Panel sumber krisis

Panel sumber krisis YouTube membolehkan anda menghubungi sokongan langsung daripada rakan kongsi perkhidmatan krisis yang diiktiraf. Panel mungkin dipaparkan:
  • Apabila anda menonton video tentang topik tertentu seperti bunuh diri, mencederakan diri sendiri, atau gangguan makan.
  • Dalam hasil carian anda, apabila anda mencari topik yang berkaitan dengan krisis kesihatan tertentu atau tekanan emosi.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut, panel sumber krisis turut memautkan anda kepada laman web rakan kongsi. Kami mahu memberi anda maklumat yang berguna dan tepat pada masanya. Oleh hal yang demikian, anda tidak boleh mengetepikan panel sumber krisis pada masa ini.

Panel sumber krisis mungkin tidak tersedia di semua negara/wilayah dan dalam semua bahasa. Kami sedang berusaha untuk menyediakan panel sumber krisis kepada lebih banyak negara/wilayah.

Apabila anda mencari topik tertentu seperti bunuh diri, mencederakan diri sendiri, atau gangguan makan, anda juga akan mengakses halaman jeda sebelum anda mendapat hasil carian anda. Halaman jeda menawarkan pilihan tentang cara meneruskan proses, termasuk menyambungkan anda kepada seorang daripada rakan kongsi sumber krisis kami.

Dapatkan bantuan untuk anda atau orang lain

Jika anda menghadapi krisis mahu membunuh diri atau tekanan emosi, anda boleh menggunakan maklumat di bawah untuk mendapatkan bantuan:

Jika anda percaya bahawa seseorang berada dalam bahaya membunuh diri, anda boleh:

  • Menghubungi pihak penguatkuasaan undang-undang tempatan anda untuk mendapatkan bantuan segera. Pastikan anda mempunyai butiran hubungan mereka untuk dikongsi dengan pihak penguatkuasaan undang-undang tempatan.
  • Menggunakan maklumat di atas untuk bercakap dengan seseorang tentang perkara yang sedang berlaku dan cara anda boleh membantu mereka.
  • Menggalakkan mereka supaya menghubungi talian pencegahan bunuh diri menggunakan maklumat di atas.

Sumber maklumat

Maklumat dalam Panel Sumber Krisis disediakan oleh rakan kongsi perkhidmatan krisis yang diiktiraf. Perkongsian berbeza-beza mengikut negara/wilayah.

Masa untuk mendapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan

Maklumat yang berkaitan dengan kesihatan pada YouTube tidak sesuai untuk semua orang dan maklumat ini bukan nasihat perubatan. Jika anda mempunyai kebimbangan kesihatan, pastikan anda menghubungi penyedia penjagaan kesihatan. Jika anda berpendapat anda mungkin menghadapi kecemasan perubatan, hubungi nombor kecemasan tempatan anda.

Maklumat tentang carian & sejarah tontonan anda yang disimpan oleh YouTube

Panel sumber krisis hanya dipaparkan sekiranya:

  • Video semasa berkaitan dengan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri, atau
  • Istilah carian anda berkaitan dengan krisis kesihatan tertentu atau tekanan emosi.

Panel ini tidak dicetuskan berdasarkan tontonan dan sejarah carian anda. Akan tetapi, anda boleh menemukan dan mengalih keluar sejarah anda, dengan menyemak data anda dalam YouTube. Ketahui cara melihat dan memadamkan sejarah carian anda atau melihat, menjeda, dan mengosongkan sejarah tontonan anda. Anda juga boleh menyemak imbas YouTube semasa dalam mod Inkognito.

Laporkan maklumat yang tidak tepat

Jika terdapat masalah berkenaan dengan maklumat sumber krisis pada YouTube, atau anda mahu memberikan cadangan, anda boleh:

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12499213037785098289
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false