Pengesahan Umur YouTube:
Video atau saluran jenama dikenakan pengesahan umur oleh pilihan pengiklan atau selepas pelanggaran Garis Panduan Komuniti. Hanya penonton dengan “umur yang bersesuaian” boleh melihat kandungan ini semasa log masuk ke YouTube. Kadangkala, video perlu dikenakan pengesahan umur sebelum pengiklan dapat menggunakan video tersebut dalam iklan (seperti iklan Video Dipromosikan untuk kempen arak). Pengesahan Umur YouTube ialah satu-satunya pilihan yang tersedia untuk permintaan pengesahan umur pada halaman tontonan video.
Sasaran demografi mengikut umur untuk iklan:
Dasar atau pengiklan kami ada kalanya meminta iklan disasarkan kepada demografi umur tertentu. Teknologi penyiaran iklan kami boleh menyasarkan iklan ini berdasarkan tarikh lahir pengguna YouTube yang dilog masuk. Sebagai contoh, jika iklan tidak sesuai untuk khalayak umum menurut dasar kami, iklan tersebut perlu disasarkan kepada penonton yang berumur 18 tahun ke atas. Hal ini bermakna hanya penonton dilog masuk yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun akan mendapat iklan ini pada laman kami. Penonton yang dilog keluar akan mendapat iklan yang berbeza.
Sekatan Umur Tersuai:
Pengiklan arak, permainan, dan filem boleh membina pengesahan umur tersuai pada iklan halaman utama. Kami membenarkan ciri ini kerana industri ini ialah industri yang dikawal selia dengan ketat, dan pengesahan umur YouTube mungkin tidak memenuhi peraturan industri. Sebagai contoh, pengiklan permainan video mungkin perlu mematuhi garis panduan ESRB berkenaan dengan permainan yang diberi rating sebagai matang. Permintaan untuk pengesahan umur tersuai daripada pengiklan ini perlu diserahkan kepada pasukan Dasar Iklan YouTube untuk mendapatkan kelulusan yang lebih awal. Pengiklan dalam semua penempatan lain perlu menggunakan ciri Pengesahan Umur YouTube standard yang tersedia pada saluran jenama dan halaman tontonan video.