Memastikan anda selamat dalam talian merupakan teras dalam perkara yang kami lakukan - hal ini merupakan komitmen kami untuk menjadi telus tentang data yang kami gunakan sambil memberi anda pilihan dan kawalan.
Data yang anda berikan kepada Google dan YouTube dapat membantu kami meningkatkan pengalaman anda semasa menggunakan perkhidmatan kami. Anda boleh mengawal tetapan privasi YouTube anda dengan melawat Data anda dalam YouTube atau Google Account anda.
Cara YouTube mungkin menggunakan data yang dipautkan pada akaun anda
Cara YouTube mungkin menggunakan data teragregat
Cara YouTube membantu anda mengawal privasi dan keselamatan anda
Cara YouTube mungkin menggunakan carian anda dan sejarah tontonan dan cara anda boleh mengawal perkara tersebut
Cara YouTube menggunakan data lokasi anda
YouTube mungkin menggunakan maklumat lokasi seperti kawasan umum semasa anda, dianggarkan dari alamat IP anda, untuk menunjukkan syor kandungan yang berkaitan dengan kawasan setempat anda. Di samping itu, jika anda memilih untuk memuat naik video, maklumat lokasi anda, seperti kawasan umum anda apabila anda memuat naik video atau lokasi yang telah anda tag video tersebut juga mungkin digunakan untuk mengesyorkan kandungan anda kepada khalayak yang berkaitan dengan kawasan setempat anda.
Kawasan umum yang lebih besar daripada 3 km persegi dan terdapat sekurang-kurangnya 1,000 pengguna. Kawasan umum bagi carian anda tidak dapat mengenal pasti anda. Sebaliknya, kawasan umum membantu untuk melindungi privasi anda dan biasanya lebih besar daripada 3 km persegi di luar kawasan bandar.
Cara YouTube menganggar lokasi anda
- Alamat kediaman atau kerja: Jika anda menetapkan alamat rumah atau tempat kerja, alamat mungkin digunakan untuk menganggarkan lokasi anda apabila anda mungkin berada di salah satu tempat ini. Anda boleh mengubah lokasi kediaman dan tempat kerja anda.
- Alamat IP: Alamat IP, juga dipanggil alamat Internet diberikan kepada peranti anda oleh Penyedia Perkhidmatan Internet anda dan merupakan syarat untuk menggunakan Internet. Alamat IP digunakan untuk membuat sambungan antara peranti anda dengan laman web dan perkhidmatan yang anda gunakan. Alamat IP secara kasarnya ditentukan berdasarkan geografi. Hal ini bermaksud mana-mana laman web yang anda gunakan, termasuk youtube.com boleh mendapatkan maklumat tentang kawasan umum anda.
Penting: Internet tidak berfungsi tanpa alamat IP. Apabila anda menggunakan laman, apl atau perkhidmatan seperti Google, biasanya beberapa maklumat tentang lokasi anda dapat dikesan.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara lokasi digunakan merentasi Google, termasuk untuk menunjukkan iklan lebih bermanfaat kepada anda pada YouTube. Selain itu, lawati Data anda dalam YouTube untuk mengetahui cara YouTube menggunakan data lokasi anda secara khusus.
Kawal data dan aktiviti yang digunakan untuk memeribadikan iklan
Apabila anda menggunakan apl Google, anda boleh mengawal data dan aktiviti yang boleh digunakan untuk memeribadikan iklan atau anda boleh mematikan pemeribadian iklan sepenuhnya. Kami memudahkan kawalan data yang digunakan untuk memeribadikan iklan kepada anda dalam Tetapan Iklan. Data ini termasuk perkara yang telah kami anggarkan tentang minat anda berdasarkan aktiviti dan interaksi anda dengan pengiklan lain yang bekerjasama dengan kami untuk menunjukkan iklan serta maklumat yang anda tambahkan pada Google Account anda.
Apabila anda log masuk ke Google Account anda, urus cara iklan anda diperibadikan atau matikan iklan diperibadikan sepenuhnya dalam Tetapan Iklan anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Google Ads dan data, lawati Pusat Keselamatan kami.Cara YouTube mungkin menggunakan maklumat peribadi anda
YouTube tidak menjual maklumat peribadi anda
Cara YouTube mungkin menggunakan kandungan, seperti video dan foto, yang anda pilih untuk muat naik
Hanya kandungan yang mahu anda muat naik akan disimpan oleh YouTube dan dipautkan kepada saluran YouTube anda. Orang yang dapat melihat kandungan ini adalah berdasarkan tetapan privasi video yang anda pilih. Berdasarkan tetapan privasi video anda, kandungan yang telah anda muat naik boleh dijadikan boleh lihat atau disyorkan kepada penonton lain. Ketahui lebih lanjut tentang cara mengubah tetapan privasi video anda di sini. Ketahui lebih lanjut tentang cara mengurus dan mengedit kandungan menggunakan YouTube Studio pada komputer atau peranti mudah alih di sini.
Perkara yang berlaku pada kandungan dan data berkaitan dengan anda selepas anda memadamkan video
Jika anda memilih untuk memadamkan video daripada YouTube, video itu akan dipadamkan secara kekal. Video itu tidak dapat dipulihkan nanti dan video itu tidak boleh dicari lagi dalam YouTube. Data yang dikaitkan dengan video tersebut, seperti masa tontonan, akan tetap menjadi sebahagian daripada laporan agregat. Ketahui lebih lanjut tentang cara mengurus dan mengedit kandungan menggunakan YouTube Studio pada komputer atau peranti mudah alih di sini. Ketahui lebih lanjut tentang cara memadamkan dan menggantikan video di sini.
Perkara yang berlaku apabila anda memadamkan saluran YouTube anda
Semak Dasar Privasi kami untuk mendapatkan butiran lanjut tentang cara kami menggunakan data pada YouTube dan merentasi Google.