Trafik tidak sah ialah apa-apa aktiviti pada saluran anda yang tidak berasal daripada pengguna sebenar atau pengguna dengan minat sebenar. Aktiviti ini termasuk kaedah berbentuk penipuan, buatan atau tidak disengajakan untuk meningkatkan hasil iklan untuk video, antara lain.
Contoh trafik tidak sah pada video termasuk:
- Trafik automatik atau berinsentif daripada pihak ketiga, termasuk perkhidmatan “peningkatan trafik” dan yang lain yang mengaku sebagai rangkaian iklan yang sah, antara lain.
- Membuat pengumuman kepada penonton anda bahawa mereka harus menonton atau mengklik iklan pada video tertentu untuk meningkatkan trafik iklan, menyebabkan peningkatan dalam hasil iklan.
Sistem kami menganalisis trafik kepada video anda untuk menentukan sama ada trafik itu sah atau tidak sah, tanpa mengira lokasi asal atau cara trafik itu dijanakan. Kami perlu menangani trafik tidak sah dengan pantas untuk memastikan platform ini dapat berfungsi untuk pencipta, pengiklan dan penonton. Dengan terus melindungi sistem pengiklanan kami daripada trafik tidak sah, pengiklan boleh terus berasa yakin untuk membuat pelaburan dalam platform ini, yang membantu pencipta mengewangkan kandungan hebat yang mereka hasilkan.
Kadangkala, pencipta mungkin mendapati saluran mereka terjejas oleh trafik tidak sah. Setiap kali trafik tidak sah dikesan, pengiklan tidak akan dikenakan caj atau dibayar balik jika bersesuaian dan wajar. Memandangkan pengiklan tidak membayar tontonan ini, YouTube mahupun pencipta juga tidak mendapat manfaat.
Jika kami mengesan trafik tidak sah pada saluran anda, kami mungkin mengehadkan penyiaran iklan untuk sementara waktu sehingga sistem kami menentukan risiko trafik tidak sah dikurangkan. Sekiranya aktiviti yang ketara pada saluran didapati tidak sah, AdSense untuk akaun YouTube yang berkaitan mungkin akan digantung atau dilumpuhkan secara kekal. Jika akaun anda telah dilumpuhkan kerana trafik tidak sah tetapi anda merasakan bahawa keputusan ini suatu kesilapan, anda boleh menyerahkan rayuan aktiviti tidak sah. Pelanggaran trafik tidak sah yang ketara juga boleh menyebabkan penyahwangan menurut dasar pengewangan saluran YouTube kami. Jika anda berpendapat ini suatu kesilapan, anda boleh membuat rayuan. Jika pelanggaran tersebut diubah, anda boleh memohon pengewangan setelah anda layak pada YouTube Studio.
Cara trafik tidak sah mempengaruhi pendapatan anda
Walaupun kami bekerja keras untuk menghalang trafik tidak sah ini, sesetengah jenis trafik tidak sah hanya boleh dikesan oleh sistem kami selepas trafik ini dipaparkan. Apabila sistem kami mengesan trafik tidak sah pada iklan yang telah disiarkan pada saluran anda, sebarang pendapatan daripada trafik tidak sah mungkin ditahan, diubah atau diimbangi. Akibatnya, pelarasan dibuat pada pendapatan dalam YouTube Analytics dan AdSense untuk YouTube. Jika kami mengesan trafik tidak sah pada saluran anda, anda mungkin mendapati:
- Penurunan dalam tontonan dan pendapatan. Anda mungkin mendapati pelarasan dalam YouTube Analytics untuk mengalih keluar pendapatan yang berkaitan dengan trafik tidak sah.
- Kurang iklan pada saluran anda. Kami mungkin mengehadkan penyiaran iklan untuk sementara waktu sehingga sistem kami menentukan risiko trafik tidak sah dikurangkan, yang boleh mempengaruhi hasil walaupun apabila tontonan kekal konsisten.
- Pelarasan dalam AdSense untuk akaun YouTube anda. Jika kami mengesan pendapatan yang berkaitan daripada trafik tidak sah selepas pembayaran anda dikira atau dibayar, imbangan jumlah tersebut akan dibuat daripada baki semasa atau baki AdSense untuk YouTube anda yang akan datang.
- Penangguhan dalam pembayaran. Pembayaran mungkin ditangguhkan hingga 90 hari untuk memberikan masa yang mencukupi untuk menyiasat trafik dan pendapatan yang berkaitan pada saluran anda. Pendapatan mungkin ditahan, dilaraskan atau diimbangi jika pendapatan itu ditentukan sebagai tidak sah.
Pendapatan AdSense untuk YouTube anda biasanya dilaraskan sebelum pembayaran untuk mengalih keluar pendapatan daripada trafik tidak sah. Akan tetapi, jika kami mengesan pendapatan yang berkaitan daripada trafik tidak sah selepas pembayaran anda dikira atau dibayar, kami akan mengimbangi jumlah tersebut daripada baki semasa atau baki AdSense untuk YouTube anda yang akan datang. Sebarang debit untuk trafik tidak sah akan dipaparkan sebagai item baris yang berasingan pada halaman Pembayaran dalam AdSense untuk YouTube. Apabila anda melihat pelarasan ini, hal ini bermakna pertahanan trafik tidak sah kami berfungsi untuk melindungi platform, walaupun anda tidak menjana atau mendorong trafik tersebut.
Soalan Lazim tentang trafik tidak sah
Bagaimanakah saya boleh menghalang trafik tidak sah pada saluran saya?
Apakah yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan semula pendapatan dan tontonan daripada trafik tidak sah?
Adakah YouTube masih mengesyorkan video saya jika saluran saya telah menerima kesan daripada trafik tidak sah?
Adakah tindakan membenamkan kandungan saya, menggunakan tab promosi atau menggunakan format iklan yang tertentu menyebabkan trafik tidak sah?
Tidak. Tiada satu daripada tindakan yang berikut meningkatkan risiko anda terhadap trafik tidak sah:
- Membenamkan kandungan anda
- Menggunakan tab Promosi dalam YouTube Studio untuk mempromosikan saluran anda
- Menggunakan format iklan yang pelbagai, seperti pertengahan klip