Dasar pengewangan YouTube Shorts

Rakan kongsi pengewangan boleh mendapat wang daripada iklan yang ditonton antara video dalam Suapan Shorts.

Dasar yang digunakan pada pengewangan YouTube Shorts

Jika anda mengewangkan pada YouTube, saluran anda hendaklah mematuhi dasar pengewangan saluran YouTube, termasuk dasar kami tentang kandungan berulang dan kandungan yang digunakan semula. Dasar ini juga termasuk Garis Panduan Komuniti, Syarat Perkhidmatan, Hak Cipta, dan dasar program AdSense Google YouTube.

Menghidupkan perkongsian hasil iklan Shorts

Untuk mula berkongsi dalam hasil iklan Shorts, rakan kongsi pengewangan perlu menerima Modul Pengewangan Shorts—syarat yang membenarkan anda mendapat hasil daripada iklan dan YouTube Premium dalam Suapan Shorts. Perkongsian hasil iklan Shorts akan digunakan pada tontonan Shorts saluran anda yang layak bermula pada tarikh penerimaan. Tontonan Shorts yang terakru sebelum penerimaan Modul Pengewangan Shorts tidak layak untuk perkongsian hasil iklan Shorts.

Kandungan yang sesuai untuk iklan

Semua kandungan yang mengewangkan dengan iklan mestilah mematuhi garis panduan kandungan mesra pengiklan kami. Pada Shorts, hanya tontonan kandungan yang mematuhi garis panduan mesra pengiklan kami akan layak untuk perkongsian hasil.

Tontonan Shorts Tidak Layak

Untuk tujuan mengira pembayaran, YouTube menggunakan “Tontotan sahih” yang layak. Hal ini bermakna YouTube tidak akan mengira tontotan sahih yang tidak layak. Contoh tontonan Shorts tidak layak boleh berlaku:

  • Shorts bukan asal, seperti klip yang tidak diedit daripada filem lain atau rancangan TV, memuat naik semula kandungan pencipta lain daripada YouTube atau platform lain, atau kompilasi yang tidak ditambahkan dengan kandungan asal
  • Tontonan Shorts buatan atau palsu, seperti daripada klik berautomasi atau bot tatal
  • Tontonan Shorts yang tidak mematuhi garis panduan kandungan mesra pengiklan kami

Shorts Disekat

Shorts melebihi satu minit panjang yang mengandungi kandungan dituntut akan disekat dan tidak layak untuk .pengewangan. Ketahui maklumat tentang Shorts tiga minit dan kelayakan muzik untuk Shorts.

Format iklan yang layak untuk perkongsian hasil Shorts

BAHARU: Hasil Iklan Shorts, Laluan Baharu kepada YPP & Super Thanks pada Shorts!

Hasil akan dikongsi pada iklan yang ditonton antara video dalam Suapan Shorts. Tontonan Shorts akan menerima perkongsian hasil iklan secara eksklusif daripada Suapan Shorts, yang berasingan daripada pengewangan video format panjang pada Halaman Tontonan.

Cara perkongsian hasil iklan berfungsi untuk Shorts

BAHARU: Perkongsian Hasil Iklan pada Shorts

Hanya rakan kongsi pengewangan yang menerima Modul Pengewangan Shorts boleh mendapat hasil iklan daripada Shorts.

Terdapat empat langkah tentang cara perkongsian hasil iklan Shorts berfungsi:

  1. Himpun hasil iklan Suapan Shorts. Setiap bulan, hasil daripada iklan yang disiarkan antara video dalam Suapan Shorts akan dikumpulkan dan digunakan untuk memberikan ganjaran kepada pencipta dan menampung kos pelesenan muzik.
  2. Kira Himpunan Pencipta. Hasil iklan Suapan Shorts kemudiannya diperuntukkan dalam Himpunan Pencipta berdasarkan tontotan sahih dan penggunaan muzik pada seluruh Shorts yang dimuat naik oleh pencipta pengewangan.
    • Jika pencipta pengewangan memuat naik video Shorts tanpa sebarang muzik, semua hasil yang berkaitan dengan video Shorts tersebut akan diperuntukkan dalam Himpunan Pencipta.
    • Jika pencipta pengewangan memuat naik video Shorts dengan muzik, maka YouTube akan membahagikan hasil yang berkaitan dengan tontonan antara Himpunan Pencipta dengan rakan kongsi muzik berdasarkan bilangan lagu yang digunakan.
Contohnya, jika pencipta pengewangan memuat naik video Shorts dengan 1 lagu, separuh daripada hasil yang berkaitan dengan tontotan sahih video Shorts itu akan diperuntukkan kepada Himpunan Pencipta, dan separuh lagi digunakan untuk menampung kos pelesenan muzik. Jika video Shorts menampilkan 2 lagu muzik, maka satu per tiga daripada hasil yang berkaitan dengan tontotan sahih video Shorts itu akan diperuntukkan kepada Himpunan Pencipta, dan dua per tiga bahagian lain digunakan untuk menampung kos pelesenan muzik.
  1. Peruntukkan Himpunan Pencipta. Daripada jumlah keseluruhan dalam Himpunan Pencipta, hasil akan diagihkan kepada pencipta pengewangan berdasarkan bahagian mereka daripada jumlah tontotan sahih daripada video Shorts pencipta pengewangan di setiap negara. Contohnya, jika pencipta mendapat 5% daripada semua tontotan sahih video Shorts layak yang dimuat naik oleh pencipta pengewangan, mereka akan diperuntukkan 5% daripada hasil dalam Himpunan Pencipta.
  2. Gunakan perkongsian hasil. Pencipta pengewangan akan mendapat 45% daripada hasil yang diperuntukkan mereka, tanpa mengira muzik digunakan atau tidak.

Perkara yang tidak terangkum dalam Himpunan Pencipta:

  • Hasil yang berkaitan dengan tontonan Shorts yang dimuat naik oleh pencipta yang belum menerima Modul Pengewangan Shorts, atau belum layak untuk mengewangkan Shorts mereka. Hasil ini akan digunakan untuk menampung kos pelesenan muzik dan/atau dikekalkan oleh YouTube.
  • Hasil yang berkaitan dengan tontonan Shorts yang dimuat naik oleh rakan kongsi muzik.
  • Hasil yang berkaitan dengan tontonan Shorts yang ditentukan tidak layak.
  • Hasil yang berkaitan dengan sebarang iklan yang ditunjukkan semasa membuka Suapan Shorts sebelum video Shorts ditonton (mis., Kepala berita YouTube Shorts).
  • Hasil yang berkaitan dengan sebarang iklan yang ditunjukkan pada halaman navigasi dalam pemain Shorts.

Fahamkan dengan contoh

Mari semak contoh hipotesis untuk lebih memahami cara perkongsian hasil berfungsi.

Contoh hipotesis

Sebagai pencipta pengewangan, katakan anda memuat naik video Shorts yang menggunakan 1 lagu muzik. Begini caranya kami akan mengira pendapatan video Shorts anda di negara A bulan ini.

  • Terdapat 100 juta jumlah tontotan sahih video Shorts di negara A, dan semua tontotan sahih adalah pada video Shorts yang dimuat naik oleh pencipta pengewangan.
  • $100,000 diperoleh daripada iklan yang dimainkan antara Shorts dalam Suapan Shorts.
  • 20% daripada Shorts ini menggunakan 1 lagu muzik, maka Himpunan Pencipta ialah $90,000 dan $10,000 digunakan untuk menampung kos pelesenan muzik.
  • Video Shorts anda mendapat 1 juta tontonan sahih, maka anda diperuntukkan 1% daripada Himpunan Pencipta, atau bersamaan dengan $900. Peruntukan anda daripada Himpunan Pencipta tidak terjejas oleh penggunaan lagu muzik anda.
  • Perkongsian hasil sebanyak 45% kemudiannya digunakan pada peruntukan anda, dan anda akan mendapat $405 untuk tontonan Shorts anda di Negara A.

Gunakan kandungan pihak ketiga dalam Shorts

Dalam sesetengah keadaan, apabila video Shorts menampilkan kandungan pihak ketiga atau kandungan adunan semula, tontonan yang diperuntukkan pada video Shorts akan dibahagikan antara pemuat naik dengan mana-mana pemegang hak pihak ketiga (pemilik kandungan lain yang digunakan dalam video Shorts) untuk tujuan mengira Himpunan Pencipta dan perkongsian hasil kepada pencipta pengewangan. Dasar yang berikut akan memerihalkan cara pengiraan ini. Kami mungkin mengemaskinikan dasar ini dan akan memaklumi anda tentang sebarang perubahan.

  • Cara penggunaan kandungan pihak ketiga yang menjejaskan Himpunan Pencipta. Apabila jumlah Himpunan Pencipta dikira, hanya kandungan muzik yang disediakan oleh rakan kongsi industri muzik YouTube atau dijana oleh Dream Track akan mendapat penghargaan kerana membuat sumbangan kepada video Shorts. Hal ini bermakna hanya kandungan muzik yang digunakan dalam video Shorts akan mengurangkan jumlah tontotan sahih dan hasil yang berkaitan yang diperuntukkan kepada Himpunan Pencipta. Tiada kategori lain daripada kandungan pihak ketiga akan mendapat penghargaan kerana membuat sumbangan kepada video Shorts pada masa ini, walaupun dasar pengewangan Content ID ditetapkan pada kandungan tersebut. Walau bagaimanapun, kami berada pada peringkat awal pembangunan model pengewangan kami untuk kandungan kategori lain.
    • Contoh di atas menunjukkan cara tontotan sahih dan hasil yang berkaitan dibahagikan untuk mengira Himpunan Pencipta apabila kandungan muzik digunakan dalam video Shorts.
  • Cara penggunaan kandungan pihak ketiga menjejaskan peruntukan daripada Himpunan Pencipta. Apabila membayar bahagian pencipta pengewangan daripada Himpunan Pencipta, setiap pencipta pengewangan akan diperuntukkan 100% daripada jumlah bilangan tontotan sahih pada video Shorts, tanpa mengira sama ada sebarang muzik (termasuk muzik dijana oleh Dream Track) digunakan atau tidak dalam video Shorts. Dengan menggunakan muzik dalam video Shorts tidak akan menjejaskan peruntukan pencipta daripada Himpunan Pencipta atau kadar perkongsian hasil mereka.

Perkongsian hasil langganan YouTube Premium untuk Shorts

YouTube Premium ialah pilihan langganan berbayar yang membolehkan pengguna menikmati kandungan tanpa iklan, main balik latar, muat turun, dan akses premium kepada apl YouTube Music. Tawaran ini juga digunakan pada tontotan sahih pada Shorts.

YouTube akan membayar 45% daripada hasil bersih YouTube Premium yang diperuntukkan kepada pencipta pengewangan untuk Shorts. Sebahagian daripada hasil YouTube Premium diperuntukkan untuk menampung kos pelesenan muzik. Pembayaran kepada setiap pencipta berdasarkan bahagian mereka daripada jumlah tontonan langganan Shorts di setiap negara.

Tempat untuk melihat hasil iklan Suapan Shorts anda

YouTube Analytics akan mula memaparkan anggaran hasil iklan harian Suapan Shorts dengan metrik prestasi lain apabila tersedia, atau dari hari anda memulakan pengewangan dengan iklan Shorts. Ketahui cara menyemak hasil YouTube anda lebih lanjut.

Garis masa sedia ada untuk ambang pembayaran dan butiran AdSense untuk YouTube yang lain digunakan—ketahui AdSense untuk YouTube lebih lanjut.

Pengurus Kandungan Studio

Untuk pengguna Pengurus Kandungan Studio, laporan boleh dimuat turun akan tersedia untuk pengguna bukan rakan kongsi muzik sahaja. Laporan ini akan menyertakan butiran hasil yang disegmenkan mengikut tarikh dan negara/rantau untuk sebarang Shorts pengewangan yang dimuat naik oleh rakan kongsi berkaitan.

Mahu mengetahui prestasi Shorts anda lebih lanjut? Semak Petua Pencipta untuk YouTube Analytics!

Ketahui pengewangan YouTube Shorts lebih lanjut

Mengapakah hasil iklan Shorts dihimpunkan?

Shorts menggunakan format iklan yang berbeza daripada video format panjang, memerlukan kami untuk mengambil pendekatan unik pada perkongsian hasil. Dengan menghimpunkan hasil, kemudian mengagihkan hasil berdasarkan bahagian daripada jumlah tontotan sahih, kami menyasarkan untuk memberikan ganjaran kepada pencipta pengewangan yang menyediakan pengalaman Shorts, bukan hanya kepada pencipta dengan video yang dimainkan bersebelahan iklan. Sebagai manfaat tambahan, model ini juga memudahkan kerumitan pelesenan muzik, membolehkan pencipta mencapai visi kreatif mereka tanpa bimbang tidak mendapat pendapatan yang besar kerana menggunakan muzik.

Adakah pencipta sebenarnya dapat menyimpan 45% daripada hasil Shorts?

Setiap bulan, hasil daripada iklan yang disiarkan antara video dalam Suapan Shorts akan dikumpulkan dan digunakan untuk memberikan ganjaran kepada pencipta Shorts dan menampung kos pelesenan muzik. Daripada jumlah keseluruhan yang diperuntukkan kepada pencipta (juga dikenali sebagai Himpunan Pencipta), mereka akan menyimpan 45% daripada hasil tersebut, tanpa mengira sama ada mereka menggunakan muzik atau tidak dalam Shorts mereka.

Apakah yang dimaksudkan dengan "muzik" secara khususnya?

“Muzik” dalam konteks Shorts merujuk kandungan yang tersedia atau dituntut oleh rakan kongsi industri muzik YouTube. Muzik mungkin termasuk audio muzik sebenar atau lagu, video muzik, atau kandungan muzik lain seperti temu bual. Muzik juga termasuk kandungan muzik yang dijana oleh Dream Track.

Mengapakah video Shorts yang panjang 1-3 minit saya tidak layak untuk model perkongsian hasil Shorts?

Jika anda telah memuat naik video sepanjang tiga minit sebelum 15 Oktober 2024 dan mahu mengewangkan video itu sebagai video Shorts, pastikan terdapat tuntutan pihak pertama yang aktif pada video. Shorts sepanjang tiga minit yang dimuat naik selepas 15 Oktober 2024 boleh diwangkan dalam model perkongsian hasil Shorts. Ketahui lebih lanjut tentang Shorts sepanjang tiga minit.
Video anda tidak layak untuk pengewangan. Sila semak kandungan yang tidak layak untuk pengewangan Shorts dan temukan video yang dituntut anda.

Shorts saya tersedia dalam Suapan Shorts, tetapi saya tidak mendapat hasil. Bolehkah saya mendapat wang daripada iklan tersebut tanpa menyertai YPP?

Tidak. Hanya rakan kongsi pengewangan yang menerima Modul Pengewangan Shorts boleh mendapat hasil iklan dan YouTube Premium daripada Shorts. Baki hasil akan digunakan untuk menampung kos pelesenan muzik atau dikekalkan oleh YouTube.
Bagaimanakah caranya saya akan mengetahui jika Shorts saya mendapat hasil iklan? Apakah caranya jika saya mahu berhenti daripada mendapat hasil iklan Shorts?

Dari tarikh anda menerima Modul Pengewangan Shorts, tontotan sahih sebarang video Shorts pada saluran anda akan dianggap untuk perkongsian hasil iklan Shorts. Tontonan Shorts yang terakru sebelum penerimaan Modul Pengewangan Shorts tidak layak untuk perkongsian hasil iklan Shorts.

Selepas memuat naik video Shorts, anda akan dapat melihat status pengewangan dalam bahagian Kandungan pada YouTube Studio. Shorts dengan tontonan yang dianggap untuk perkongsian hasil iklan Shorts akan menunjukkan ikon pengewangan berwarna hijau atau kuning. Ketahui ikon yang berbeza dalam panduan ikon pengewangan kami lebih lanjut.

YouTube Analytics juga akan mula memaparkan anggaran hasil iklan harian Suapan Shorts dengan metrik prestasi lain pada tarikh anda memulakan pengewangan dengan iklan Shorts. Ketahui cara menyemak hasil YouTube anda lebih lanjut.

Jika anda tidak mahu mengewangkan tontonan Shorts saluran anda lagi dengan iklan, anda boleh menarik diri daripada Modul Pengewangan Shorts dengan menghubungi Sokongan Pencipta.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15232124540809120674
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false