Tambahkan audio berbilang bahasa

Audio berbilang bahasa membolehkan anda berkongsi video anda dengan khalayak yang lebih besar dengan memberi anda pilihan untuk menambahkan audio dalam bahasa lain. Anda boleh memuat naik bahasa tambahan sebagai runut audio untuk video baharu atau sedia ada.

Nota: Audio berbilang bahasa mungkin tidak tersedia untuk anda. Kami akan terus melancarkan ciri ini kepada lebih ramai pencipta.

Muat naik runut audio berbilang bahasa

Untuk bermula:

  1. Log masuk ke YouTube Studio pada komputer anda.
  2. Dalam menu kiri, pilih Bahasa .
  3. Klik video yang mahu anda edit.
  4. Klik TAMBAHKAN BAHASA dan pilih bahasa anda.
  5. Dalam bahagian “Audio”, klik TAMBAH.
  6. Klik PILIH FAIL.
  7. Pilih fail untuk dimuat naik. Fail mestilah dalam format fail audio sahaja yang disokong dengan panjang video yang lebih kurang sama dengan video anda.
  8. Klik TERBITKAN apabila anda sudah bersedia untuk memuat naik runut audio anda.

Nota: Ciri ini tidak menjana runut audio yang dialih suara secara automatik. Pencipta perlu merakamkan runut audio yang dialih suara sebelum memuat naik.

Gantikan fail audio yang dimuat naik sebelum ini

Jika anda memuat naik runut audio berbilang bahasa dan mahu menggantikan runut audio itu dengan runut audio baharu:

  1. Log masuk ke YouTube Studio pada komputer anda.
  2. Dalam menu kiri, pilih Bahasa .
  3. Klik video yang mahu anda edit.
  4. Dalam bahagian “Audio”, klik Padamkan untuk bahasa yang bersesuaian.
  5. Ulang langkah untuk memuat naik runut audio berbilang bahasa yang baharu.

Untuk memastikan video anda boleh diakses oleh lebih ramai penonton, ketahui lebih lanjut tentang penambahan sari kata dan kapsyen serta penterjemahan tajuk dan perihalan video.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3933276295142163744
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false