Pengewangan dijeda untuk saluran saya

Pengewangan saluran anda akan dijeda apabila tiada AdSense untuk akaun YouTube yang aktif dan diluluskan yang dipautkan kepada saluran anda. Program Rakan Kongsi YouTube menghendaki semua rakan kongsi mempunyai AdSense untuk akaun YouTube yang aktif, diluluskan dan dipautkan. 

Harap maklum bahawa tanpa AdSense untuk akaun YouTube yang aktif, diluluskan dan dipautkan untuk saluran anda, anda tidak boleh menjana wang daripada YouTube dan iklan tidak akan dijalankan pada video anda. Hal ini termasuk hasil daripada pengiklanan, langganan YouTube Premium dan sumber hasil lain seperti keahlian saluran.

Sementara pengewangan anda dijeda, anda masih boleh terus memuat naik kandungan asal dan membina khalayak anda pada YouTube. Jika anda menyertai Program Rakan Kongsi YouTube dan pengewangan anda dijeda, jangan bimbang – anda masih berada dalam program tersebut. Pengewangan akan disambung semula selepas memautkan AdSense untuk akaun YouTube yang aktif dan diluluskan.

Jika anda telah memiliki AdSense untuk akaun YouTube yang sedia ada, cuma pastikan bahawa alamat dalam fail telah disahkan. Untuk memastikan akaun anda selamat, kami menghendaki anda mengesahkan alamat anda sebelum kami menghantar sebarang pembayaran kepada anda. Ketahui lebih lanjut tentang perkara yang diperlukan di sini.

Pautkan AdSense untuk akaun YouTube

Jika anda menyertai Program Rakan Kongsi YouTube dan mahu mengubah AdSense untuk akaun YouTube yang berkaitan dengan saluran anda, anda boleh berbuat demikian dengan mengikut langkah ini: Ubah AdSense untuk akaun YouTube anda yang dipautkan.

Harap maklum bahawa jika anda mempunyai beberapa saluran yang menyertai Program Rakan Kongsi YouTube, AdSense untuk akaun YouTube perlu dipautkan kepada setiap saluran.

Selepas menyambung semula pengewangan, adakah saya akan menerima bayaran untuk tempoh masa saluran saya dijeda?

Tidak. Pengewangan yang dijeda bermakna saluran anda tidak akan menjana wang dari tempoh saluran anda dijeda dan iklan tidak akan dijalankan pada video anda.

Adakah saluran yang dijeda dikira sebagai “bantahan” terhadap Rangkaian Berbilang Saluran (MCN)?

Tidak. Pengewangan yang dijeda tidak melanggar dasar akauntabiliti saluran kami kerana pengewangan ini tidak dianggap sebagai peristiwa penyalahgunaan dalam dasar ini. “Penyahwangan” dianggap sebagai peristiwa penyalahgunaan dan tidak berkaitan dengan status pengewangan yang dijeda. Ketahui lebih lanjut tentang pengewangan yang dilumpuhkan.

Adakah tuntutan ditutup semasa pengewangan saluran saya dijeda?

Tidak. Jika pengewangan saluran anda dijeda, tuntutan tidak akan ditutup.

Berapakah tempoh masa yang diambil untuk menyediakan AdSense untuk akaun YouTube?

Walaupun persediaan AdSense atau AdSense untuk akaun YouTube baharu tidak mengambil masa yang lama, pengaktifan bagi akaun baharu boleh memakan sedikit masa. Kelulusan biasanya diperoleh dalam masa sehari atau lebih tetapi proses ini boleh mengambil masa beberapa hari. Jika anda memautkan AdSense untuk akaun YouTube baharu apabila pengesahan alamat PIN diperlukan, proses ini boleh mengambil masa 2–4 minggu. AdSense untuk akaun YouTube anda yang dipautkan perlu diaktifkan dan diluluskan sebelum pengewangan boleh disambung semula.

Apakah yang akan berlaku kepada keahlian saluran saya?

Apabila status pengewangan saluran dijeda, ciri keahlian saluran itu turut dijeda dan ahli akan diberitahu. Sepanjang tempoh ini, saluran memiliki 120 hari untuk menyambung semula pengewangan. Selepas 120 hari pengewangan dijeda, saluran akan kehilangan akses kepada keahlian dan saluran akan kehilangan bilangan ahli.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6214641224316866581
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false