Terokai sohor kini pada YouTube

Untuk menerokai kandungan yang dicari oleh khalayak anda dan penonton merentas YouTube, anda boleh menggunakan Tab Sohor Kini. Cerapan daripada Tab Sohor Kini boleh membantu anda memikirkan idea video anda yang seterusnya.

Mulakan pada Tab Sohor Kini

Nota: Pada masa ini, sesetengah cerapan adalah terhad kepada negara, bahasa dan peranti tertentu. Jika tiada video yang berkaitan pada masa ini, anda mungkin tidak melihat beberapa bahagian.

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Analytics.
  3. Dalam menu atas, klik tab Sohor kini.
  4. Untuk bermula, anda boleh menerokai halaman sohor kini atau memasukkan topik carian dalam bar carian. Untuk menyimpan istilah carian, klik Simpan.

Terokai Tab Sohor Kini

Carian paling popular

Kad ini menunjukkan carian popular berdasarkan khalayak anda dan carian yang anda simpan sepanjang 28 hari yang lalu.

Video popular

Kad ini menyerlahkan kandungan berprestasi baik daripada pencipta lain yang serupa dengan saluran anda. Kad ini akan memberi anda inspirasi untuk kandungan anda yang seterusnya yang disesuaikan dengan khalayak anda.

Video terbaharu 

Kad ini menunjukkan video yang berkaitan dengan topik yang ditonton oleh khalayak anda sepanjang tempoh 28 hari yang lalu dan carian yang anda simpan.

Jurang kandungan untuk Shorts

Kad ini menunjukkan istilah carian untuk Shorts yang berkaitan dengan topik yang ditonton oleh khalayak anda sepanjang tempoh 28 hari yang lalu dan carian yang anda simpan.

Carian pada Tab Sohor Kini

Minat khalayak 

Anda mungkin melihat tahap minat khalayak anda pada carian dan idea semasa anda mencari idea video baharu. Minat khalayak ini adalah berdasarkan video yang telah ditonton melebihi 1,000 kali setiap minggu dan daripada tempoh 28 hari yang lalu. Data ini adalah daripada yang paling rendah kepada paling tinggi.

Ditonton pada YouTube

Menunjukkan video popular yang ditonton oleh penonton merentas YouTube bagi topik tersebut.

Dicari pada YouTube 

Kad ini menunjukkan carian popular berdasarkan khalayak anda dan carian yang anda simpan sepanjang 28 hari yang lalu. 

Anda boleh menerokai jurang kandungan, dengan memilih Tunjukkan lebih banyak Jurang kandungan. Tindakan ini menunjukkan Jurang kandungan apabila penonton mungkin mencari Shorts yang lebih berkaitan atau lebih berkualiti.

Ketahui tentang Jurang kandungan

Jurang kandungan berlaku apabila penonton tidak dapat menemukan hasil carian yang berkualiti secukupnya pada YouTube untuk carian tertentu. Anda boleh menggunakan jurang kandungan sebagai inspirasi untuk membuat kandungan yang tidak wujud atau boleh ditingkatkan.

Jurang kandungan boleh berlaku apabila:

  • Penonton tidak menemukan sebarang hasil carian untuk carian mereka.
  • Penonton tidak menemukan padanan tepat untuk carian mereka.
  • Penonton tidak menemukan video yang berkaitan untuk carian mereka – contohnya, kandungan terlalu lama atau berkualiti rendah.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
886827149857116761
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false