Amalan terbaik untuk kandungan kanak-kanak & keluarga

Pada YouTube, kami yakin bahawa kanak-kanak boleh menemukan minat baharu, belajar, dan memupuk semangat kekitaan apabila mereka menerokai dunia melalui video dalam talian. Kami sedang berusaha untuk membantu pencipta memahami cara membuat video yang bermakna, menarik, dan memberikan inspirasi untuk kanak-kanak dan keluarga.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan ini, kami telah membangunkan set prinsip kualiti di bawah untuk membimbing pencipta kandungan kanak-kanak dan keluarga YouTube. Prinsip ini dibangunkan dengan pakar perkembangan kanak-kanak, dan berdasarkan penyelidikan yang menyeluruh.

Senarai di bawah bertujuan untuk memberi anda idea yang lebih baik tentang kandungan yang boleh dianggap berkualiti rendah atau tinggi, dan tidak menyeluruh. Prinsip ini melengkapi Garis Panduan Komuniti kami, yang membantu untuk mewujudkan pengalaman tontonan yang selamat untuk semua orang, dan digunakan pada kandungan format panjang serta YouTube Shorts.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan semua kandungan yang anda buat mengikut Garis Panduan Komuniti kami. Kami akan terus menilai semula dan mengemaskinikan prinsip pada halaman ini.

Nota: Baca dasar kandungan untuk video YouTube Kids kami dengan lebih lanjut.

Prinsip kandungan berkualiti tinggi

Kandungan berkualiti tinggi mestilah bersesuaian dengan umur, bermakna, menarik, dan memberikan inspirasi. Kandungan ini boleh dibuat dalam format yang berbeza-beza dan merangkumi pelbagai topik, tetapi kandungan ini mestilah menggalakkan:

  • Penjagaan diri dan orang lain: Kandungan ini menggalakkan gelagat positif, rasa hormat dan tabiat sihat. Contoh termasuk menunjukkan sikap baik, persahabatan yang positif dan amalan penjagaan diri seperti menggosok gigi dan makan secara seimbang.
  • Pembelajaran dan menginspirasikan sifat ingin tahu: Kandungan ini mendorong kanak-kanak untuk meneroka, belajar dan berfikir secara kritis dengan cara yang menyeronokkan dan bersesuaian dengan umur mereka. Pembelajaran merangkumi subjek sekolah dan banyak lagi (mis. semua jenis hobi, tutorial, fakta menarik dan pelbagai lagi). Berfikir secara kritis bermaksud membantu kanak-kanak mengemukakan pertanyaan semasa mempelajari topik tertentu dan bukan sekadar mempercayai semua yang didengari atau dibaca.
  • Kreativiti, bermain dan daya imaginasi: Kandungan ini meraikan imaginasi kanak-kanak dan direka bentuk untuk membantu mereka berfikir serta berinteraksi melalui cara baharu yang kreatif. Kandungan mungkin memaparkan aktiviti seperti mencipta dunia imaginasi, mengarang dan berkongsi cerita sendiri, menguasai kemahiran bola sepak, menyanyi bersama-sama, membina permainan baharu yang asli atau penglibatan dalam aktiviti seni dan kraf.
  • Kemahiran hidup dan pengalaman: Kandungan ini merangkumi pengalaman hidup (seperti hari pertama di sekolah atau berjumpa dengan doktor gigi) dan contoh teladan yang positif. Kandungan tersebut membantu kanak-kanak membina kemahiran hidup seperti keupayaan untuk menyelesaikan masalah dan memahami perasaan mereka. Kandungan biasanya merangkumi naratif yang lengkap (seperti pembangunan watak, plot, penyelesaian) dan pengajaran atau pembelajaran yang jelas.
  • Memberi mereka pendedahan kepada dunia: Kandungan ini memaparkan pelbagai pengalaman, orang dan tempat di seluruh dunia yang membantu kanak-kanak menemukan cerita yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Video mungkin memaparkan watak yang berbeza dari segi umur, minat atau latar belakang.

Prinsip kandungan berkualiti rendah

Elakkan daripada membuat kandungan berkualiti rendah. Kandungan berkualiti rendah:

  • Berbentuk promosi secara ketara: Kandungan yang kebanyakannya menampilkan produk, jenama dan logo (seperti mainan atau makanan) atau yang menggalakkan pembelian berlebihan seperti video membuka kotak.
  • Menggalakkan tingkah laku atau sikap negatif: Kandungan yang menggalakkan aktiviti berbahaya, pembaziran, buli, sikap tidak jujur, atau kurang menghormati orang lain. Sebagai contoh, kandungan ini mungkin mengandungi usikan yang berbahaya/tidak selamat, tabiat pemakanan yang tidak sihat.
  • Pendidikan yang mengelirukan: Hal ini merujuk kepada kandungan yang menggunakan tajuk atau lakaran kecil untuk memperdaya kanak-kanak supaya menyangka kandungan tersebut berunsur pendidikan tetapi sebenarnya tidak. Kandungan mungkin menjanjikan untuk mengajar sesuatu seperti warna atau nombor tetapi memaparkan maklumat yang tidak betul atau tidak membantu.
  • Susah untuk difahami: Video yang mengelirukan atau tidak masuk akal, selalunya disebabkan oleh jalan cerita yang bercampur aduk, audio yang kabur atau ketiadaan jalan cerita yang jelas (permulaan, pertengahan & pengakhiran). Video jenis ini biasanya dihasilkan melalui pengeluaran secara besar-besaran atau penjanaan automatik.
  • Menimbulkan sensasi atau mengelirukan: Kandungan yang tidak benar, dibesar-besarkan atau pelik dan mungkin mengelirukan khalayak muda. Kandungan ini juga mungkin merangkumi “penyumbatan kata kunci”, atau amalan penggunaan kata kunci popular yang menarik minat kanak-kanak dengan cara yang berulang-ulang, diubah, atau berlebihan. Kata kunci juga mungkin digunakan dengan cara yang tidak masuk akal.
  • Penggunaan watak kanak-kanak secara pelik: Kandungan ini menggunakan watak yang dikenali dan disukai oleh kanak-kanak (sama ada animasi atau aksi langsung) dan memaparkan mereka dalam situasi yang tidak sesuai atau berisiko.

Kesan terhadap prestasi saluran

Prinsip kualiti untuk kandungan kanak-kanak dan keluarga mungkin menjejaskan prestasi saluran anda. Kandungan “dihasilkan untuk kanak-kanak” yang berkualiti tinggi diserlahkan dalam syor. Kandungan ini juga membimbing keputusan untuk keterangkuman dalam YouTube Kids dan pengewangan saluran dan video. Jika saluran didapati terlalu memfokuskan kandungan “dihasilkan untuk kanak-kanak” yang berkualiti rendah, saluran itu mungkin akan digantung daripada Program Rakan Kongsi YouTube. Jika video tertentu didapati melanggar prinsip kualiti ini, video itu mungkin disiarkan dengan iklan yang terhad atau tanpa iklan.

Kami berharap setiap pencipta dapat membuat kandungan yang bermakna dan memberikan inspirasi untuk kanak-kanak dan keluarga pada YouTube.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1123692058410603995
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false