Jika anda label muzik atau rakan kongsi pengedar, anda boleh mempromosikan penemuan muzik dalam Shorts menggunakan DDEX untuk menghantar coretan pratonton sebelum keluaran penuh lagu. Apabila butiran pratonton disampaikan dalam suapan DDEX anda, video pratonton runut seni dibuat dan tersedia dalam Pustaka Muzik Shorts bermula pada tarikh dan masa yang anda tentukan dalam suapan anda.
Runut seni penuh yang disertakan tidak akan dikeluarkan sehingga tarikh dan masa yang anda tentukan dalam suapan anda. Video pratonton runut seni dan video runut seni penuh akan membenamkan aset rakaman bunyi yang sama.
Setelah lagu penuh dikeluarkan, kami akan mengemaskinikan sebarang Shorts yang menggunakan pratonton untuk mengubah hala kepada lagu penuh secara automatik. Kami juga akan mengemaskinikan halaman pangsi Shorts berkaitan yang dibuat menggunakan pratonton.
Untuk membuat pratonton dan menjadikan pratonton tersebut tersedia pada Shorts, anda mestilah:
- Mengemaskinikan suapan Runut Seni anda untuk menyampaikan butiran pratonton.
- Mengemaskinikan suapan Content ID anda ATAU Mengedit dasar pemadanan aset rakaman bunyi.
1. Mengemaskinikan suapan Runut Seni anda
Menentukan masa mula dan tamat
Yang berikut ialah contoh coretan XML yang boleh anda gunakan untuk membuat pratonton berdasarkan titik mula dan akhir atau masa mula dan jumlah tempoh:
Contoh coretan XML
Gunakan coretan XML yang berikut untuk membuat pratonton daripada segmen fail audio penuh yang ditentukan menggunakan titik mula dan akhir. Fail audio penuh mestilah dihantar untuk membuat pratonton.
<TechnicalSoundRecordingDetails>
<TechnicalResourceDetailsReference>T1</TechnicalResourceDetailsReference>
<!-- IsPreview is set to false to signal the full audio file is sent we should create preview using start and end point->
<IsPreview>false</IsPreview>
<PreviewDetails>
<StartPoint>30</StartPoint>
<EndPoint>60</EndPoint>
<ExpressionType>Instructive</ExpressionType>
</PreviewDetails>
<File>
<FileName>full-length-track.mp3</FileName>
<FilePath>resources/</FilePath>
</File>
</TechnicalSoundRecordingDetails>
Sebagai alternatif, anda boleh menentukan segmen menggunakan titik masa mula dan tempoh masa dalam format ISO 8601.
Coretan XML yang berikut menentukan bahawa pratonton perlu dibuat 30 saat daripada permulaan trek penuh dan tempoh pratonton mestilah 45 saat:
<PreviewDetails>
<StartPoint>30</StartPoint>
<Duration>PT0H0M45S</Duration>
<ExpressionType>Instructive</ExpressionType>
</PreviewDetails>
Menentukan tarikh keluaran
Yang berikut ialah contoh coretan XML yang boleh anda gunakan untuk menentukan masa pratonton perlu menjadi tersedia:
Contoh coretan XML
Rakan kongsi boleh menggunakan <ClipPreviewStartDate>
atau <ClipPreviewStartDateTime>
untuk menentukan masa pratonton perlu tersedia untuk penyegerakan Shorts. Ketersediaan pratonton akan tamat pada akhir lagu penuh.
- Kami hanya menggunakan tarikh mula yang ditentukan sebagai
<ClipPreviewStartDate>
atau<ClipPreviewStartDateTime>
. Tarikh mula lain (mis.<ReleaseDisplayStartDate>
,<TrackListingPreviewStartDate>
,<CoverArtPreviewStartDate>
) diperlukan untuk pengesahan skema dan akan diabaikan. <PreviewDetails>
diabaikan jika<ClipPreviewStartDate>
atau<ClipPreviewStartDateTime>
tiada dalam mesej.- Semua tarikh mula yang diberikan perlu daripada jenis yang sama (iaitu. sama ada "Tarikh" atau "TarikhMasa").
<ClipPreviewStartDate>
atau<ClipPreviewStartDateTime>
perlu disertakan dalam sebarang mesej kemaskinian seterusnya (mis. kemaskinian metadata) sebelum tarikh penyiaran langsung produk. Tindakan mengecualikan perkara ini boleh melumpuhkan klip pratonton daripada tersedia pada Shorts.- Pastikan
<ClipPreviewStartDate>
(atau<ClipPreviewStartDateTime>
) lebih awal dari<StartDate>
(atau<StartDateTime>
) untuk membolehkan pratonton dipaparkan dalam Pustaka Shorts.
<ReleaseDeal>
<DealReleaseReference>R1</DealReleaseReference>
<Deal>
<DealTerms>
<CommercialModelType>SubscriptionModel</CommercialModelType>
<Usage>
<UseType>NonInteractiveStream</UseType>
<UseType>OnDemandStream</UseType>
</Usage>
<TerritoryCode>Worldwide</TerritoryCode>
<ValidityPeriod>
<StartDate>2021-12-10</StartDate>
</ValidityPeriod>
<ReleaseDisplayStartDate>2021-01-
01</ReleaseDisplayStartDate>
<TrackListingPreviewStartDate>2021-01-01</TrackListingPreviewStartDate>
<CoverArtPreviewStartDate>2021-01-01</CoverArtPreviewStartDate>
<ClipPreviewStartDate>2021-01-01</ClipPreviewStartDate>
</DealTerms>
</Deal>
<EffectiveDate>2022-01-01</EffectiveDate>
</ReleaseDeal>
2. Mengemaskinikan suapan Content ID anda atau Mengedit dasar pemadanan aset rakaman bunyi
Kami mencadangkan agar rakan kongsi mengemaskinikan suapan Content ID mereka tetapi mereka juga mempunyai pilihan untuk mengemaskinikan dasar pemadanan rakaman bunyi untuk menggunakan dasar Pratonton Shorts yang di buat di atas. Perlu diingat bahawa dasar pemadanan akan dipakai setelah lagu penuh dikeluarkan (jika anda tidak menetapkan dasar yang dijadualkan).
Mengemaskinikan suapan Content ID
Yang berikut merupakan contoh coretan XML untuk menyampaikan dasar pemadanan untuk dipakai pada pratonton Shorts, selain dasar pemadanan anda untuk keluaran penuh.
Contoh coretan XML
<DealList>
<ReleaseDeal>
<DealReleaseReference>R1</DealReleaseReference>
<!-- Monetize Previews, block otherwise before release date -->
<Deal>
<DealReference>YT_MATCH_POLICY:Block except Shorts Previews</DealReference>
<DealTerms>
<CommercialModelType>RightsClaimModel</CommercialModelType>
<Usage>
<UseType>UserMakeAvailableUserProvided</UseType>
</Usage>
<!-- Add custom territory restriction to saved policy -->
<TerritoryCode>US</TerritoryCode>
<!-- Add custom schedule to saved policy -->
<ValidityPeriod>
<EndDateTime>2018-07-23T16:59:38+00:00</EndDateTime>
</ValidityPeriod>
</DealTerms>
</Deal>
<!-- UNCHANGED: Monetize after release date -->
<Deal>
<DealTerms>
<CommercialModelType>RightsClaimModel</CommercialModelType>
<Usage>
<UseType>UserMakeAvailableUserProvided</UseType>
</Usage>
<TerritoryCode>US</TerritoryCode>
<ValidityPeriod>
<StartDateTime>2018-07-23T16:59:38+00:00</StartDateTime>
</ValidityPeriod>
<RightsClaimPolicy>
<RightsClaimPolicyType>Monetize</RightsClaimPolicyType>
</RightsClaimPolicy>
</DealTerms>
</Deal>
</ReleaseDeal>
</DealList>
Mengedit dasar pemadanan aset rakaman bunyi
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Dasar
.
- Klik TAMBAHKAN DASAR BAHARU
Tambahkan dasar pratonton YouTube Shorts.
- Masukkan nama Dasar dan perihalan Dasar.
- Anda boleh menggunakan dasar di bawah sebagai panduan untuk menyediakan dasar pratonton Shorts.
- Bersebelahan dengan Jumlah pemadanan rujukan, masukkan panjang yang dibenarkan yang anda mahu dalam kiraan saat.
- Panjang maksimum video Shorts ialah 60 saat.
- Untuk memastikan lagu penuh tersedia dalam Shorts pada tarikh keluaran lagu, dasar pemadanan mestilah mengandungi syarat Jumlah pemadanan rujukan yang membenarkan Shorts menggunakan maksimum 16 saat daripada fail rujukan. Dalam erti kata lain, pemadanan rujukan perlu ditetapkan kepada minimum 17 saat.
- Klik SIMPAN.
- Kami mengesyorkan agar anda menambahkan syarat Jumlah pemadanan rujukan untuk membolehkan muat naik yang menambahkan pratonton luar daripada alat penciptaan Shorts. Sebagai contoh, jika anda juga memberikan pratonton pada platform lain dan mahu membenarkan siar silang kepada YouTube, anda perlu menyertakan syarat untuk membenarkan penggunaan ini sehingga dan termasuk panjang pratonton tersebut. Jika tidak, penggunaan ini mungkin disekat.
- Mungkin terdapat had kepada jumlah muzik yang boleh ditambahkan oleh pengguna. Untuk mengesahkan tempoh penggunaan muzik yang dibenarkan dalam perjanjian anda dengan YouTube, rujuk pindaan Shorts anda atau hubungi sokongan YouTube.
Contoh dasar pratonton Shorts
Senario contoh
Saya mahu membenarkan pengguna mengambil sampel 30 saat pratonton lagu dalam Shorts untuk lagu dengan tarikh keluaran masa hadapan.
Cara menyediakan dasar:
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Dasar
.
- Klik TAMBAHKAN DASAR BAHARU
Tambahkan dasar pratonton YouTube Shorts.
- Masukkan nama Dasar dan perihalan Dasar.
- Contoh nama dasar: “Pratonton Shorts - 30 saat”
- Contoh perihalan dasar: “Benarkan pratonton Shorts maksimum 30 saat”
- Bersebelahan dengan Jumlah pemadanan rujukan, masukkan 00:30.
- Klik SIMPAN.
- Dalam menu kiri, pilih Aset
.
- Temukan aset rakaman bunyi yang berkaitan dan klik tajuk aset tersebut untuk membuka halaman Butiran aset tersebut.
- Dalam menu kiri, pilih Pemilikan & Dasar
.
- Klik tab Dasar Pemadanan
EDIT DASAR PEMADANAN ASET.
- Cari dasar pratonton Shorts yang dibuat dalam Langkah 1-6 di atas dan pilih dasar dalam senarai.
- Klik TETAPKAN DASAR TERSUAI.
- Klik TAMBAHKAN DASAR YANG DIJADUALKAN dan pilih dasar pemadanan yang anda kehendaki.
- Masukkan tarikh keluaran lagu penuh.
- Klik TAMBAHKAN SYARAT
Lokasi penonton
- Jika anda tidak menambahkan syarat Lokasi penonton , dasar yang dijadualkan mungkin tidak digunakan dengan betul. Sebagai contoh, jika anda mahu mengewangkan video pengguna menggunakan kandungan daripada lagu penuh dalam semua wilayah, anda perlu menetapkan syarat Lokasi penonton kepada “Global” dan dasar pemadanan kepada "Wangkan".
- Klik SIMPAN untuk menyimpan dasar.
- Klik GUNAKAN untuk menggunakan dasar pemadanan yang dikemaskinikan pada aset.
Selepas melengkapkan Langkah 6 di atas, anda juga boleh menjadualkan dasar menggunakan DDEX dengan mengikut langkah di sini.
Jika dasar anda mengandungi syarat Jumlah pemadanan rujukan dan pengguna boleh mengakses sebahagian daripada lagu daripada platform lain, makan dasar ini boleh membenarkan muat naik menggunakan bahagian lagu daripada platform lain ini. Sebagai contoh, senario yang berikut juga boleh berlaku dengan menggunakan contoh dasar di atas:
- Label menghantar 30 saat daripada korus lagu sebagai pratonton Shorts kepada YouTube tetapi membuat pratonton ayat daripada lagu yang sama tersedia di tempat lain.
- Pengguna memuat naik video, yang di buat luar daripada alatan penciptaan Shorts, menggunakan ayat lagu.
- Video mungkin boleh ditonton jika panjang penggunaan lagu tidak melebihi 30 saat.
Untuk mengehadkan penggunaan lagu daripada platform lain, anda boleh mengalih keluar syarat Jumlah pemadanan rujukan semasa membuat dasar pratonton Shorts anda.
Soalan lazim tentang pratonton Shorts
Bolehkah saya menghantar berbilang pratonton Shorts untuk lagu?
Pada masa ini, kami tidak menyokong berbilang pratonton Shorts untuk lagu.
Adakah terdapat sebarang keperluan penerbitan untuk pratonton Shorts?
Seperti keluaran penuh, anda perlu bekerjasama dengan penerbit lagu untuk memastikan bahawa mereka membenamkan perkongsian gubahan mereka pada aset rakaman bunyi lagu. Ketahui lebih lanjut tentang mengalih keluar atau menambahkan perhubungan benam.
Bagaimanakah cara artis boleh membuat Shorts menggunakan pratonton?
Artis boleh menemukan dan menggunakan lagu Pratonton daripada Pustaka Muzik Shorts bermula pada masa keluaran Pratonton. Sebagai alternatif, rakan kongsi boleh berkongsi pautan video runut seni yang dijana selepas penghantaran Pratonton dengan artis.
Apabila menonton pada peranti mudah alih, artis akan melihat pilihan Buat setelah Pratonton disiarkan. Mereka boleh menggunakan audio untuk membuat video Shorts.
Bagaimanakah saya harus menetapkan tempoh pemadanan rujukan untuk membolehkan pratonton Shorts?
Untuk memastikan lagu penuh boleh diadun semula selepas tarikh keluaran, dasar pemadanan mestilah mengandungi syarat jumlah pemadanan rujukan yang tidak menyekat penggunaan maksimum 16 saat. Dalam erti kata lain, tempoh pemadanan rujukan perlu ditetapkan kepada minimum 17 saat.
Adakah terdapat panjang yang disyorkan untuk pratonton Shorts?
Pada masa ini tiada syor rasmi tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu diingat:
- Panjang maksimu video Shorts ialah 60 saat.
- Pertimbangkan cara Pratonton anda mungkin mendorong minat untuk lagu penuh.
Bagaimanakah cara saya menyemak tarikh keluaran selepas menghantar pratonton Shorts?
Selepas menghantar pratonton dan/atau runut seni penuh, anda boleh menggunakan Pengurus Kandungan Studio untuk menyemak tarikh keluaran yang anda berikan:
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Aset
.
- Klik tab Runut seni.
- Temukan runut seni yang anda minati.
- Untuk menemukan runut seni tersebut dengan lebih mudah, klik bar penapis
ISRC atau ID Video.
- Untuk menemukan runut seni tersebut dengan lebih mudah, klik bar penapis
- Klik tajuk lagu.
- Dalam menu kiri, pilih Ketersediaan
.
Bolehkah kami menghantar pratonton Shorts menggunakan fail .CSV?
Tidak, pada masa ini kami hanya menyokong penghantaran pratonton Shorts menggunakan DDEX.