Ibu bapa boleh memberi anak-anak mereka yang berumur bawah 13 tahun, atau umur yang bersesuaian di negara atau wilayah mereka, akses kepada YouTube dengan menyediakan pengalaman yang diawasi untuk mereka. Sebagai pencipta, hal ini bermakna video anda mungkin tersedia dalam pengalaman ini.
Ketahui lebih lanjut tentang pengalaman yang diawasi untuk praremaja.
Berikan maklum balas
Jika video anda tidak tersedia pada masa ini dalam satu daripada tetapan kandungan dan anda berpendapat bahawa video tersebut sepatutnya tersedia, sila hantar maklum balas anda kepada kami.
Walaupun sistem kami tidak sempurna dan akan melakukan beberapa kesilapan, maklum balas anda akan dapat membantu kami meningkatkan perkhidmatan. Walaupun anda tidak akan menerima balasan kepada penyerahan anda, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyemak setiap video yang anda serahkan.
Sebelum menghantar maklum balas anda, pastikan anda telah membaca tetapan kandungan untuk keluarga yang menggunakan pengalaman yang diawasi.