Menjalani kursus pada YouTube

Kursus membolehkan pencipta yang mengambil bahagian menawarkan persekitaran pembelajaran yang berstruktur pada YouTube. Kursus yang tersedia pada harga $0 mungkin menampilkan iklan dan tersedia di seluruh dunia. Sebahagian besar daripada hasil yang diperoleh daripada Kursus akan diberikan kepada Pencipta yang mengambil bahagian.

Mula menggunakan kursus

Nota: Kursus yang berharga $0 tersedia kepada pencipta dan penonton di seluruh dunia. Kursus yang memerlukan bayaran satu kali sedang diuji di beberapa negara tertentu dan boleh dibeli pada komputer atau peranti Android dan iOS.

Mencari kursus

Anda boleh menemukan Kursus merentas YouTube:

  • Pada suapan Laman Utama
  • Dalam video disyorkan
  • Dalam hasil carian
  • Dalam tab kursus pada halaman saluran pencipta yang mengambil bahagian
  • Dalam Kursus, di bawah Teroka atau pada youtube.com/courses

Ketahui lebih lanjut tentang kursus

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang kursus dengan mengetik “Ikhtisar” pada halaman senarai main kursus. Panel maklumat yang dipaparkan akan memberikan maklumat lanjut tentang pencipta, perkara yang terkandung dalam kursus dan masa yang diperlukan untuk melengkapkan kursus.

Menyimpan kursus

Menyimpan kursus membolehkan anda menemukan kursus dengan lebih mudah apabila anda kembali pada YouTube. Pada halaman senarai main kursus, anda boleh mengetik . Kursus yang disimpan akan dipaparkan dalam bahagian ‘Kursus anda’ pada tab Anda. Ketahui lebih lanjut tentang tab Anda.

Memuat turun fail kursus

Sesetengah pencipta juga mungkin menyertakan fail yang boleh dimuat turun bersama dengan kursus mereka. Jika video kursus disertakan dengan fail yang boleh dimuat turun, anda akan menemukan pautan muat turun pada perihalan video. Fail boleh dimuat turun pada komputer atau pada peranti Android dan iOS.

Menjejaki kemajuan dan mendapatkan ganjaran setelah melengkapkan kursus

Anda boleh menjejaki kemajuan kursus anda pada dua tempat:
  1. Tindakan mengetik “Ikhtisar” pada halaman Senarai Main kursus akan membuka panel maklumat yang mengandungi bahagian penjejakan kemajuan. 
  2. Semasa anda menonton video daripada kursus, bahagian penjejakan kemajuan juga akan disertakan pada perihalan video.
Bahagian penjejakan kemajuan akan menyatakan bilangan video kursus yang telah anda tonton sehingga selesai dan bilangan video yang tinggal. Video kursus dianggap “selesai” jika anda telah menonton sekurang-kurangnya 80% daripada video.
Setelah anda menonton semua video daripada kursus sehingga selesai, anda akan memperoleh lencana pelengkapan kursus! Anda boleh melihat lencana anda dalam bahagian Lencana pada tab Anda pada apl mudah alih. Ketahui lebih lanjut tentang tab Anda.

Kursus dengan bayaran satu kali

Nota: Kursus yang memerlukan bayaran satu kali sedang diuji di beberapa negara tertentu dan boleh dibeli pada komputer atau peranti Android dan iOS. 

Untuk membeli kursus, anda mestilah berumur 18 tahun ke atas. Setelah anda membeli kursus, anda boleh menonton kursus pada mana-mana peranti dengan YouTube.

Membeli kursus

  1. Gunakan komputer atau peranti mudah alih untuk melawati kursus.
  2. Pilih Beli Kursus.
  3. Pilih Seterusnya.
  4. Ikut arahan pada skrin untuk memasukkan butiran pembayaran anda dan beli kursus.
Nota: Dengan membeli kursus, anda mengesahkan bahawa anda berumur 18 tahun ke atas dan bersetuju untuk menerima syarat ini. Bayaran balik hanya tersedia dalam keadaan tertentu menurut dasar bayar balik kami.

Mencari kursus yang dibeli

Kursus yang telah anda beli akan disimpan secara automatik pada bahagian "Kursus anda" pada tab Anda dan boleh ditemukan dalam pembelian anda juga.
Untuk mencari kursus yang telah dibeli pada tab Anda, pilih "Kursus anda". Ketahui lebih lanjut tentang tab Anda.
Untuk mencari kursus yang telah dibeli dalam pembelian anda:
  1. Pilih Tetapan .
  2. Pilih Pembelian dan keahlian.
  3. Kursus yang anda beli akan disenaraikan dalam bahagian “Pembelian”.

Meminta bayaran balik untuk kursus

Jika video atau ciri yang berkaitan dengan kursus yang anda beli tidak berfungsi, anda mungkin layak untuk mendapat bayaran balik. Jika anda belum menonton kursus tersebut, anda boleh meminta bayaran balik dalam masa 7 hari perniagaan dari tarikh pembelian. Jika permintaan bayaran balik anda diluluskan, kami akan mengembalikan wang anda dan mengalih keluar akses anda kepada kursus. Untuk meminta bayaran balik bagi kursus yang dibeli:
  1. Pilih Tetapan .
  2. Pilih Pembelian dan keahlian.
  3. Di sebelah kursus yang berkaitan, pilih Lagi  kemudian “Masalah berkenaan dengan pembelian?”
  4. Ikut arahan pada skrin untuk meminta bayaran balik.
Nota: Kursus yang dibeli pada apl Android YouTube akan dibilkan melalui Google Play. Akses pay.google.com untuk mengetahui caj baharu dan memahami cara caj anda dibilkan. Pembelian yang dibuat melalui Google Play tertakluk pada dasar bayar balik Google Play.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14705908159437687112
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false