Jadualkan masa penerbitan video

Anda boleh menggunakan penerbitan berjadual untuk menjadualkan video peribadi untuk disiarkan kepada umum pada masa tertentu.

Jadualkan video untuk diterbitkan kemudian

Untuk menjadualkan masa penerbitan video, anda perlu menetapkan video sebagai "dijadualkan" atau "peribadi" pada halaman muat naik dahulu.

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
    • Atau gunakan apl YouTube .
  2. Pilih BUAT  kemudian Muat naik video .
  3. Pilih fail yang mahu anda muat naik dan masukkan butiran video anda.
  4. Klik kad Jadual .
  5. Tetapkan tarikh, masa dan zon waktu untuk video yang mahu anda diterbitkan.
  6. Pilih Jadual.
Nota: Jika terdapat bantahan Garis Panduan Komuniti pada akaun anda, video berjadual anda tidak akan diterbitkan dalam tempoh penalti. Video anda ditetapkan kepada “peribadi” untuk tempoh penalti, dan anda perlu menjadualkan video tersebut semula apabila tempoh larangan tamat. Ketahui lebih lanjut tentang asas bantahan Garis Panduan Komuniti.

Edit masa penerbitan yang dijadualkan

Anda boleh menukar masa penerbitan yang dijadualkan atau menerbitkan video dengan segera.

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
    • Atau gunakan apl YouTube .
  2. Dalam Menu kiri, pilih Kandungan .
    • Atau pilih gambar profil  kemudian Video anda.
  3. Pilih video yang mahu anda edit.
  4. Klik Edit kemudian Keterlihatan dalam menu lungsur:
    • Untuk menukar masa penerbitan yang dijadualkan, pastikan keterlihatan ialah Peribadi. Klik EDIT DRAF kemudian pilih masa baharu dalam bahagian “Jadual”.
    • Untuk menerbitkan video dengan segera, tetapkan keterlihatan kepada Umum.
  5. Pilih Terbitkan untuk diterbitkan.

Tarikh 'Diterbitkan pada' pada halaman tontonan

Apabila anda menetapkan video sebagai umum pada YouTube, tarikh pada halaman tontonan yang dipaparkan adalah berdasarkan Waktu Standard Pasifik (PST). Jika anda mahu tarikh tertentu dipaparkan di bawah video anda, muat naik video anda pada tarikh tersebut. Sebagai pilihan lain, jadualkan agar video itu disiarkan kepada umum pada tarikh tersebut, dalam Waktu Standard Pasifik.

Anda mungkin melihat tarikh yang berbeza pada halaman tontonan berbanding dengan tarikh yang anda lihat dalam YouTube Studio jika anda:

  • Memuat naik video umum dalam zon waktu yang lebih awal daripada PST
  • Jadualkan video peribadi untuk disiarkan kepada umum pada masa tertentu dalam zon waktu yang lebih awal daripada PST

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3156560849004084638
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false