Jika anda mendapat mesej ralat yang menyatakan “Kandungan yang berikut tidak tersedia pada apl ini”, apl yang anda gunakan tidak menyokong kandungan YouTube. Untuk menonton kandungan pada YouTube, cuba langkah yang berikut.
Beralih kepada apl YouTube
Jika anda menggunakan apl pihak ketiga untuk mengakses YouTube, anda mungkin perlu beralih kepada apl YouTube. Ketahui cara memuat turun apl YouTube atau akses youtube.com pada penyemak imbas anda. Untuk mendapatkan pengalaman bebas iklan, anda boleh mendaftar untuk YouTube Premium.
Perihal YouTube dan apl pihak ketiga
Kami hanya membenarkan apl pihak ketiga menggunakan API kami apabila mereka mematuhi Syarat Perkhidmatan API kami. Syarat kami tidak membenarkan apl pihak ketiga mematikan iklan kerana tindakan itu menghalang pencipta daripada diberi ganjaran untuk penonton yang menonton kandungan mereka. Apabila kami menemukan apl yang melanggar Syarat kami, kami mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi platform, pencipta dan penonton kami.
Kemas kinikan apl YouTube
Jika anda menggunakan apl YouTube, pastikan apl itu dikemaskinikan kepada versi terkini. Ketahui cara mengemaskinikan apl YouTube.
Nota:
- Jika anda masih mendapat ralat, pastikan Google Play Store pada peranti anda adalah versi yang terkini. Ketahui cara mengemaskinikan Google Play Store.
- Untuk terus menggunakan YouTube tanpa mengemaskinikan apl, pada penyemak imbas mudah alih anda, akses m.youtube.com.
Peranti lebih lama
Jika anda masih mendapat mesej ralat, anda mungkin mempunyai peranti yang lebih lama atau konfigurasi peranti yang lebih lama. Untuk terus menggunakan YouTube tanpa menggantikan peranti anda, pada penyemak imbas mudah alih anda, akses m.youtube.com.