Nama pengguna merupakan cara yang membolehkan anda mencari dan berhubung dengan pencipta pada YouTube. Nama pengguna merupakan pengecam saluran yang pendek, unik, berbeza daripada nama saluran dan bermula dengan simbol “@”. Sebagai contoh, @youtubecreators.
Semua saluran akan dikaitkan dengan nama pengguna yang boleh digunakan untuk mencari dan berinteraksi dengan pengguna lain– pencipta dan penonton. Nama pengguna anda juga akan menjadi URL YouTube baharu bagi saluran anda secara automatik untuk memudahkan pengguna menemukan anda. Sebagai contoh, youtube.com/@youtubecreators. Anda boleh menggunakan URL ini untuk menghalakan pengguna kepada saluran anda ketika mereka tidak menggunakan YouTube. Setiap saluran hanya boleh memiliki satu nama pengguna.
Anda akan melihat nama pengguna di tempat seperti ulasan, sebutan dan dalam Shorts. Nama pengguna anda akan dipaparkan pada lebih banyak tempat dari semasa ke semasa. Anda juga boleh menggunakan nama pengguna anda di luar YouTube untuk mempromosikan saluran anda.
Garis panduan penamaan nama pengguna
Nama pengguna anda mestilah mematuhi garis panduan ini:
- Mengandungi antara 3-30 aksara (lihat pengecualian di bawah)
- Menggunakan huruf abjad atau nombor daripada satu daripada 75 bahasa yang disokong
- Nama pengguna anda juga boleh mengandungi: garis bawah (_), tanda sengkang (-), noktah (.), Titik tengah Latin (·).
- Skrip campuran skrip hanya dibenarkan dalam keadaan tertentu. Skrip kiri ke kanan tidak boleh dicampurkan dengan skrip kanan ke kiri dalam satu nama pengguna kecuali apabila nombor ditambahkan pada penghujung nama pengguna tersebut.
- Bukan seperti URL atau nombor telefon
- Belum digunakan
- Mematuhi Garis Panduan Komuniti YouTube
- Han/Hangul: 1-10 aksara
- Ethiopik/Hiragana/Katakana: 2-20 aksara
- Had minimum dan maksimum bagi nama pengguna skrip campuran mungkin berbeza
Amalan terbaik untuk memilih nama pengguna
Pilih nama pengguna yang mewakili identiti umum anda pada YouTube. Harap maklum bahawa nama pengguna tidak sensitif huruf.
Kami tidak membenarkan:
- Nama pengguna yang ganas, menyinggung perasaan, mengghairahkan atau berunsur spam
- Jualan dan pemindahan nama pengguna
Jika nama pengguna anda didapati melanggar Garis Panduan Komuniti, YouTube akan membatalkan nama pengguna tersebut dan menjana nama pengguna baharu untuk saluran anda.
Pertimbangan semasa memilih nama pengguna dalam sesetengah bahasa
Jika nama pengguna anda mengandungi aksara selain huruf A-Z, nombor 0-9 atau pemisah [_-.], terdapat 2 kemungkinan yang perlu dipertimbangkan:
- Pengguna mencari anda: Pengguna mungkin tidak dapat menaip nama pengguna anda dengan mudah untuk mencari anda jika mereka tiada papan kekunci yang berkaitan untuk menaip nama pengguna anda.
- Berkongsi pautan pada apl dan laman web luar selain YouTube: Sesetengah apl dan laman web luar selain YouTube mungkin tidak dapat memaparkan dengan betul atau menyokong pautan youtube.com/@myHandle anda dengan baik, menjadikan pautan anda kelihatan seperti rosak atau menghalang pautan anda daripada menghalakan pengguna kepada halaman saluran anda. Hal ini kerana pengantarabangsaan tidak disokong secara seragam merentas apl dan laman web pada Internet. Masalah ini boleh berlaku dengan pautan yang ditaip dan pautan yang disalin daripada apl atau laman web YouTube.
Menyembunyikan nama pengguna anda
Jika anda mahu menyembunyikan nama pengguna anda, anda boleh memadamkan atau menyembunyikan saluran anda.
Membuat carian menggunakan nama pengguna
Penonton dan pencipta boleh mencari saluran anda secara terus pada YouTube menggunakan simbol @ diikuti dengan nama pengguna anda. Nama pengguna boleh disalin pada halaman saluran atau kad profil.
Berkongsi menggunakan URL nama pengguna
URL nama pengguna ialah URL YouTube yang mengandungi simbol @ diikuti dengan nama pengguna saluran. Anda boleh berkongsi halaman saluran menggunakan URL nama pengguna dengan:
- Mengklik atau mengetik Kongsi
.
Atau
- Menyalin dan menampal URL terus daripada bar alamat penyemak imbas anda.
- URL nama pengguna akan disalin daripada penyemak imbas dalam bentuk yang dikodkan mengikut standard Internet. Pengekodan memastikan URL tersebut akan berfungsi dengan betul.
- Contoh URL yang dikodkan:
https://youtube.com/c/Handle%EC%A7%81%ED%95%A8.
- Contoh URL yang dikodkan:
- Apabila berkongsi dengan apl luaran menggunakan Kongsi
, halaman saluran mungkin dikongsi menggunakan URL ID saluran (bukan URL nama pengguna).
- Contoh URL ID saluran:
https://youtube.com/channel/UC0L1uV8pgO4pCAIBNGxxy5w.
- Contoh URL ID saluran:
Melihat atau menukar nama pengguna
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Dalam Menu kiri, pilih Penyesuaian
Profil.
- Dalam bahagian Nama pengguna, anda boleh melihat atau menukar URL nama pengguna anda.
- Jika anda menukar nama pengguna anda, klik TERBITKAN untuk mengesahkan penukaran nama pengguna.
Jika nama pengguna pilihan anda tidak tersedia, hal ini biasanya berlaku kerana:
- Saluran lain telah memilih nama pengguna tersebut.
Atau
- Nama pengguna tersebut tidak memenuhi garis panduan penamaan nama pengguna kami.
Bahasa yang Disokong |
Afrika |
Lithuania Macedonia Malayalam Melayu Marathi Mongolia Nepal Norway Odia Parsi Poland Portugis Punjabi Romania Rusia Serbia (Latin) Sinhala Slovakia Slovenia Sepanyol Sepanyol (Amerika Latin) Sweden Swahili Tamil Telugu Thai Turki Ukraine Urdu Uzbek Vietnam Zulu |