Dengan Muat turun pintar, video yang disyorkan ditambahkan secara automatik pada muat turun anda untuk tontonan luar talian. Tonton video semasa dalam perjalanan dan temukan kandungan baharu tanpa perlu bersusah payah membuat carian. Muat turun akan terhenti jika sambungan Wi-Fi anda terputus atau jika storan peranti anda rendah.
Cara memuat turun video dengan YouTube Premium
Menghidupkan Muat Turun Pintar
Daripada akaun YouTube Premium anda yang dilog masuk,
- Buka Apl YouTube.
- Ketik gambar profil anda
.
- Ketik Muat Turun
.
- Dalam Menu
, pilih Tetapan
.
- Togol untuk menghidupkan Muat Turun Pintar
.
Nota: Peranti anda mestilah disambungkan kepada Internet untuk mula memuat turun video.
Mematikan Muat Turun Pintar
Daripada akaun YouTube Premium anda yang dilog masuk,
- Buka Apl YouTube.
- Ketik gambar profil anda
.
- Ketik Muat Turun
.
- Dalam Menu
, pilih Tetapan
.
- Togol untuk mematikan Muat Turun Pintar
.
Mencari dan menonton Muat Turun Pintar
Daripada akaun YouTube Premium anda yang dilog masuk,
- Buka Apl YouTube.
- Ketik gambar profil anda
.
- Ketik Muat turun
Muat Turun Pintar.
Anda akan menemukan senarai video yang disyorkan yang telah dipilih & dimuat turun untuk anda berdasarkan sejarah tontonan anda.
Mengalih keluar video daripada Muat Turun Pintar anda
- Ketik gambar profil anda
Muat turun
.
- Ketik Menu
di sebelah video yang mahu anda alih keluar.
- Pilih Padamkan daripada muat turun.
Video baharu akan dimuat turun setiap 7 hari dan video yang dimuat turun sebelumnya akan digantikan.
Menukar kualiti/peleraian Muat Turun Pintar
Daripada akaun YouTube Premium anda yang dilog masuk,
- Buka Apl YouTube.
- Ketik gambar profil anda
.
- Ketik Muat Turun
.
- Dalam Menu
, pilih Tetapan
.
- Ketik Kualiti muat turun.
- Pilih tetapan kualiti muat turun pilihan anda daripada pilihan yang disenaraikan.
Melaraskan tetapan storan anda
Daripada akaun YouTube Premium anda yang dilog masuk,
- Buka Apl YouTube dan akses Tetapan anda.
- Ketik Latar & muat turun
Laraskan Muat turun pintar.
- Dalam bahagian Penggunaan storan, pilih Tersuai.
- Gunakan peluncur untuk memilih jumlah storan peranti yang mahu anda gunakan untuk Muat turun pintar.