Baru-baru ini kami telah mengumumkan cara kami mengembangkan dan mengubah Program Rakan Kongsi YouTube (YPP) dengan memperkenalkan kriteria kelayakan baharu untuk Shorts, cara baharu untuk meraih pendapatan pada YouTube (termasuk perkongsian hasil iklan untuk Shorts), dan membuka akses kepada Creator Music.
Untuk membolehkan perubahan ini dilakukan, kami menetapkan syarat Program Rakan Kongsi YouTube yang baharu. Baca selanjutnya untuk memahami perubahan terbaharu pada syarat ini dan ambil langkah untuk memastikan saluran anda boleh meneruskan pengewangan.
Memperkenalkan Modul
Kami telah menstrukturkan semula syarat Program Rakan Kongsi YouTube untuk menyertakan Modul baharu yang memberi pencipta lebih banyak kebebasan dalam cara mereka meraih pendapatan daripada kandungan mereka. Selepas menandatangani Syarat Asas, yang merupakan syarat kontrak asas untuk semua pencipta yang berhasrat membuat pengewangan pada platform, pencipta boleh mengambil dan memilih Modul kontrak untuk membina peluang pendapatan.
Syarat Asas
Syarat Asas termasuk syarat program asas seperti cara kami membayar anda, dasar kandungan kami, dan syarat baharu seperti kos serah negara dan pelarasan penjelasan hak. Semua pencipta yang telah atau bercadang untuk menyertai Program Rakan Kongsi YouTube dikehendaki menerima Syarat Asas.
Modul Pengewangan Halaman Tontonan
Halaman Tontonan mewakili halaman dalam YouTube, YouTube Music dan YouTube Kids yang khusus untuk perihalan dan main balik video format panjang atau penstriman langsung anda. Untuk memperoleh hasil iklan dan YouTube Premium pada video format panjang atau penstriman langsung yang ditonton pada Halaman Tontonan, atau apabila dibenamkan pada laman lain dalam Pemain Video YouTube, anda perlu menerima Modul Pengewangan Halaman Tontonan. Untuk pencipta sedia ada dalam YPP, hal ini bermakna anda perlu menerima modul ini untuk terus memperoleh hasil iklan daripada Halaman Tontonan.
Modul Pengewangan Shorts
Modul Pengewangan Shorts membolehkan saluran anda berkongsi hasil daripada iklan yang dilihat antara video dalam Suapan Shorts. Setelah anda menerima Modul ini, anda akan mula memperoleh pendapatan daripada iklan Suapan Shorts dan hasil YouTube Premium pada tontonan Shorts anda yang layak seawal 1 Februari 2023. Jika persetujuan diterima selepas 1 Februari 2023, perkongsian hasil iklan Shorts akan mula terakru pada tarikh anda bersetuju untuk menerima syarat tersebut. Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang cara perkongsian hasil iklan berfungsi untuk Shorts, lihat dasar pengewangan YouTube Shorts kami.
Modul Produk Perdagangan
Modul Produk Perdagangan (dahulunya Tambahan Produk Perdagangan) menggunakan satu set ciri Pembiayaan Peminat yang membantu anda memperoleh pendapatan sambil berhubung dengan peminat anda, yang bermula daripada keahlian saluran kepada Super Chat, Super Stickers, dan Super Thanks. Syarat ini kekal sama, maka jika anda telah menerima, anda tidak perlu menerima syarat ini lagi.
Perkara yang berlaku jika anda tidak menerima syarat yang dikemaskinikan
Semua rakan kongsi mestilah menyemak dan memahami syarat Program Rakan Kongsi YouTube yang baharu. Penerimaan Syarat Asas diperlukan untuk menyertai atau kekal dalam YPP.
Perkongsian hasil iklan Shorts bermula pada 1 Februari 2023. Untuk mula memperoleh hasil iklan bagi tontonan Shorts anda, rakan kongsi pengewangan perlu menerima Syarat Asas dan Modul Pengewangan Shorts. Anda tidak akan dapat memperoleh hasil daripada iklan Suapan Shorts sehingga anda berbuat demikian. Tontonan Shorts yang terakru sebelum penerimaan Modul Pengewangan Shorts tidak layak untuk perkongsian hasil iklan Shorts.
Untuk kekal dalam Program Rakan Kongsi YouTube dan meneruskan pengewangan pada YouTube, semua rakan kongsi pengewangan mempunyai masa hingga 10 Julai 2023 untuk menyemak dan menerima syarat baharu. Jika anda tidak menerima sekurang-kurangnya Syarat Asas pada tarikh tersebut, saluran anda akan dialih keluar daripada Program Rakan Kongsi YouTube dan perjanjian pengewangan anda akan ditamatkan. Selepas perkara ini berlaku, anda perlu memenuhi kelayakan semula dan memohon semula untuk menyertai Program Rakan Kongsi YouTube sekali lagi.
Setelah saluran anda dialih keluar daripada YPP, harap maklum bahawa Syarat Perkhidmatan YouTube masih digunakan dan mentadbir penggunaan YouTube anda. Hal ini termasuk hak pengewangan dan iklan paparan YouTube pada kandungan anda. Jika anda tidak menyertai Program Rakan Kongsi YouTube pada masa ini tetapi menyertai program ini sebelum ini, anda masih boleh melihat iklan disiarkan pada kandungan anda, tetapi anda tidak layak untuk pembayaran.
Soalan lazim
Mengapakah anda memutuskan untuk memodulasikan syarat?
Penambahan Modul kepada syarat Program Rakan Kongsi YouTube bermakna kami boleh menambahkan peluang pengewangan baharu pada masa hadapan tanpa perlu mengemaskinikan atau meminda keseluruhan perjanjian pengewangan.
Pendekatan ini juga memberi pencipta peningkatan ketelusan dan fokus untuk menentukan peluang pengewangan yang betul untuk saluran mereka.
Bolehkah saya menarik diri daripada Modul tertentu selepas saya menerima modul tersebut?
Bagaimanakah langkah ini berfungsi untuk saluran dalam Rangkaian Berbilang Saluran (MCN)?
Apakah yang perlu saya ketahui jika saya menggunakan Pengurus Kandungan Studio (CMS)?
Rakan kongsi yang mempunyai akses kepada Pengurus Kandungan Studio (CMS) perlu menerima Pindaan Pengewangan yang menyertakan pengewangan kandungan berformat panjang anda pada Halaman Tontonan. Syarat Asas termasuk syarat program asas seperti cara kami membayar anda, dasar kandungan dan syarat baharu seperti kos serah negara, pelarasan penjelasan hak, dan kandungan yang layak untuk diadun semula. Rakan kongsi yang berhasrat untuk menggunakan perkongsian hasil iklan Shorts juga perlu menerima Modul Pengewangan Shorts.
Rakan kongsi yang menggunakan Pengurus Kandungan YouTube Studio juga perlu menyemak dan menerima syarat baharu menjelang 10 Julai 2023. Jika anda tidak menerima sekurang-kurangnya Pindaan Pengewangan pada tarikh tersebut, perjanjian pengewangan anda akan ditamatkan dan saluran anda tidak akan diwangkan lagi pada YouTube.Syarat YouTube membantu kami memastikan bahawa kami menyediakan ekosistem yang membolehkan kami menyampaikan nilai kepada pengiklan dan pengguna, serta memberikan ganjaran kepada pencipta secara bertanggungjawab dan adil. Insiden penipuan kewangan, yang mendapatkan pendapatan secara tidak adil daripada tontonan palsu atau pembelian menggunakan kad kredit yang dicuri, mengganggu ekosistem dengan mewujudkan perasaan hilang kepercayaan terhadap pengiklan, pencipta, dan penonton.
Apabila kami mengesan penyalahgunaan sedemikian, kami akan membayar balik pihak yang terkesan secara negatif, seperti pengiklan atau pengguna, jika wajar dan boleh. YouTube tidak menyimpan hasil ini, dan pencipta juga mestilah tidak menerima perkongsian bagi mana-mana hasil yang dibayar balik. Sebarang tindakan yang boleh kami ambil adalah berkadar dengan keadaan, seperti yang digariskan di bawah dasar yang berkaitan. Sebagai contoh, walaupun kami mungkin mendapatkan balik dan membayar balik hasil yang terhasil daripada penipuan kewangan, kami tidak berusaha untuk mendapatkan balik hasil jika video kemudiannya didapati tidak memenuhi garis panduan kandungan mesra pengiklan.
Bahagian “Hasil Yang Tidak Layak” dalam syarat Program Rakan Kongsi YouTube baharu tidak menggambarkan dasar baharu. Sebaliknya, bahagian ini menyasarkan lebih banyak ketelusan pada Dasar program sedia ada yang berkaitan dengan perubahan atau kelewatan pembayaran dalam kes seperti penipuan kewangan. “Hasil Yang Tidak Layak” merangkumi 2 senario yang berbeza agar kami boleh mendapatkan balik hasil sekiranya berlaku pelanggaran tertentu seperti trafik tidak sah:
- YouTube mungkin menahan atau melaraskan sebarang pendapatan rakan kongsi yang berkaitan dengan pelanggaran syarat.
- Contohnya, jika kami mengesan penipuan kewangan sebelum pembayaran dibuat, kami mungkin melaraskan bayaran untuk mengalih keluar hasil yang berkaitan atau menahan pembayaran untuk bahagian hasil tersebut semasa kami menyiasat penipuan tersebut.
- YouTube mungkin mengenakan caj balik atau mengimbangi jumlah tersebut terhadap pendapatan rakan kongsi pada masa hadapan yang perlu dibayar kepada anda.
- Contohnya, jika kami mengesan penipuan kewangan selepas pembayaran dibuat, hasil yang berkaitan mungkin dicaj balik terhadap mana-mana baki AdSense untuk YouTube yang belum lagi dikeluarkan, atau diimbangi atau ditolak daripada pendapatan masa hadapan. Apabila perkara ini berlaku, caj balik akan ditolak daripada baki AdSense untuk YouTube, bukannya akaun bank anda.