- Kemajuan anda untuk menerima bayaran yang seterusnya
- Sejarah pembayaran anda sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu merangkumi tarikh, jumlah yang dibayar dan pecahan pembayaran
Berikutan peperangan yang sedang berlaku di Ukraine, kami akan menjeda iklan Google dan YouTube untuk sementara waktu daripada disiarkan kepada pengguna yang berada di Rusia. Ketahui lebih lanjut.
AdSense untuk YouTube ialah program Google yang membolehkan pencipta dalam Program Rakan Kongsi YouTube menerima bayaran. Untuk mula menerima bayaran pada YouTube, sediakan AdSense untuk akaun YouTube daripada YouTube Studio. Gunakan halaman ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara menggunakan AdSense untuk YouTube sebagai pencipta YouTube.
AdSense untuk Pencipta YouTube
Bermula dengan AdSense untuk YouTube
Ingat, anda menerima bayaran pendapatan YouTube anda melalui AdSense untuk akaun YouTube anda. Ikut langkah di bawah untuk bermula dengan AdSense untuk YouTube.
Sediakan akaun
Mula-mula, sediakan AdSense untuk akaun YouTube pada YouTube Studio jika anda belum mempunyai akaun. Kami telah membuat set arahan yang terperinci dan turut menangani beberapa isu lazim yang berkaitan dengan persediaan AdSense untuk YouTube:
Sahkan maklumat peribadi anda
Setelah disediakan, anda perlu mengesahkan maklumat peribadi anda. Apabila pendapatan anda melepasi ambang pengesahan alamat untuk akaun pembayaran YouTube anda, kami akan menghantar Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) ke alamat fizikal anda. PIN ini perlu dimasukkan pada AdSense untuk akaun YouTube anda untuk mengesahkan alamat anda sebelum anda boleh menerima bayaran. Dapatkan maklumat lanjut di sini:
Selain itu, bergantung pada lokasi anda, kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda menggunakan maklumat seperti nama, alamat atau tarikh lahir anda. Jika anda dikehendaki berbuat demikian, biasanya anda tidak akan diminta untuk mengesahkan alamat anda sehingga anda berjaya mengesahkan identiti anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara melakukan perkara ini di sini:
Berikan maklumat cukai anda
Selepas memberikan maklumat peribadi, anda perlu memberikan maklumat cukai anda untuk meneruskan proses. Google memegang cukai A.S. bagi pendapatan yang anda jana daripada penonton di A.S. Oleh hal yang demikian, anda perlu memberikan maklumat ini agar kami dapat menentukan kadar pegangan anda yang betul. Ketahui cara menyerahkan maklumat cukai anda dan pelbagai lagi di sini:
Tambahkan bentuk pembayaran
Apabila maklumat anda telah disahkan, anda perlu melepasi ambang pemilihan kaedah pembayaran untuk akaun pembayaran YouTube anda. Jumlah ini ialah jumlah minimum yang boleh kami bayar kepada anda. Oleh hal yang demikian, setelah akaun pembayaran YouTube anda mencapai jumlah minimum itu, anda akan diminta untuk memilih bentuk pembayaran. Temukan semua pilihan dan langkah di sini:
Dapatkan bayaran
Jumlah pendapatan YouTube anda yang dimuktamadkan setiap bulan ditambahkan pada baki akaun pembayaran YouTube anda dalam AdSense untuk YouTube antara 7 hingga 12 hari bulan pada bulan berikutnya. Setelah ditambahkan, anda boleh melihat butiran pembayaran (seperti potongan cukai yang berkenaan) pada halaman Transaksi:
- Log masuk ke AdSense untuk YouTube.
- Dalam Menu kiri, pilih Maklumat pembayaran dalam bahagian Pembayaran.
- Klik Lihat transaksi dalam bahagian Transaksi halaman tersebut.
Anda akan menerima bayaran selewat-lewatnya sebelum 21 atau 26 hari bulan setiap bulan jika baki anda mencapai ambang pembayaran dan tiada sebarang penahanan pembayaran dikenakan pada akaun anda.
Akaun AdSense untuk YouTube dan akaun pembayaran YouTube
YouTube memiliki akaun AdSense untuk YouTube yang khusus, yang memberi pencipta akses pantas kepada pendapatan YouTube mereka yang dimuktamadkan dalam AdSense untuk YouTube.
Bayaran untuk pendapatan YouTube dimasukkan secara berasingan dalam akaun pembayaran sendiri. Hal ini bermakna akaun pembayaran YouTube dan AdSense memiliki jumlah ambang pembayaran masing-masing. Anda perlu memahami bahawa jika anda menggunakan AdSense untuk mendapatkan bayaran bukan daripada YouTube sahaja, hal ini boleh mempengaruhi masa pembayaran.Sebarang butiran bagi pendapatan YouTube anda yang telah dibayar sebelum tahun 2022 dan sebarang pendapatan AdSense yang lain akan tetap dikaitkan dengan akaun pembayaran AdSense anda. Sebarang pendapatan YouTube yang tertunggak akan dipindahkan kepada akaun pembayaran YouTube.
Soalan lazim
Apakah yang akan berlaku jika saya menggunakan AdSense untuk menerima bayaran daripada perkhidmatan selain YouTube?
Jika anda merupakan penerbit AdSense yang memperoleh pendapatan selain pendapatan YouTube, anda akan dapat mengurus dan melihat pendapatan YouTube anda dalam akaun pembayaran berasingan yang boleh diakses daripada halaman Pembayaran.
Perlu diingat bahawa akaun pembayaran YouTube dan AdSense perlu mencapai ambang pembayaran masing-masing untuk membolehkan anda menerima bayaran. Hal ini boleh mempengaruhi masa pembayaran anda.
Bagaimanakah cara melihat pendapatan YouTube saya yang dimuktamadkan dalam AdSense?
Anda boleh menemukan pendapatan YouTube anda dalam akaun pembayaran YouTube dengan melakukan langkah ini:
- Log masuk ke akaun AdSense anda.
- Klik Pembayaran
Maklumat pembayaran.
- Klik menu lungsur akaun pembayaran.
- Pilih Akaun Pembayaran YouTube.