Ciri ini hanya tersedia kepada rakan kongsi yang menggunakan Pengurus Kandungan YouTube Studio.
Ada kalanya, anda mungkin mahu menggantung padanan Content ID untuk aset, sama ada untuk sementara atau secara kekal. Untuk menggantung padanan Content ID, anda perlu menyahaktifkan rujukan aset.
Apabila anda menyahaktifkan rujukan, Content ID tidak akan menuntut video dijana pengguna untuk aset tersebut lagi. Anda boleh memilih sama ada untuk melepaskan tuntutan sedia ada yang dibuat menggunakan rujukan atau hanya menghalang tuntutan baharu.
Tindakan menyahaktifkan rujukan akan menggantung padanan Content ID untuk seluruh rujukan. Jika anda mahu mengecualikan padanan untuk segmen tertentu dalam rujukan, anda boleh mengecualikan segmen itu daripada rujukan anda dan bukan menyahaktifkan rujukan.
Nota:
- Tindakan memadamkan video yang digunakan untuk membuat rujukan juga akan menyahaktifkan rujukan. Anda juga boleh menyahaktifkan rujukan dengan melepaskan tuntutan anda terhadap video yang dimuat naik oleh rakan kongsi.
- Hanya penyedia rujukan boleh menyahaktifkan dan mengaktifkan semula rujukan.
- Jika penyedia bukan pemilik aset lagi, pemilik lain boleh mengambil tindakan.
- Jika aset dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua pemilik, anda mungkin perlu bekerjasama dengan pemilik yang lain untuk menyelesaikan tindanan.
Nyahaktifkan rujukan
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Aset
.
- Klik tajuk aset yang mengandungi rujukan yang mahu dinyahaktifkan. Halaman butiran akan dibuka untuk memaparkan butiran lanjut tentang aset tersebut.
- Klik Rujukan
dalam menu kiri.
- Cari baris rujukan yang mahu dinyahaktifkan.
- Dalam lajur Status, klik menu lungsur Aktif
dan pilih Tidak Aktif.
- Untuk melepaskan tuntutan sedia ada yang dibuat menggunakan rujukan ini, tandai kotak pilihan Lepaskan semua tuntutan.
- Untuk mengekalkan tuntutan yang sedia ada dan hanya menghalang tuntutan baharu daripada dibuat, jangan tandai kotak pilihan Lepaskan semua tuntutan.
- Klik SIMPAN.
Untuk mengaktifkan semula rujukan yang dinyahaktifkan, ikut Langkah 1 hingga 5 di atas, klik menu lungsur Tidak aktif
, pilih Aktif, kemudian klik SIMPAN.
Nyahaktifkan berbilang rujukan
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Aset
.
- Klik kotak pilihan di sebelah nama aset yang mengandungi rujukan yang mahu dinyahaktifkan.
- Untuk menapis senarai aset, klik bar penapis
pada bahagian atas dan pilih penapis.
- Untuk menapis senarai aset, klik bar penapis
- Dalam sepanduk atas, klik Edit
.
- Pilih Nyahaktifkan rujukan.
- Klik menu lungsur Nyahaktifkan rujukan
dan buat pilihan:
- Untuk mengekalkan tuntutan yang sedia ada dan hanya menghalang tuntutan baharu daripada dibuat, pilih Nyahaktifkan Rujukan.
- Untuk melepaskan tuntutan sedia ada yang dibuat menggunakan rujukan ini, pilih Nyahaktifkan rujukan dan lepaskan semua tuntutan.
- Klik KEMAS KINIKAN ASET.
Petua: Anda juga boleh menyahaktifkan rujukan menggunakan templat penyampaian kandungan “Rujukan - Pengurusan”. Ketahui lebih lanjut.