YouTube Shorts menyediakan platform yang membolehkan sesiapa sahaja berhubung dengan khalayak baharu menggunakan telefon pintar sahaja dan kamera Shorts pada apl YouTube. Alat penciptaan Shorts YouTube memudahkan anda membuat video dalam format pendek dengan panjang maksimum 3 minit menggunakan kamera berbilang segmen kami.
Perubahan pada pengiraan tontonan video Shorts
Mulai 31/3/2025, kami mengemaskinikan cara tontonan video Shorts dikira. Tontonan akan dikira berdasarkan kekerapan video Shorts mula dimainkan atau dimainkan semula, tanpa keperluan masa tontonan minimum. Kemaskinian ini akan memberi pencipta gambaran yang lebih menyeluruh tentang prestasi video pendek mereka, terutamanya apabila mereka berkongsi kandungan pada pelbagai platform.
Kami akan mengekalkan metrik tontonan Shorts yang sedia ada, yang kini dipanggil “Tontonan sahih”, pada YouTube Analytics supaya anda boleh melihat bilangan penonton yang memilih untuk terus menonton video anda. Anda boleh menggunakan “Tontonan sahih” untuk membandingkan prestasi merentas semua video Shorts anda pada YouTube Analytics. Metrik ini juga tersedia untuk video dan strim langsung tetapi metrik ini sama seperti tontonan. Ketahui lebih lanjut.
Perubahan ini tidak akan memberikan kesan secara langsung kepada kelayakan Program Rakan Kongsi YouTube (YPP) dan perkongsian hasil iklan Shorts. Kedua-dua perkara ini akan bergantung kepada "Tontonan sahih". Oleh hal yang demikian, kelayakan dan pendapatan pencipta tidak akan berubah. Ketahui dasar pengewangan video Shorts dan kelayakan Program Rakan Kongsi YouTube dengan lebih lanjut.
Ketahui YouTube Shorts dengan lebih lanjut
Bagaimanakah cara membuat video Shorts?Anda boleh memuat naik video menegak yang disimpan pada komputer atau telefon pintar anda sebagai video Shorts. Anda juga boleh merakam video Shorts daripada apl YouTube pada peranti mudah alih. Begini caranya:
- Log masuk ke apl YouTube
.
- Ketik Buat
dan pilih video Shorts.
- Tahan Tangkap
atau ketik butang tersebut untuk memulakan rakaman, kemudian ketik butang sekali lagi untuk menghentikan rakaman.
- Nota: Anda boleh menukar tempoh pada penjuru atas sebelah kanan.
- Setelah rakaman anda selesai, anda boleh:
- Menambahkan muzik, menggunakan penapis atau kesan lain untuk meningkatkan rakaman anda.
- Mengetik Buat asal
untuk mengalih keluar klip video yang anda rakam sebelumnya atau mengetik Buat semula
untuk menambahkan semula klip tersebut.
- Mengetik Tutup
Padam atau Simpan dan keluar. Penyimpanan draf pada masa ini akan menyimpan sebarang pengeditan yang telah anda buat.
- Ketik Selesai
. Daripada skrin ini, anda boleh:
- Mempratonton video anda.
- Menambahkan bunyi, teks kepada pertuturan dan kesan lain.
- Mengetik Kembali
untuk kembali kepada skrin rakaman.
- Mengetik SETERUSNYA untuk menambahkan butiran pada video anda.
- Daripada skrin ini, tambahkan tajuk (maks 100 aksara) dan pilih tetapan, seperti privasi video.
- Nota: Tetapan privasi video lalai untuk pencipta yang berumur 13–17 tahun ialah peribadi. Jika anda berumur 18 tahun ke atas, tetapan privasi lalai video anda ditetapkan kepada umum. Semua orang boleh menukar tetapan ini untuk menjadikan video mereka umum, peribadi atau tidak tersenarai.
- Ketik Pilih khalayak
“Ya, video dihasilkan untuk kanak-kanak" atau "Tidak, video tidak dihasilkan untuk kanak-kanak" bagi memilih khalayak anda. Ketahui tentang dihasilkan untuk kanak-kanak dengan lebih lanjut.
- Daripada skrin ini, tambahkan tajuk (maks 100 aksara) dan pilih tetapan, seperti privasi video.
- Ketik MUAT NAIK VIDEO SHORTS untuk menerbitkan video Shorts anda.
Penonton boleh menemukan video Shorts anda dengan mengetik Shorts pada bahagian bawah apl YouTube. Daripada pemain, mereka boleh menatal untuk menonton strim video tanpa henti dalam Suapan Shorts.
Mereka juga mungkin menemukan video Shorts:
- Dalam hasil carian merentas YouTube, termasuk pada kebanyakan TV pintar, konsol permainan, dan peranti penstriman lain.
- Pada halaman utama YouTube.
- Ditampilkan pada halaman utama saluran anda.
- Dengan menyemak Langganan mereka.
- Dalam pemberitahuan mereka.
Pelanggan yang diperoleh melalui tontonan video Shorts anda dikira dalam pencapaian bagi Program Anugerah Pencipta tanpa mengira sumber mereka menemukan video Shorts anda.
Ya, kini anda boleh menjana pendapatan dengan YouTube Shorts. Untuk layak menyertai Program Rakan Kongsi YouTube (YPP) dengan Shorts, anda perlu memperoleh 1,000 pelanggan dengan 10 juta tontonan video Shorts umum yang sah dalam tempoh 90 hari yang lalu.