Keluaran
Anda boleh menemukan senarai penuh keluaran anda pada tab Keluaran pada halaman Aset dalam Pengurus Kandungan Studio.
Cari dan tapis untuk menemukan keluaran
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Aset
.
- Pada bahagian atas halaman, klik tab Keluaran.
- Klik bar penapis
dan pilih penapis. Anda boleh memilih lebih daripada satu penapis untuk memperincikan carian anda. Penapis termasuk:
- UPC
- Tajuk keluaran
- Nama artis
- Masukkan nilai untuk ditapis.
- Klik GUNAKAN.
Untuk mengalih keluar penapis, klik Alih keluar .
Dapatkan maklumat lanjut tentang keluaran anda
Daripada tab Keluaran, klik keluaran untuk membuka halaman butiran Keluaran tersebut. Halaman butiran Keluaran akan memaparkan:
- Ikhtisar
: Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang keluaran tersebut, seperti maklumat metadata, kerja seni, dan label.
- Runut seni
: Untuk mendapatkan senarai runut seni yang berkaitan dengan keluaran.
Runut seni
Anda boleh menemukan senarai penuh runut seni anda pada tab Runut seni pada halaman Aset dalam Pengurus Kandungan Studio.
Cari dan tapis untuk menemukan runut seni
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Aset
.
- Pada bahagian atas halaman, klik tab Runut seni.
- Klik bar penapis
dan pilih penapis. Anda boleh memilih lebih daripada satu penapis untuk memperincikan carian anda. Penapis termasuk:
- UPC
- ISRC
- Tajuk lagu
- Nama artis
- ID Video
- Masukkan nilai untuk ditapis.
- Klik GUNAKAN.
Untuk mengalih keluar penapis, klik Alih keluar .
Dapatkan maklumat lanjut tentang runut seni anda
Daripada tab Runut seni, klik runut seni untuk membuka halaman butiran Runut seni tersebut. Anda juga boleh membuka halaman butiran Runut seni dengan mengklik Runut Seni daripada halaman butiran keluaran. Halaman butiran Runut seni memaparkan:
- Ikhtisar
: Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang runut seni tersebut, seperti maklumat metadata, kerja seni, dan label.
- Ketersediaan
: Untuk tarikh mula dan tarikh tamat berdasarkan ketersediaan bagi setiap wilayah.
Istilah & takrifan
Istilah | Takrifan |
---|---|
Peringkat audio |
Pada halaman Ketersediaan Runut Seni. Menunjukkan sama ada runut dibenarkan untuk Peringkat Audio Perkakasan atau tidak. |
Ketersediaan | Tarikh terawal keluaran atau runut seni tersedia pada YouTube. |
Ralat | Pakej Penyampaian Kandungan yang terbaharu untuk keluaran ini mengandungi ralat. |
Saluran keluaran |
Saluran artis yang dikaitkan dengan keluaran atau runut seni. |
Shorts |
Pada halaman Ketersediaan Runut Seni. Menunjukkan sama ada runut dibenarkan untuk YouTube Shorts atau tidak. |
Status | Status keluaran atau runut seni. Nilai status mungkin termasuk:
|
Edit keluaran dan runut seni anda
Jika keluaran atau runut seni anda mengandungi maklumat yang tidak betul, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membetulkan maklumat tersebut:
- Butang Minta perubahan: Butang "Minta perubahan" membolehkan anda melaporkan masalah tertentu kepada YouTube terus daripada Pengurus Kandungan Studio:
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Aset
.
- Pada bahagian atas halaman, klik tab Keluaran atau Runut seni.
- Klik tajuk keluaran atau runut seni.
- Pada halaman Ikhtisar
, klik MINTA PERUBAHAN.
- Pilih "Jenis masalah" daripada menu lungsur
, seperti:
- Runut seni/Keluaran tidak dikaitkan dengan saluran artis yang diinginkan.
- Runut seni tidak dikaitkan dengan video muzik yang diinginkan.
- Runut seni/Keluaran mengandungi artis utama atau artis yang ditampilkan yang salah.
- Runut seni/Keluaran mengandungi ejaan, pemformatan, atau terjemahan yang salah.
- Runut seni/Keluaran tidak boleh dimainkan atau dilihat seperti yang dijangkakan dalam produk.
- Keluaran yang saya terbitkan tersilap dipaparkan pada saluran artis saya.
- Masukkan butiran selebihnya.
- Klik SERAH.
Eksport keluaran dan runut seni anda
Jika anda mahu mengeksport senarai keluaran dan runut seni anda, anda boleh:
- Memilih maksimum 1,000 keluaran atau maksimum 10,000 runut seni daripada senarai keluaran dan runut seni
- Mengklik butang “Eksport”
- Memilih format eksport pilihan (Google Sheet / CSV)
- Memuat turun keputusan eksport
- Penghantaran semula: Anda boleh menukar maklumat yang tidak betul dengan menghantar semula keluaran atau runut seni yang dikemaskinikan menggunakan templat hamparan atau suapan DDEX.