Apabila kandungan dialih keluar disebabkan oleh permintaan pengalihan keluar hak cipta, pemuat naik kandungan tersebut, atau wakil sah, boleh menyerahkan pemberitahuan balas hak cipta. Hal ini ialah permintaan perundangan untuk mengembalikan kandungan yang telah dialih keluar atas sebab dakwaan kesalahan atau kesilapan mengenal pasti kandungan.
Pemberitahuan balas dimajukan kepada pihak menuntut (individu yang menyerahkan permintaan pengalihan keluar yang asal) untuk mendapatkan balasan jika:
- Semua keperluan undang-undang dipenuhi
- Pemuat naik menerangkan hak mereka untuk menggunakan kandungan dengan jelas
Dapatkan bukti tindakan undang-undang
Untuk membalas pemberitahuan balas, pihak menuntut mestilah menyertakan bukti bahawa satu daripada tindakan undang-undang yang berikut telah diambil:
- Tindakan mendapatkan perintah mahkamah terhadap pemuat naik untuk menghalang aktiviti pelanggaran yang didakwa (bukan sekadar tuntutan untuk kerugian).
- Tuntutan pelanggaran hak cipta terhadap pemuat naik (jika pemuat naik tersebut berlokasi di Amerika Syarikat) dengan Lembaga Tuntutan Hak Cipta (CCB) Pejabat Hak Cipta AS, yang bersesuaian.
Tindakan atau tuntutan pihak menuntut hendaklah menamakan pemuat naik dan kandungan khusus yang dipertikaikan, seperti URL video YouTube. Bukti boleh diterima termasuk salinan satu daripada perkara yang berikut:
- Tuntutan mahkamah
- Perintah mahkamah
- Tuntutan CCB
- Penentuan pelanggaran daripada CCB
Tuntutan mahkamah mestilah difailkan di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk menyemak kes hak cipta. Untuk tuntutan mahkamah yang difailkan di Amerika Syarikat, kami hanya boleh menerima pemfailan di mahkamah persekutuan AS.
Balas melalui emel
Untuk membalas pemberitahuan balas:
- Dapatkan salinan bukti tindakan undang-undang seperti yang diperihalkan di atas.
- Pautan kepada fail storan awan, seperti pautan Google Drive, tidak dapat diterima.
- Akses e-mel pemberitahuan balas yang dimajukan daripada YouTube.
- Pemberitahuan balas dihantar kepada alamat e-mel yang digunakan untuk menyerahkan permintaan pengalihan keluar asal.
- Balas terus kepada e-mel dengan salinan bukti.
- Jangan hantar balasan anda menggunakan e-mel baharu kepada YouTube.