Untuk membantu khalayak menemukan audio siar anda pada YouTube, tambahkan lencana audio siar pada laman web, medsos atau media cetak anda. Pilih daripada pilihan yang berikut untuk mempromosikan rancangan anda dan membantu khalayak menemukan episod baharu.
Pilih dan muat turun lencana audio siar anda
Untuk mendapatkan lencana audio siar YouTube, pilih pilihan yang paling sesuai untuk keperluan pemasaran anda. Muat turun lencana anda menggunakan pautan yang berikut.
Download now | Download now | Download now |
Keperluan lencana
Apabila anda menggunakan lencana audio siar YouTube, gunakan reka bentuk yang disediakan oleh YouTube sahaja. Jika anda mahu menukar kerja seni dalam apa-apa jua cara, isi borang permohonan jenama ini.
Untuk meminimumkan ralat, lihat amalan terbaik yang berikut:
- Hanya gunakan fail di atas. Elakkan daripada menggunakan grafik lain daripada YouTube, seperti logo kendiri YouTube.
- Sertakan jidar berwarna kelabu apabila anda menerbitkan lencana anda.
- Pastikan terdapat mesej seruan tindak dalam kerja seni lencana. Mesej seruan tindak termasuk “Tersedia pada”, “Tonton pada” atau “Dengar pada”.
- Jangan mengubah suai, mengubah sudut, menganimasikan, memutarkan, mencondongkan atau menggunakan kesan khas pada lencana.
Garis panduan saiz
- Untuk media digital, ketinggian imej mestilah sekurang-kurangnya 20 dp (20 piksel).
- Untuk cetakan, ketinggian imej mestilah sekurang-kurangnya 0.125 inci (3.1 mm).
Ruang kosong
Ruang kosong di sekitar lencana anda mestilah sekurang-kurangnya satu persepuluh daripada ketinggian lencana. Anda harus mewujudkan lebih banyak ruang jika boleh.
Jangan letakkan foto, tipografi atau unsur grafik lain dalam ruang kosong.
Latar
- Hitam, putih atau warna padu yang lain
- Imej yang tidak menjejaskan kebolehbacaan
Menambahkan lencana pada media anda
Lencana mestilah digunakan pada laman web, medsos atau media cetak anda sahaja. Letakkan lencana di bawah atau pada sebelah kanan kandungan promosi anda. Lencana anda mestilah lebih kecil daripada imej lain pada halaman tersebut.
Untuk menambahkan lencana, formatkan imej supaya:
- Aset digital menggunakan format Vektor Boleh Skala atau SVG.
- Aset bercetak menggunakan kerja seni dalam format EPS, memadankan profil warna mengikut keperluan pencetak anda.
Memautkan lencana kepada suapan RSS anda
Jika audio siar anda tidak tersedia pada YouTube, pendengar anda boleh menambahkan suapan RSS anda pada pustaka apl YouTube Music mereka menggunakan lencana rancangan anda.
Untuk memautkan suapan RSS anda kepada lencana:
- Salin URL suapan RSS anda.
- Kodkan URL suapan RSS menerusi pengekodan URL atau pengekodan base64. Jika anda menggunakan pengekodan base64, URL suapan RSS tidak akan boleh dibaca.
- Pautkan lencana kepada https://music.youtube.com/library/podcasts?addrssfeed=URL suapan RSS terkod anda.
Tindakan memautkan lencana kepada suapan RSS anda tidak akan menjadikan audio siar anda tersedia pada YouTube. Audio siar anda tidak akan layak untuk ciri audio siar, seperti pencarian dan penemuan khusus audio siar, perkongsian pengguna atau untuk peletakan pada youtube.com/podcasts. Ketahui lebih lanjut tentang audio siar pada YouTube.