Jika anda melihat iklan yang tidak sesuai atau melanggar dasar iklan Google, anda boleh melaporkan perkara itu.
Iklan dengan kandungan terhad
Anda mungkin melihat iklan yang mempromosikan kandungan terhad, tetapi dasar iklan kami membenarkan penyiaran iklan tersebut pada masa ini. Sekatan pada kandungan iklan mungkin berbeza daripada garis panduan kandungan mesra pengiklan kami untuk pencipta, yang menggariskan jenis kandungan pencipta tertentu yang layak diwangkan menggunakan iklan.
Untuk berhenti melihat iklan tertentu tanpa melaporkan iklan itu, pilih Lagi atau Maklumat
Sekat iklan
pada iklan tersebut. Pilihan ini hanya tersedia jika anda memilih untuk memeribadikan iklan yang anda lihat dalam Pusat Iklan Saya.
Iklan yang melanggar dasar
Kami menggunakan gabungan semakan jurusemak dan semakan automatik untuk memastikan iklan mematuhi dasar iklan Google dari saat iklan dibuat. Hal ini membantu kami memastikan pengalaman iklan yang lebih baik untuk penonton dan penyiaran kandungan iklan yang lebih baik pada platform.
Walau bagaimanapun, ada kalanya semakan kami tersasar juga. Jika perkara ini berlaku, laporkan iklan semasa iklan dipaparkan atau isi dan serahkan borang ini. Kemudian, pasukan kami akan menyemak laporan iklan anda dan mengambil tindakan jika wajar.
Pelaporan daripada iklan itu sendiri merupakan ciri yang hanya tersedia pada YouTube untuk Mudah Alih dan komputer.
Nota: jika anda melihat satu daripada video anda digunakan sebagai iklan dan anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang tontonan iklan yang boleh menjejaskan prestasi video anda, hubungi pasukan Sokongan Pencipta kami.
- Klik Lagi
atau Maklumat
pada iklan.
- Pilih Laporkan iklan
.