Perihal Demografi Pencipta YouTube

Perkongsian Demografi Pencipta adalah sukarela untuk pencipta & artis di AS, UK, Brazil, India, Jepun dan Jerman.

Anda boleh menemukan Demografi Pencipta dalam bahagian tetapan apl desktop atau mudah alih YouTube Studio.

Kami mahu memastikan YouTube adalah merangkumi semua dan berfungsi untuk semua orang. Pada masa ini, proses penilaian sistem kami adalah terhad kerana kami tiada maklumat identiti tentang saluran pada YouTube. Kami tiada cara menilai, secara berskala, cara produk dan dasar kami berfungsi untuk saluran pencipta dan komuniti artis bagi demografi atau identiti tertentu.

Nota: Kami tahu bahawa identiti adalah peribadi; perkongsian maklumat ini adalah pilihan. Tetapan ini memberi kami data identiti yang tidak kami ketahui tentang saluran pencipta dan artis pada YouTube. Maklumat jawapan tinjauan anda akan disimpan dengan saluran YouTube anda dan tidak akan digunakan oleh produk Google yang lain. Maklumat yang anda berikan tidak akan digunakan untuk memberikan kesan kepada prestasi video atau saluran individu dalam sistem YouTube.

Cara kami menggunakan data Demografi Pencipta

Kami menggunakan data yang dikumpulkan untuk menilai cara YouTube berfungsi untuk saluran pencipta dan artis yang mewakili komuniti yang berbeza. Kami menggunakan data yang anda kongsi untuk:

  • Periksa cara algoritma dan sistem kami mengendalikan kandungan daripada pelbagai komuniti.
  • Fahami cara pelbagai komuniti berkembang pada YouTube.
  • Kenal pasti corak penderaan yang berpotensi, termasuk gangguan dan kebencian.
  • Tingkatkan program, kempen dan tawaran semasa kami.

Jika kami menemukan masalah dalam sistem kami yang memberikan kesan kepada komuniti tertentu, kami beriltizam untuk membetulkan masalah. Kami akan terus berkongsi kemajuan kami tentang usaha berterusan ini dengan anda.

Jika anda memilih untuk berkongsi maklumat anda dalam Demografi Pencipta, Google LLC akan menyimpan maklumat anda mengikut Dasar Privasi Google. Maklumat yang anda kongsi disimpan dengan saluran YouTube anda dan tidak akan digunakan oleh produk Google yang lain. Maklumat tersebut tidak akan didedahkan kepada umum tanpa kebenaran anda atau digunakan untuk tujuan pengiklanan.

Butiran lanjut yang berikut adalah tentang cara kami menggunakan data yang anda kongsi:

Periksa cara algoritma dan sistem kami mengendalikan kandungan daripada pelbagai komuniti

Data ini akan membantu kami memahami cara sistem kami mengendalikan kandungan daripada komuniti yang berbeza.
Matlamat kami adalah untuk mengenal pasti masalah yang berpotensi dalam sistem automatik kami dengan lebih baik. Kami juga mahu menangani ralat yang mungkin kami temukan untuk memastikan sistem merangkumi semua.

Fahami cara pelbagai komuniti berkembang pada YouTube

Data ini juga akan digunakan untuk membantu kami memahami cara komuniti pencipta yang berbeza berkembang pada YouTube.

Antara contoh cara kami menilai pertumbuhan adalah untuk mengkaji cara komuniti yang berbeza mengewangkan pada YouTube. Kami telah mendengar maklum balas daripada pencipta dan artis tentang kes sistem pengewangan kami tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Kami sedang berusaha untuk memastikan sistem dan dasar kami berfungsi dengan baik untuk semua pencipta dan jenis kandungan.

Kenal pasti corak tingkah laku yang berpotensi berbahaya, termasuk gangguan dan kebencian

Jika kandungan melanggar dasar kebencian dan gangguan kami, kami mengalih keluar kandungan tersebut. Kami telah mendengar maklum balas bahawa kandungan dan tingkah laku ulasan yang menyinggung dan menyakitkan hati terus mempengaruhi ramai pencipta. Data ini akan membantu kami memahami secara proaktif cara jenis tingkah laku ini mungkin mempengaruhi pelbagai komuniti pencipta. Data ini juga akan meningkatkan sistem automatik kami dari semasa ke semasa.

Tingkatkan program, kempen dan tawaran semasa kami

Dengan Demografi Pencipta, anda boleh memberikan kebenaran untuk kami menggunakan maklumat anda untuk menyampaikan undangan bagi menyertai program dan acara. Maklumat ini boleh membantu kami memahami program, kempen dan tawaran semasa kami dengan lebih baik. Tawaran ini termasuk program seperti acara pencipta dan program untuk membantu pencipta baharu berkembang. Kami juga menjalankan penyelidikan dengan pencipta seperti kumpulan fokus, sesi maklum balas secara peribadi, tinjauan dan jenis penyelidikan lain. Melalui usaha ini, kami boleh membawa pandangan pencipta kepada pasukan pembangunan produk kami. Maklumat daripada Demografi Pencipta akan membolehkan kami memanjangkan undangan penyelidikan kepada lebih ramai pencipta yang mencerminkan kepelbagaian komuniti pada YouTube.

Edit atau padamkan maklumat jawapan anda

Anda boleh mengedit maklumat yang anda kongsi sekali dalam tempoh 45 hari. Tarikh seterusnya untuk anda cuba menghantar lagi maklumat akan ditunjukkan dalam Studio. Anda boleh memadamkan jawapan anda sepenuhnya.

Nota: Jika anda memilih untuk mengedit atau memadamkan maklumat ini, hal ini tidak akan menjejaskan prestasi kandungan anda pada YouTube.

Edit jawapan Demografi Pencipta dalam YouTube Studio:

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Pada sebelah kiri, klik Tetapan.
  3. Pilih Demografi Pencipta.
  4. Pilih EDIT TINJAUAN.
  5. Edit jawapan anda.
  6. Pilih HANTAR.

Edit jawapan Demografi Pencipta dalam apl YouTube Studio:

  1. Buka apl YouTube Studio .
  2. Ketik gambar profil anda .
  3. Ketik Tetapan dalam menu.
  4. Dalam bahagian Saluran, ketik Demografi Pencipta.
  5. Pilih EDIT TINJAUAN.
  6. Edit jawapan anda.
  7. Pilih HANTAR.

Padamkan jawapan Demografi Pencipta dalam YouTube Studio:

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Pada sebelah kiri, klik Tetapan.
  3. Pilih Demografi Pencipta.
  4. Pilih PADAMKAN DATA.
  5. Pilih PADAMKAN apabila tetingkap pengesahan dipaparkan.

Padamkan jawapan Demografi Pencipta dalam apl YouTube Studio:

  1. Buka apl YouTube Studio .
  2. Ketik gambar profil anda .
  3. Ketik Tetapan dalam menu.
  4. Dalam bahagian Saluran, ketik Demografi Pencipta.
  5. Pilih PADAMKAN DATA.
  6. Pilih PADAMKAN apabila tetingkap pengesahan dipaparkan.

Muat turun respons Demografi Pencipta:

Untuk memuat turun data Demografi Pencipta anda, ikut arahan ini. Jika anda mahu memuat turun data untuk saluran YouTube atau saluran anda, anda perlu log masuk menggunakan Google Account peribadi anda dan bukannya Akaun Jenama.

Ketahui Demografi Pencipta dengan lebih lanjut

Bilakah anda akan mengembangkan tetapan ini ke negara atau rantau lain dan lebih banyak identiti?

Kami merancang untuk berkembang ke lebih banyak negara dan rantau tidak lama lagi. Kami tahu bahawa kategori dan pilihan dalam tinjauan tidak menggambarkan semua cara individu di seluruh dunia boleh menentukan identiti mereka. Kami sedang berusaha untuk mengembangkan kategori dan pilihan ini pada masa hadapan.

Tetapan ini merupakan tambahan kepada usaha lain yang sedang dijalankan untuk membantu kami meningkatkan pengalaman bagi semua pencipta dan penonton. Sebagai contoh, YouTube terus bekerjasama dengan penonton dan pencipta kurang upaya untuk menjadikan platform lebih mudah diakses dan memastikan semua orang mempunyai pengalaman yang merangkumi semua pada YouTube.

Adakah saya perlu menjawab setiap soalan dalam Demografi Pencipta?

Tidak, jika anda memilih untuk mengisi Demografi Pencipta, setiap soalan adalah pilihan. Anda boleh membiarkan soalan tertentu kosong atau memilih “Enggan menjawab”.

Adakah tetapan ini akan mempengaruhi prestasi saluran saya?

Maklumat yang anda kongsi tidak akan digunakan untuk menjejaskan prestasi kandungan individu dalam sistem YouTube.

Kami mahu memastikan sistem kami tidak menunjukkan bias yang tidak disengajakan. Data daripada Demografi Pencipta akan digunakan untuk menilai bahagian YouTube seperti sistem Carian, Penemuan dan Pengewangan kami. Jika kami mendapati ralat yang menjejaskan komuniti tertentu, kami akan menumpukan pada peningkatan latihan sistem kami untuk menjadikan sistem tersebut lebih tepat dan merangkumi semua.

Bagaimanakah anda membuat soal selidik Demografi Pencipta?

Kami bekerjasama dengan pakar sivil dan hak asasi manusia serta pencipta yang mewakili komuniti berbeza di setiap negara tempat Demografi Pencipta dilancarkan.

Adakah jawapan saya akan dikongsi luar YouTube?

Maklumat yang anda kongsi dalam Tinjauan Pencipta & Artis atau tetapan Demografi Pencipta akan disimpan dengan saluran YouTube anda dan tidak akan digunakan oleh produk Google yang lain. Maklumat ini tidak akan didedahkan kepada umum tanpa kebenaran tambahan anda dan tidak akan digunakan untuk tujuan pengiklanan. Kami tidak akan berkongsi maklumat ini dengan pengiklan atau menggunakan maklumat tersebut untuk penyasaran iklan.

Anda boleh memilih sama ada mahu memberikan kebenaran untuk kami menggunakan maklumat anda bagi memanjangkan undangan menyertai program dan acara atau tidak. Hal ini boleh merangkumi penyerlahan saluran atau kandungan anda; atau bengkel, penyelidikan pengguna atau kempen lain.

Bolehkah saya mengemaskinikan/mengedit maklumat saya selepas maklumat tersebut diserahkan?

Anda boleh mengedit jawapan Demografi Pencipta anda sekali dalam tempoh 45 hari. Tarikh seterusnya untuk anda cuba menghantar lagi maklumat akan ditunjukkan dalam Studio. Anda boleh memadamkan jawapan anda sepenuhnya.

Edit jawapan Demografi Pencipta:

  1. Log masuk ke YouTube pada komputer atau gunakan apl YouTube Studio dengan akaun pemilik saluran anda.
  2. Akses Tetapan YouTube Studio dan pilih Demografi Pencipta.
    • Dalam apl YouTube Studio, temukan Demografi Pencipta dengan mengetik gambar profil anda dan mengetik Tetapan .
  3. Pilih EDIT TINJAUAN.
  4. Edit jawapan anda.
  5. Pilih HANTAR.

Padamkan jawapan Demografi Pencipta:

  1.  Log masuk ke YouTube pada komputer atau gunakan apl YouTube Studio dengan akaun pemilik saluran anda.
  2. Akses Tetapan YouTube Studio dan pilih Demografi Pencipta.
    • Dalam apl YouTube Studio, temukan Demografi Pencipta dengan mengetik gambar profil anda dan mengetik Tetapan .
  3. Pilih PADAMKAN DATA.
  4. Pilih PADAMKAN apabila tetingkap pengesahan dipaparkan.

Muat turun respons Demografi Pencipta:

Untuk memuat turun data Demografi Pencipta anda, ikut arahan ini. Jika anda mahu memuat turun data untuk saluran YouTube atau saluran anda, anda perlu log masuk menggunakan Google Account peribadi anda dan bukannya Akaun Jenama.

Adakah tindakan ini mengubah sebarang maklumat tentang Google Account saya?

Maklumat yang anda kongsi dalam Tinjauan Pencipta & Artis atau tetapan Demografi Pencipta akan disimpan dengan saluran YouTube anda. Maklumat tersebut tidak akan digunakan oleh produk Google yang lain.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8658648709902674420
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false