Semasa menonton YouTube, anda boleh memainkan video atau senarai main secara berulang dengan membuat gelung.
Gelungkan video atau senarai main pada komputer atau peranti mudah alih anda
Untuk mengulangi video:
- Akses skrin tontonan mana-mana video.
- Ketik Tetapan
.
- Ketik Tetapan tambahan
.
- Ketik Gelung video
.
Untuk mengulangi senarai main:
- Mainkan sebarang senarai main.
- Dalam kotak kawalan Senarai main yang terbuka pada bawah video, ketik Gelung
. Senarai main akan dimainkan secara berterusan.
- Untuk mengulangi video dalam senarai main, ketik Gelung
sekali lagi untuk 1 dipaparkan di tengah-tengah
. Video ini akan terus dimainkan secara berulang.
Gelungkan video atau senarai main pada TV atau konsol permainan anda
Untuk menggelungkan satu video:
- Semasa memainkan video, tekan pada bahagian bawah alat kawalan jauh TV atau pengawal permainan anda.
- Pilih Ulang
sehingga butang memaparkan Ulang • Video sedang dimainkan
.
- Anda juga boleh menemukan togol Ulang dengan memilih Tetapan
semasa menonton video.
Untuk menggelungkan senarai main:
- Pilih senarai main.
- Semasa memainkan video, tekan pada bahagian bawah alat kawalan jauh TV atau pengawal permainan anda.
- Pilih Ulang
sehingga butang memaparkan Ulang • Senarai main
.
- Anda juga boleh menemukan togol Ulang dengan memilih Tetapan
semasa menonton video.