Kandungan dialih keluar atau disekat pada YouTube apabila didapati melanggar satu daripada dasar kami, seperti Garis Panduan Komuniti kami atau apabila kandungan tersebut melanggar undang-undang. Untuk menentukan sama ada kandungan melanggar dasar atau tidak, kami menggunakan gabungan sistem automatik dan jurusemak.
Sistem automatik
Sistem automatik kami menggunakan pembelajaran mesin, yang membolehkan penggunaan data daripada jurusemak sebelumnya untuk mengenal pasti kandungan yang berkemungkinan melanggar dasar.
Kebanyakan sistem kami dibekalkan dengan jutaan titik data daripada jurusemak secara berterusan. Hal ini bermakna sistem automatik kami boleh menawarkan tahap ketepatan yang tinggi untuk mengesan pelanggaran. Sistem automatik turut memberikan masa respons yang cekap kepada pengguna kami untuk jumlah kandungan yang tinggi yang diterima oleh YouTube.
Apabila sistem kami memiliki darjah keyakinan yang tinggi bahawa kandungan melanggar dasar, sistem tersebut mungkin membuat keputusan automatik. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan keadaan, sistem automatik kami hanya akan membenderakan kandungan kepada jurusemak terlatih untuk penilaian sebelum sebarang tindakan diambil.
Jurusemak
Apabila jurusemak menyemak kemungkinan kandungan yang melanggar dasar, hal ini bermaksud jurusemak terlatih menilai kandungan dan membuat keputusan berdasarkan dasar atau undang-undang yang berkaitan.
Jika kandungan didapati melanggar dasar, jurusemak kami mungkin mengalih keluar kandungan atau mengenakan sekatan umur terhadap kandungan itu jika kandungan tidak sesuai untuk semua lapisan khalayak. Jika kandungan memiliki tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik atau seni, kami mungkin membenarkan kandungan itu dikekalkan pada YouTube.
Selepas keputusan kandungan dibuat, jika keputusan itu dirayu, jurusemak akan menyemak dan menilai rayuan tersebut mengikut keadaan.
Soalan lazim (FAQ)
Maklumat lanjut
Garis Panduan Komuniti
Cara YouTube mengenal pasti pelanggaran Garis Panduan Komuniti
Cara YouTube menilai kandungan Pendidikan, Dokumentari, Saintifik dan Seni (EDSA)
Hak cipta
Cara YouTube menyemak permintaan pengalihan keluar hak cipta
Program Rakan Kongsi YouTube (YPP)
Cara YouTube menguatkuasakan dasar pengewangan YouTube
Cara YouTube menyemak permohonan YPP
Privasi
Cara YouTube menentukan sama ada kandungan perlu dialih keluar kerana pelanggaran privasi atau tidak