Muat naik dan tuntut video anda

Ciri yang diterangkan dalam artikel ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Pengurus Kandungan YouTube Studio. Untuk mendapatkan maklumat umum tentang memuat naik video pada YouTube, ketahui lebih lanjut di sini.

YouTube menawarkan berbilang cara memuat naik video. Bagi saluran yang dipautkan kepada akaun Pengurus Kandungan, muat naik video turut melibatkan penetapan dasar, yang menyatakan pemilikan dan pembuatan aset.

Anda perlu memiliki hak atau mempunyai lesen yang diperlukan untuk hak terhadap sebarang video yang anda muat naik pada YouTube.

Muat naik video anda

Jika saluran anda dipautkan kepada akaun Pengurus Kandungan, anda boleh menggunakan langkah di bawah untuk memuat naik video daripada studio.youtube.com.

Nota: Proses muat naik ini berbeza apabila anda memuat naik video melalui kaedah penyampaian kandungan lain.
1. Pilih fail dan masukkan butiran
  1. Log masuk ke YouTube Studio sebagai saluran yang dipautkan kepada akaun Pengurus Kandungan anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik  BUAT kemudian Muat naik video.
  3. Klik PILIH FAIL atau seret dan lepaskan fail video yang mahu dimuat naik.
  4. Apabila halaman Butiran dipaparkan, tambahkan tajuk dan perihalan bagi video anda.
  5. Pilih sama ada video anda dihasilkan untuk kanak-kanak atau tidak.
  6. Untuk memasukkan maklumat lanjut seperti promosi berbayar, tag dan sari kata, klik TUNJUKKAN LAGI.
  7. Klik SETERUSNYA.
Selepas anda mengklik SETERUSNYA pada halaman Butiran, halaman Pengurusan Hak akan dipaparkan.
2. Tetapkan dasar
  1. Pada halaman Pengurusan Hak, di bawah Dasar yang digunakan pada video anda sendiri, klik Dasar muat naik  dan pilih dasar muat naik.
    • Dasar muat naik lalai anda akan dipilih. Jika anda tiada dasar muat naik lalai, Jejaki di semua negara akan dipilih.
    • Senarai lungsur Dasar muat naik mengalih keluar sebarang dasar dengan kriteria tuntutan automatik. Pilih dasar yang lain untuk menggantikan dasar muat naik lalai anda.
  2. Dalam bahagian Dasar yang digunakan pada salinan video anda, klik Dasar pemadanan  dan pilih dasar pemadanan.
    • Untuk membenarkan padanan Content ID untuk video ini, klik kotak pilihan Hidupkan padanan Content ID dan pilih dasar pemadanan daripada senarai lungsur.
    • Jika anda tidak berdaftar untuk Content ID, kawalan ini tidak akan dipaparkan. Ketahui lebih lanjut kelayakan Content ID.
    • Jika video anda terlalu pendek untuk Content ID, nota akan dipaparkan: “Video terlalu pendek untuk padanan Content ID”.
3. Nyatakan pemilikan
  1. Pada halaman Pengurusan Hak, di bawah Pemilikan, pilih Global (pilihan lalai) atau Wilayah tertentu.
  2. Jika anda memilih Wilayah tertentu, pilih Pemilikan di wilayah tertentu atau Pemilikan di mana-mana kecuali wilayah yang dipilih. Kemudian, masukkan wilayah dalam kotak teks.
    • Untuk menyekat video anda di luar wilayah pemilikan anda, tandai kotak di sebelah Sekat video di luar wilayah pemilikan anda. Ketahui lebih lanjut.
4. Buat aset
  1. Pada halaman Pengurusan Hak, di bawah Maklumat aset, klik Jenis aset  dan pilih Jenis aset yang mahu dibuat untuk video ini. Ketahui lebih lanjut jenis aset.
  2. Dalam medan Tajuk aset , masukkan tajuk untuk aset anda.
    • Nota: Anda tidak boleh menukar Jenis aset selepas anda mengklik Simpan perubahan.
  3. Anda juga boleh menambahkan ID tersuai, perihalan aset dan nota dalam medan yang selebihnya.
  4. Klik SETERUSNYA.
Setelah  maklumat pemilikan dan aset disimpan, perubahan boleh dibuat daripada halaman Aset dalam Pengurus Kandungan Studio. Ketahui lebih lanjut.
5. Lengkapkan langkah yang selebihnya

Selepas anda melengkapkan bahagian Butiran dan Pengurusan Hak, teruskan dengan langkah yang selebihnya untuk proses muat naik.

Anda boleh menggunakan maklumat di sini sebagai panduan untuk melengkapkan bahagian yang selebihnya: Elemen video, Semakan dan Keterlihatan.

Dalam bahagian Keterlihatan, jika anda mahu menyemak video anda sebelum diterbitkan, tetapkan video sebagai Peribadi, Tidak tersenarai atau Dijadualkan. Jika tetapan privasi video anda ialah Umum, YouTube akan menerbitkan video anda apabila anda mengklik SIMPAN dan fail selesai diproses.

Tuntut video yang dimuat naik sebelum ini

Jika anda telah memuat naik video, anda boleh menuntut video itu selepas itu dengan memilih dasar muat naik daripada Pengurus Kandungan Studio.

Tuntut video yang dimuat naik sebelum ini

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Video .
  3. Klik video yang mahu dituntut.
  4. Pilih tab Pengurus Hak.
  5. Klik Dasar muat naik  dan pilih dasar muat naik yang mahu dikaitkan dengan video ini.
    • Pilihan dasar yang tersedia dalam senarai ini mungkin kurang kerana dasar pemadanan dengan syarat padanan Content ID tidak boleh ditetapkan sebagai dasar muat naik. Ketahui lebih lanjut.
  6. Klik GUNAKAN.
  7. Klik SIMPAN.

Tuntut berbilang video yang dimuat naik sebelum ini sekaligus

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Video .
  3. Klik kotak pilihan di sebelah video yang mahu dituntut.
  4. Dalam sepanduk atas, klik Edit  kemudian Dasar muat naik.
  5. Klik Dasar muat naik  dan pilih dasar muat naik yang mahu dikaitkan dengan video ini.
  6. Klik GUNAKAN.
  7. Klik KEMAS KINIKAN VIDEO.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8100719610310843083
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false