Kelayakan Content ID adalah berdasarkan pelbagai kriteria. Kriteria ini termasuk sama ada kandungan pemilik hak cipta boleh dituntut melalui Content ID atau tidak dan keperluan yang ditunjukkan oleh mereka. Pemilik hak cipta perlu memberikan bukti kandungan berhak cipta dengan kawalan hak eksklusif mereka.
Content ID akan memadankan kandungan rujukan anda terhadap setiap muat naik kepada YouTube. Pemilik hak cipta perlu mempunyai hak eksklusif terhadap bahan yang dinilai. Contoh item biasa yang mungkin tidak eksklusif terhadap individu termasuk:
- gabungan, “yang terbaik”, kompilasi dan adunan semula kerja yang lain
- video cara main, visual perisian, treler
- muzik dan video tidak berlesen
- muzik atau video yang telah dilesenkan tetapi tanpa keeksklusifan
- rakaman persembahan (termasuk konsert, acara, ucapan, rancangan)
Jika pemilik hak cipta telah diluluskan untuk Content ID, pemilik itu perlu melengkapkan perjanjian. Perjanjian ini akan menyatakan dengan jelas bahawa hanya kandungan dengan hak eksklusif boleh digunakan untuk rujukan. Selain itu, pemilik tersebut perlu memberikan lokasi geografi pemilikan eksklusif, jika tidak di seluruh dunia.
Selain Content ID, kami menawarkan alat pengurusan hak cipta lain yang mungkin lebih sesuai dengan keperluan pemilik hak cipta.
Alatan lain ini termasuk:
- Borang web aduan hak cipta
- Copyright Match Tool
- Enterprise Copyright Match Tool
Maklumat lanjut tentang pilihan ini boleh didapati di sini.