Pilih tetapan kandungan bagi pengalaman yang diawasi untuk praremaja

Kami memberi ibu bapa pilihan untuk menentukan perjalanan YouTube anak mereka, termasuk memilih tetapan kandungan apabila mereka menyediakan pengalaman yang diawasi untuk anak praremaja mereka. Tetapan kandungan menentukan jenis dan jumlah kandungan yang akan dilihat oleh anak praremaja anda. Walaupun selepas anda memilih tetapan kandungan, anda boleh menukar tetapan tersebut pada bila-bila masa.

Tetapan kandungan untuk keluarga yang menggunakan pengalaman yang diawasi

Langgan saluran YouTube Viewers untuk mendapatkan berita, kemaskinian dan petua terkini.

Bergantung pada tetapan kandungan yang anda pilih, anak anda juga boleh melihat ulasan pada video.

Cara tetapan kandungan berfungsi

YouTube telah membangunkan set dasar tentang kesesuaian kandungan yang secara umumnya sejajar dengan rating kandungan TV dan filem. Dasar ini membantu anda menentukan video yang boleh dilihat oleh anak praremaja anda berdasarkan tetapan kandungan mereka.

Sistem automatik kami mengenal pasti video yang sesuai untuk disertakan dalam setiap tetapan kandungan berdasarkan dasar kandungan kami. Kami tahu bahawa sistem kami tidak sempurna dan akan melakukan kesilapan. Kami mempunyai pasukan jurutera dan jurusemak yang bekerjasama untuk meningkatkan sistem kami secara berterusan. Jika anda menemukan sesuatu yang pada pendapat anda tidak sesuai untuk YouTube, anda boleh melaporkan kandungan tersebut.

Bergantung pada tetapan kandungan yang anda pilih, anak praremaja anda juga boleh melihat ulasan pada video.

Pilihan tetapan kandungan

Teroka Secara umumnya selaras dengan rating kandungan untuk penonton berumur 9 tahun ke atas
Teroka lagi Secara umumnya selaras dengan rating kandungan untuk penonton berumur 13 tahun ke atas
Sebahagian Besar YouTube Hampir semua video pada YouTube kecuali kandungan yang ditandai sebagai 18+ dan video lain yang mungkin tidak sesuai untuk penonton yang menggunakan pengalaman yang diawasi

Dasar Kandungan

Dasar kandungan kami berbeza antara tetapan kandungan dan menentukan jenis video yang boleh ditonton oleh anak anda. Kami kerap menilai semula dasar ini, maka takrifan di bawah mungkin tidak menyeluruh.

Teroka

“Teroka” adalah untuk keluarga yang bersedia untuk beralih daripada YouTube Kids dan mula menerokai pilihan kandungan yang lebih luas pada YouTube. Tetapan ini menampilkan pilihan video yang lebih luas yang biasanya sejajar dengan rating kandungan untuk penonton 9+. Video termasuk vlog, tutorial, video permainan, video muzik, berita, kandungan pendidikan, DIY, seni dan kraf, tarian dan pelbagai lagi. Sesetengah video mungkin mengandungi:

Kandungan dewasa: Video dengan tema romantik, termasuk paparan lembut yang penuh kasih sayang dan tarikan. Video pendidikan tentang seksual dan identiti jantina yang bersesuaian dengan umur serta topik Pendidikan Seks seperti akil baligh dan pembiakan.

Keganasan: Video bersesuaian dengan umur yang berkaitan dengan peristiwa semasa atau sejarah yang bersifat pendidikan tetapi mungkin mengandungi keganasan ringan dalam konteks peristiwa tersebut. Keganasan bukan grafik dalam video berskrip dan beranimasi yang biasa ditemukan dalam kartun, permainan, rancangan televisyen dan filem.

Senjata: Video yang menampilkan senjata tidak realistik dalam konteks permainan mainan, permainan, animasi dan senjata artistik dalam konteks sejarah.

Kandungan Berbahaya: Video yang menampilkan tindakan berbahaya seperti lagak ngeri, usikan dan cabaran yang tidak mudah ditiru oleh kanak-kanak bawah umur atau menyertakan penafian yang ketara dengan pendedahan keselamatan yang sesuai. Video yang memaparkan arak atau tembakau secara ringkas.

Bahasa Tidak Sesuai: Video dengan penggunaan bahasa yang menyinggung perasaan secara sederhana yang tidak kerap, seperti "jahanam" atau "pergi mampus", dalam konteks yang tidak mengganggu.

Diet, Kecergasan & Kecantikan: Video yang menampilkan ulasan produk kecantikan, tutorial solekan yang sesuai dengan umur dan kandungan pendidikan tentang kesejahteraan. Kandungan ini termasuk pemakanan sihat dan senaman.

Topik Sensitif: Video bersesuaian dengan umur yang membincangkan isu sensitif seperti kesihatan mental, ketagihan, gangguan makan dan kehibaan serta kehilangan. Video dalam tetapan ini tidak menampilkan imejan grafik dan memfokus pada strategi menangani masalah secara positif dan strategi pemulihan serta kepentingan mendapatkan bantuan.

Video Muzik: Video muzik mungkin mengandungi lirik dengan bahasa yang menyinggung perasaan secara sederhana atau menyebut arak atau tembakau. Video juga mungkin menampilkan tarian seksual yang tidak melampau dan pemaparan arak atau tembakau yang tidak kerap.

Teroka lagi

“Teroka lagi” adalah untuk kanak-kanak yang bersedia untuk menerokai dunia YouTube yang luas dengan lebih lanjut. Tetapan ini menyertakan semua jenis kandungan dalam Teroka dan pilihan video yang lebih luas yang secara umumnya sejajar dengan rating kandungan untuk penonton yang berumur 13 tahun ke atas. Video termasuk strim langsung, vlog, tutorial, video permainan, berita, video pendidikan, DIY, seni dan kraf, tarian dan pelbagai lagi. Sesetengah video mungkin mengandungi:

Kandungan Dewasa: Video dengan tema seksual, seperti pengalaman seksual yang tidak eksplisit dan paparan hubungan fizikal. Video pendidikan tentang seksual dan identiti jantina serta topik Pendidikan Seks seperti perkembangan seksual, kesihatan reproduktif, penahanan diri dan pencegahan penyakit.

Keganasan: Video pendidikan bukan grafik yang berkaitan dengan peristiwa semasa atau sejarah. Penampilan keganasan grafik sepintas lalu dalam video berskrip dan beranimasi yang biasa ditemukan dalam permainan, rancangan televisyen dan filem.

Senjata: Video yang memaparkan senjata sebenar atau realistik dalam video berskrip yang biasa ditemukan dalam rancangan televisyen dan filem. Video yang memaparkan senjata api sebenar yang digunakan dalam konteks sukan atau pendidikan yang berkaitan dengan keselamatan senjata api.

Kandungan Berbahaya: Video yang menampilkan tindakan berbahaya seperti lagak ngeri, usikan dan cabaran yang boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius tetapi tidak mudah ditiru oleh golongan bawah umur. Video yang memaparkan atau menunjukkan penggunaan arak atau tembakau yang kerap.

Bahasa Yang Tidak Sesuai: Video yang menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan atau kata-kata cabul seperti "sundal" atau "punggung" dalam konteks yang tidak mengganggu atau bukan seksual. Jika tidak kerap digunakan dan digunakan dalam konteks yang tidak mengganggu, penghinaan yang memburuk-burukkan mungkin dipaparkan dalam konteks pendidikan atau video muzik sahaja.

Diet, Kecergasan & Kecantikan: Video yang menampilkan tutorial solekan, petua kecantikan dan petua hidup serta video yang berkaitan dengan pemakanan dan senaman yang sihat.

Topik Sensitif: Video bukan grafik yang berkaitan dengan perkara sensitif seperti kesihatan mental, niat untuk membunuh diri, mencederakan diri sendiri, ketagihan, gangguan makan dan kehibaan serta kehilangan. Video ini memfokus pada strategi menangani masalah secara positif dan strategi pemulihan serta kepentingan mendapatkan bantuan.

Video Muzik: Video muzik mungkin mengandungi lirik dengan rujukan seksual, kata-kata cabul eksplisit yang tidak kerap digunakan atau penghinaan yang memburuk-burukkan dalam konteks yang tidak mengganggu atau berunsur kebencian. Video juga mungkin menampilkan tarian seksual dan penggunaan arak, tembakau atau ganja.

Dalam tetapan kandungan ini, anak anda juga boleh membaca tetapi tidak boleh menulis ulasan pada video.

Sebahagian Besar YouTube
“Sebahagian Besar YouTube'' adalah untuk kanak-kanak yang bersedia untuk menerokai dunia YouTube yang luas, termasuk kandungan untuk remaja yang lebih tua. Tetapan ini menyertakan hampir semua jenis kandungan pada YouTube kecuali video yang ditandai sebagai 18+ dan video lain yang mungkin tidak sesuai untuk penonton yang menggunakan pengalaman yang diawasi. Video termasuk strim langsung, vlog, tutorial, video permainan, berita, video pendidikan, DIY, seni dan kraf, tarian dan pelbagai lagi.
Dalam tetapan kandungan ini, anak anda juga boleh membaca tetapi tidak boleh menulis ulasan pada video.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4346844035874062086
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false