Memahami prestasi kandungan YouTube anda

Tab Kandungan dalam YouTube Analytics memberi anda ikhtisar tentang cara khalayak anda menemukan kandungan anda, kandungan yang ditonton oleh khalayak anda dan cara mereka berinteraksi dengan kandungan anda. Tab Kandungan hanya tersedia pada peringkat saluran. Ketahui lebih lanjut tentang cara metrik interaksi dikira.

Tonton video yang berikut daripada saluran Pencipta YouTube untuk mengetahui lebih lanjut tentang jangkauan dan penglibatan kandungan anda.

Tab Kandungan dalam Analytics (Isih mengikut Video, Shorts, Langsung atau Siaran)

Dapatkan petua tab kandungan untuk pencipta.

Ketahui asasnya

Dalam artikel ini:

Anda boleh mengakses laporan kandungan anda dan melihat tab yang berikut untuk laporan jangkauan dan penglibatan: Semua, Video, Shorts, Langsung, Siaran, Senarai Main dan Audio Siar.

Lihat laporan jangkauan dan penglibatan anda

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Dalam Menu kiri, pilih Analytics.
  3. Dalam menu atas, pilih Kandungan.

Nota: Anda boleh mengklik LIHAT LAGI atau MOD LANJUTAN untuk melihat laporan analitis yang terperinci bagi mendapatkan data khusus, membandingkan prestasi dan mengeksport data.

Semua

Penonton baharu

Laporan ini menunjukkan penonton yang menonton sesuatu pada saluran anda untuk kali pertama dalam tempoh masa yang dipilih.

Penonton ulangan

Laporan ini menunjukkan penonton yang menonton saluran anda sebelum ini dan kembali untuk menonton lagi.

Pelanggan

Laporan ini menunjukkan jumlah pelanggan yang telah anda peroleh daripada setiap jenis kandungan: video, Shorts, strim langsung, siaran dan lain-lain. “Lain-lain” termasuk langganan daripada carian YouTube dan halaman saluran anda. Maklumat ini membantu anda memahami kandungan yang paling berkesan menukar penonton menjadi pelanggan.

Tontonan

Laporan ini menunjukkan jumlah tontonan sah pada kandungan anda untuk video Shorts, video dan strim langsung. YouTube telah mengubah cara tontonan dikira pada video Shorts. Ketahui perubahan kiraan tontonan video Shorts.

Tera dan cara tera ditukarkan kepada masa tontonan

Laporan ini menunjukkan kepada anda kekerapan lakaran kecil dipaparkan kepada penonton pada YouTube (tera), kekerapan lakaran kecil tersebut mendorong tontonan (kadar klikan) dan cara tontonan tersebut akhirnya menghasilkan masa tontonan. Ketahui lebih lanjut tentang petua menggunakan data tera dan CTR.

Kandungan yang diterbitkan

Laporan ini menunjukkan jumlah video, Shorts, strim langsung dan siaran yang telah anda terbitkan pada YouTube.

Penonton merentas format

Laporan ini menunjukkan perincian dan pertindihan penonton yang menonton kandungan anda mengikut format (video, Shorts dan langsung).

Cara penonton menemukan kandungan anda

Laporan ini menunjukkan cara penonton anda menemukan kandungan anda dalam ciri semak imbas, suapan Shorts, video disyorkan, carian YouTube, halaman saluran dan lain-lain.

Adunan semula popular

Laporan ini menunjukkan ikhtisar visual bagi tontonan adunan semula anda, jumlah adunan semula dan kandungan adunan semula popular.

Video

Kad metrik utama

Perkara ini memberi anda ikhtisar visual tentang tontonan, purata tempoh tontonan, tera dan kadar klikan tera anda.

Detik penting untuk pengekalan khalayak

Laporan ini menunjukkan keberkesanan detik yang berbeza dalam video anda dalam pengekalan perhatian penonton. Anda juga boleh menggunakan pengekalan biasa untuk membandingkan 10 video terkini dengan panjang yang serupa.

Cara penonton menemukan video anda

Laporan ini menunjukkan cara penonton menemukan video anda dalam carian YouTube, ciri semak imbas, video disyorkan, sumber luaran, halaman saluran dan lain-lain.

Video popular

Laporan ini menyerlahkan video anda yang paling popular.

Shorts

Kad metrik utama

Perkara ini memberi anda ikhtisar visual tentang tontonan, suka dan pelanggan anda.

Cara penonton menemukan Shorts anda

Laporan ini menunjukkan cara penonton anda menemukan Shorts anda dalam suapan Shorts, carian YouTube, halaman saluran, ciri semak imbas, sumber luaran dan lain-lain.

Tahap penglibatan penonton

Peratusan kekerapan penonton meneruskan tontonan selepas beberapa saat pertama video Shorts dimainkan.

Shorts Popular

Laporan ini menyerlahkan Shorts anda yang paling popular.

Adunan semula popular

Laporan ini menunjukkan ikhtisar visual bagi tontonan adunan semula anda, jumlah adunan semula dan kandungan adunan semula popular.

Langsung

Kad metrik utama

Perkara ini memberi anda ikhtisar visual tentang tontonan, purata tempoh tontonan, tera dan kadar klikan tera anda.

Cara penonton menemukan strim langsung anda

Laporan ini menunjukkan cara penonton anda menemukan strim langsung anda dalam ciri semak imbas, carian YouTube, video disyorkan, sumber langsung atau tidak diketahui, halaman saluran dan lain-lain.

Strim langsung popular

Laporan ini menyerlahkan strim langsung anda yang paling popular. Anda boleh menggunakan laporan analitis yang terperinci untuk melihat lebih banyak metrik, seperti tontonan dan tera.

Penonton serentak

Laporan ini menunjukkan bilangan penonton serentak puncak dan purata bilangan penonton serentak pada sesebuah strim langsung.

Siaran

Tera

Laporan ini menunjukkan kekerapan siaran anda dipaparkan kepada penonton.

Suka

Laporan ini menunjukkan kekerapan siaran anda disukai oleh penonton.

Pelanggan

Laporan ini menunjukkan jumlah pelanggan yang anda peroleh daripada siaran.

Siaran teratas

Laporan ini menyerlahkan siaran anda yang paling popular berdasarkan suka atau undian.

Senarai main

Kad senarai main teratas

Laporan ini menyerlahkan senarai main anda yang paling popular dan membantu anda membuat perbandingan antara senarai main tersebut. Dari sini, anda boleh mengakses setiap analitis senarai main. Ketahui cara mengakses analitis senarai main anda.

Podcast

Kad audio siar teratas

Laporan ini menyerlahkan audio siar anda yang paling popular dan membantu anda membuat perbandingan antara audio siar tersebut. Ketahui lebih lanjut tentang prestasi audio siar anda.

Fahami jenis sumber trafik

Trafik kepada video anda boleh datang daripada sama ada dalam YouTube atau sumber luaran. Anda boleh melihat kedua-dua sumber pada laporan Cara penonton menemukan kandungan anda (atau video, Shorts, Langsung).

Trafik daripada YouTube
Ciri semak imbas Trafik daripada Halaman Utama, langganan, Tonton Kemudian, Sohor Kini/Teroka dan ciri semak imbas yang lain.
Halaman saluran Trafik daripada saluran YouTube anda atau saluran YouTube yang lain.
Kad kempen Trafik daripada kad kempen pemilik kandungan.
Skrin penamat Trafik daripada skrin penamat pencipta.
Shorts Trafik daripada pengalaman tontonan menegak Shorts.
Pemberitahuan Trafik daripada pemberitahuan dan e-mel yang dihantar kepada pelanggan anda.
Pemberitahuan kepada pelanggan yang menghidupkan pemberitahuan loceng Trafik daripada pemberitahuan yang dihantar kepada pelanggan yang menghidupkan "Semua pemberitahuan" untuk saluran anda dan menghidupkan pemberitahuan YouTube pada peranti mereka.
Pemberitahuan apl lain Trafik daripada pemberitahuan diperibadikan, pemberitahuan e-mel, Peti masuk dan ringkasan.
Ciri YouTube yang lain Trafik daripada YouTube yang tidak tergolong dalam kategori lain.
Senarai main

Trafik daripada senarai main yang menyertakan satu daripada video anda. Senarai main ini mungkin senarai main anda sendiri atau senarai main pencipta lain. Trafik ini juga termasuk senarai main "Video yang disukai" dan "Video kegemaran" milik pengguna.

Video yang diadun semula Trafik daripada adunan semula visual kandungan anda.
Halaman bunyi Trafik daripada halaman hasil carian audio dikongsi yang ditemukan dalam pengalaman tontonan menegak Shorts.
Video disyorkan Trafik daripada cadangan yang dipaparkan di sebelah atau selepas video lain dan daripada pautan dalam perihalan video. Anda boleh melihat video secara khusus pada kad “Sumber trafik: Video disyorkan” pada tab Jangkauan.
Kad video Trafik daripada kad dalam video yang lain.
Pengiklanan YouTube

Jika video anda digunakan sebagai iklan pada YouTube, anda akan melihat “pengiklanan YouTube” sebagai sumber trafik.

Tontonan daripada iklan boleh langkau yang lebih panjang daripada 10 saat akan dikira jika iklan tersebut ditonton selama 30 saat atau sehingga habis. Iklan tidak boleh langkau tidak layak untuk dikira sebagai tontonan dalam YouTube Analytics.

Carian YouTube Trafik daripada hasil carian YouTube. Anda boleh melihat istilah carian khusus pada kad “Sumber trafik: Carian YouTube” pada tab Jangkauan.
Halaman produk Trafik daripada halaman produk YouTube.
Trafik daripada sumber luar
Sumber luar Trafik daripada laman web dan apl yang membenamkan atau memautkan kepada video YouTube anda. Anda boleh melihat laman dan sumber luar yang khusus pada kad “Sumber trafik: Luaran” pada tab Jangkauan.
Sumber langsung atau tidak diketahui Trafik daripada entri URL langsung, penanda halaman, penonton yang log keluar dan apl yang tidak dikenal pasti.

Metrik yang perlu diketahui

Tera

Kekerapan lakaran kecil anda dipaparkan kepada penonton pada YouTube melalui tera berdaftar.

Kadar klikan tera

Kekerapan penonton menonton video selepas melihat lakaran kecil.

Tontotan sahih

Bilangan kali penonton meneruskan tontonan selepas beberapa saat pertama video dimainkan, tanpa termasuk sebarang gelung. Metrik ini hanya digunakan pada video Shorts.

Untuk Video dan Strim langsung, metrik ini tersedia tetapi metrik sama seperti tontonan.

Meneruskan tontonan Peratusan kekerapan penonton menonton video Shorts anda berbanding dengan kekerapan leret keluar.

Penonton unik

Anggaran bilangan penonton yang menonton kandungan anda bagi julat tarikh terpilih.

Purata tempoh tontonan

Purata minit yang ditonton oleh pengguna yang meneruskan tontonan. 

Untuk video Shorts, perkara ini dikira daripada tontonan sahih dan masa tontonan yang sepadan.

Purata peratusan ditonton

Purata peratusan video yang ditonton oleh pengguna yang meneruskan tontonan.

Untuk video Shorts, perkara ini dikira daripada tontonan sahih dan masa tontonan yang sepadan.

Masa tontonan (jam)

Jumlah masa yang diluangkan oleh penonton untuk menonton video anda.

Suka pada siaran Jumlah suka yang diterima oleh siaran anda.
Kadar suka siaran Peratusan penonton yang menyukai siaran anda.
Tontonan daripada senarai main Tontonan video daripada penonton yang menonton senarai main tersebut sendiri. Metrik ini merupakan metrik sama yang tersedia secara luaran pada halaman senarai main umum.
Jumlah tontonan Jumlah tontonan semua video dalam senarai main, tanpa mengira sama ada daripada senarai main atau sumber lain. Metrik ini hanya dikira untuk video dalam senarai main yang anda miliki.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4863538979892223343
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false