Buat rayuan terhadap tuntutan Content ID

Jika anda mempertikaikan tuntutan Content ID, tetapi tuntutan itu dikembalikan, anda mungkin layak untuk membuat rayuan tentang keputusan ini. Jika tuntutan Content ID menyekat video anda, anda mungkin dapat melangkau langkah pertikaian awal dan memulakan proses rayuan.

Apabila anda membuat rayuan tuntutan Content ID, orang yang menuntut video anda (pihak menuntut) akan diberitahu dan mempunyai 7 hari untuk membalas.

 

Sebelum anda membuat rayuan

Anda boleh menyemak jika anda layak untuk membuat rayuan pada halaman ciri saluran anda. Jika anda tidak layak, anda mungkin perlu menyelesaikan pengesahan satu kali sebelum membuat rayuan.

Perlu diingat bahawa anda hanya boleh membuat rayuan jika anda yakin bahawa anda mempunyai semua hak yang diperlukan untuk menggunakan kandungan yang dituntut. Penyalahgunaan yang berulang atau hasad terhadap proses rayuan akan mengakibatkan kehilangan kelayakan untuk membuat rayuan atau penalti lain terhadap video atau saluran anda.

Buat rayuan terhadap tuntutan yang dikembalikan

Jika anda mempertikaikan tuntutan Content ID dan tuntutan ini ditolak, tuntutan akan dikembalikan pada video anda. Anda mungkin boleh membuat rayuan terhadap keputusan ini. Untuk membuat rayuan tuntutan yang dikembalikan:

Apl YouTube Studio untuk Android

  1. Buka apl YouTube Studio .
  2. Ketik Kandungan .
  3. Pilih video dengan sekatan hak cipta dan ketik Sekatan.
  4. Pada panel bawah, ketik Semak masalah.
  5. Ketik tuntutan yang berkaitan.
  6. Ketik Rayuan.
  7. Ikut langkah pada skrin yang berikut untuk menyerahkan rayuan.

Kemukakan rayuan

Jika anda dikenakan tuntutan Content ID yang menyekat video anda, anda mungkin boleh melangkau langkah pertikaian awal dan memulakan proses dengan rayuan. Pilihan ini dipanggil “Kemukakan Rayuan”.

Apabila anda yakin bahawa tuntutan sekatan tidak sah, pilihan Kemukakan Rayuan boleh memberikan penyelesaian yang lebih pantas kepada semua proses pertikaian, memandangkan pihak menuntut diberi 7 hari untuk membalas rayuan. Hal ini juga bermakna video anda dapat ditonton pada YouTube secepat mungkin.

Perlu diingat bahawa jika pihak menuntut menolak rayuan, mereka boleh menyerahkan permintaan alih keluar hak cipta. Jika permintaan alih keluar tersebut sah, video anda akan dialih keluar daripada YouTube dan saluran anda akan mendapat bantahan hak cipta. Walau bagaimanapun, jika anda masih yakin anda mempunyai semua hak yang diperlukan untuk menggunakan kandungan yang dituntut tersebut, anda masih boleh menyerahkan pemberitahuan balas.

Untuk memilih pilihan Kemukakan Rayuan:

Apl YouTube Studio untuk Android

  1. Buka apl YouTube Studio .
  2. Ketik Kandungan .
  3. Pilih video dengan sekatan hak cipta dan ketik Sekatan.
  4. Pada panel bawah, ketik Semak masalah.
  5. Ketik tuntutan yang berkaitan.
  6. Ketik Pertikaian. Pada Langkah 3 daripada 5, pilih pilihan Kemukakan rayuan.

Selepas anda membuat rayuan

Selepas anda membuat rayuan tuntutan, pihak menuntut diberi 7 hari untuk memberikan balasan.

Perkara yang boleh dilakukan oleh pihak yang menunut

  • Lepaskan tuntutan: Jika pihak menuntut bersetuju untuk menerima rayuan anda, mereka boleh melepaskan tuntutan mereka. Jika anda telah mengewangkan video sebelum ini, tetapan pengewangan anda akan dipulihkan secara automatik apabila semua tuntutan pada video anda dilepaskan. Ketahui perihal pengewangan semasa pertikaian Content ID lebih lanjut.
  • Serahkan permintaan alih keluar: Jika pihak menuntut percaya tuntutan mereka masih sah, mereka boleh menyerahkan permintaan alih keluar hak cipta untuk mengalih keluar video anda daripada YouTube. Mereka boleh memilih sama ada:
  • Biarkan tuntutan tamat tempoh: Jika pihak menuntut tidak membalas dalam masa 7 hari, tuntutan mereka pada video anda akan tamat tempoh dan dilepaskan daripada video anda.
Jika video anda dialih keluar daripada YouTube, tetapi anda masih yakin anda mempunyai semua hak yang diperlukan untuk menggunakan kandungan yang dituntut, anda boleh menyerahkan pemberitahuan balas.

Cara membatalkan rayuan

Untuk membatalkan rayuan, lawati studio.youtube.com.

Nota: Setelah anda membatalkan rayuan, tuntutan tidak dapat dirayu lagi.
Ketahui lebih lanjut tentang proses rayuan dalam bab "Proses Rayuan untuk Content ID" video ini:

Content ID Claims & Dispute Process: Manage & Action Claims in Studio

 

Soalan lazim (FAQ)

Apakah perbezaan antara pilihan pertikaian dengan Kemukakan Rayuan?

Pilihan pertikaian awal boleh mengambil masa hingga 30 hari untuk pihak menuntut memberikan balasan terhadap pertikaian. Jika mereka menolak pertikaian anda, anda mungkin boleh membuat rayuan keputusan. Pihak menuntut diberi 7 hari untuk membalas rayuan tersebut.

Pilihan Kemukakan Rayuan hanya tersedia untuk tuntutan Content ID yang menyekat video anda. Pilihan ini melangkau langkah pertikaian awal, yang memberi pihak menuntut 30 hari untuk membalas, dan memulakan proses dengan rayuan. Pihak menuntut kemudiannya diberi 7 hari untuk memberikan balasan, maka proses boleh diselesaikan lebih pantas.

Jika pihak menuntut menolak rayuan anda, mereka boleh menyerahkan permintaan alih keluar hak cipta. Jika permintaan alih keluar tersebut sah, video anda akan dialih keluar daripada YouTube dan saluran anda akan mendapat bantahan hak cipta. Perlu diingat bahawa anda masih boleh menyerahkan pemberitahuan balas jika anda yakin bahawa permintaan alih keluar tidak sah.

Bilakah saya perlu memilih pilihan Kemukakan Rayuan?

Jika video anda dikenakan tuntutan Content ID yang menyekat video anda, anda boleh memilih pilihan Kemukakan Rayuan. Kemukakan Rayuan mungkin menjadi pilihan yang baik jika anda yakin dalam hak anda untuk menggunakan kandungan dan anda mencari penyelesaian yang lebih pantas terhadap proses pertikaian. 

Akan tetapi, perlu diingat bahawa jika pihak menuntut menolak rayuan, mereka mempunyai pilihan untuk menyerahkan permintaan alih keluar hak cipta. Jika permintaan alih keluar tersebut sah, video anda akan dialih keluar daripada YouTube dan saluran anda akan mendapat bantahan hak cipta. Walau bagaimanapun, jika anda masih yakin anda mempunyai semua hak yang diperlukan untuk menggunakan kandungan dituntut tersebut, anda masih boleh menyerahkan pemberitahuan balas.

Akhir sekali, keputusan di tangan anda untuk menentukan masa untuk mengemukakan rayuan. Jika anda tidak pasti tentang perkara yang patut dilakukan, anda mungkin mahu mendapatkan nasihat undang-undang.

Mengapakah pilihan Kemukakan Rayuan hanya tersedia untuk tuntutan Content ID yang menyekat video saya?

Video yang mendapat tuntutan sekatan tidak dapat ditonton pada YouTube, secara global atau di negara/rantau tertentu (bergantung pada dasar pihak menuntut). Apabila anda yakin bahawa tuntutan sekatan tidak sah, anda boleh memilih pilihan Kemukakan Rayuan yang dapat menyelesaikan tuntutan dengan lebih pantas. Hal ini bermakna video anda dapat ditonton pada YouTube secepat mungkin.

Dengan jenis tuntutan lain (pengewangan dan lagu) video anda kekal bersiaran langsung pada YouTube, walaupun terdapat tuntutan Content ID. Perlu diingat bahawa dengan tuntutan pengewangan, apabila anda dan pihak menuntut cuba mengewangkan video yang dituntut, hasil video akan terus dijana walaupun proses pertikaian masih berjalan. Selepas pertikaian diselesaikan, hasil tersebut akan dibayar kepada pihak yang sewajarnya. Ketahui lebih lanjut tentang cara pengewangan berfungsi semasa pertikaian Content ID.
Bolehkah saya membatalkan rayuan selepas rayuan diserahkan?
Ya, anda boleh membatalkan rayuan anda selepas menyerahkan dengan mengikut langkah ini. Perlu diingat bahawa setelah anda membatalkan, anda tidak akan dapat membuat rayuan tuntutan itu lagi.
Apakah yang boleh saya lakukan jika rayuan saya ditolak dan video saya dialih keluar?

Jika anda yakin bahawa rayuan anda ditolak atas sebab kesilapan atau pengenalpastian yang salah terhadap kandungan anda, termasuk kes penggunaan saksama, anda boleh menyerahkan pemberitahuan balas. Pemberitahuan balas ialah permintaan perundangan kepada YouTube untuk mengembalikan video yang telah dialih keluar atas sebab dakwaan pelanggaran hak cipta.

Pilihan lain termasuk:

Saya membuat rayuan berbilang tuntutan pada video pada masa yang sama, adakah hal ini akan menyebabkan berbilang bantahan hak cipta?
Satu video boleh mendapat lebih daripada satu tuntutan Content ID atau permintaan alih keluar, tetapi hanya boleh mendapat satu bantahan hak cipta pada satu masa.
 

Maklumat lanjut

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11605438912332583752
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false