta kandungan yang dimuat turun.
Cari muzik & audio siar
Bar carian membantu anda menemukan muzik dan audio siar baharu yang sepadan dengan minat anda. Gunakan kategori pada bahagian atas halaman untuk menapis hasil carian.
Anda juga boleh menggunakan Halwa Telinga. Halwa Telinga menggunakan mikrofon anda untuk mengenal pasti lagu dan menemukan padanan pada YouTube Music.
Bina pustaka YouTube Music anda dengan Halwa Telinga
Untuk memulakan Halwa Telinga:
- Pastikan bahawa mikrofon anda didayakan.
- Log masuk ke apl YouTube Music
.
- Ketik
pada penjuru atas sebelah kanan.
- Ketik
.
- Mainkan, nyanyikan atau senandungkan lagu.
Jika padanan ditemukan, anda boleh memainkan atau menyimpan lagu tersebut pada pustaka anda. Jika tiada padanan, ketik untuk mencuba lagi.
Kekal terhubung dengan artis kegemaran anda
Gunakan Suapan Aktiviti pada bahagian atas sebelah kanan halaman utama untuk menemukan keluaran baharu daripada artis yang anda ikuti, senarai main dipilih susun rakan dan pelbagai lagi. Anda juga boleh melihat ulasan dan suka pada video atau berinteraksi dengan pelanggan anda.
Semak imbas artis atau halaman saluran
Lihat artis dan halaman saluran untuk menemukan butiran khusus tentang pencipta seperti bilangan pelanggan, lagu popular dan keluaran baharu. Anda juga boleh mencari muzik dan audio siar untuk ditambahkan pada Pustaka anda atau memuat turun kandungan untuk mendengar luar talian.