Akaun Google Workspace for Education ialah alamat e-mel yang diberikan oleh sekolah anda kepada anda. Dalam akaun jenis ini, pentadbir sekolah anda mengurus akses anda kepada produk Google seperti YouTube.
Mulai 1 September 2021, jika pentadbir sekolah anda menandai anda berumur bawah 18 tahun, akaun YouTube sekolah anda akan dialihkan kepada versi YouTube yang terhad. Saluran YouTube anda tidak dikaitkan lagi dengan akaun sekolah anda dan anda tidak boleh memuat naik video baharu lagi kepada saluran itu. Perubahan ini hanya memberikan kesan kepada pengalaman YouTube anda pada akaun sekolah anda melalui Google Workspace for Education, bukan akaun peribadi anda.
Sekatan akaun untuk pengguna yang berumur bawah 18 tahun
Jika pentadbir sekolah anda telah menandai anda berumur bawah 18 tahun dalam akaun Google Workspace for Education yang dikeluarkan oleh sekolah anda, akses anda kepada kandungan dan ciri YouTube mungkin dihadkan.
Beberapa ciri yang berikut tidak tersedia jika pentadbir sekolah anda telah menandai anda berumur bawah 18 tahun:
Tonton
- Video strim langsung
Penglibatan
- Pemberitahuan (kecuali pemberitahuan diperibadikan dengan serlahan aktiviti)
- Ulasan
- Sembang Langsung
- Buat
- Saluran
- Strim langsung
- Siaran
- Senarai main umum dan tidak tersenarai
- Cerita
- Shorts
- Muat naik video
Beli
- Keahlian saluran
- Barang niaga pencipta
- Derma melalui YouTube Prihatin
- Filem & Rancangan TV
- Super Chat & Super Stickers
Apl YouTube
- YouTube Music
- YouTube Studio
- YouTube TV
- YouTube VR
Pelbagai
- Hantar pada TV
- Akaun permainan yang disambungkan
- Inkognito
- Iklan diperibadikan
- Mod Sekatan
Muat turun & simpan kandungan anda
Jika anda berumur 18 tahun ke atas
Hubungi pentadbir sekolah anda:
- Minta pentadbir sekolah anda menandai akaun anda sebagai 18 tahun ke atas.
Selepas pentadbir anda mengemaskinikan tetapan anda:
- Log masuk ke YouTube.
- Buat saluran dan lengkapkan aliran kerja. Akaun anda akan kelihatan dan anda boleh terus membuat video pada saluran YouTube akaun sekolah anda.
Jika anda berumur bawah 18 tahun
- Gunakan Google Takeout untuk memuat turun dan menyimpan video anda serta data lain (seperti ulasan dan sejarah carian) yang telah anda buat pada YouTube. Jika akaun anda dibuat selepas bulan September 2021, anda diberi tempoh 60 hari untuk memuat turun data anda dari tarikh pentadbir sekolah anda menandai anda berumur bawah 18 tahun.
Nota: Google Takeout tersedia jika pentadbir sekolah anda mengaktifkan ciri ini untuk akaun anda.