Berikut ialah beberapa mesej ralat biasa yang mungkin anda hadapi apabila anda menerbitkan koleksi peringkat jalan dan langkah yang anda lakukan untuk menyelesaikan ralat tersebut.
Penerbitan gagal
Jika percubaan untuk menerbitkan imejan gagal tanpa sebab yang khusus, serahkan semula fail tersebu. Sesetengah ralat penerbitan yang lain termasuk:
- Peleraian imej terlalu rendah: Saiz imej tidak memenuhi keperluan minimum. Tangkap semula imej dengan peleraian lebih tinggi dipilih daripada menu kamera anda.
- Fail telah diterbitkan: Pastikan anda memadamkan muat naik yang terdahulu sebelum cuba memuat naik fail.
- Titik GPS tidak sah: Metadata GPS salah atau tidak lengkap. Pastikan anda mempunyai isyarat GPS yang jelas, kemudian tangkap semula imej anda.
- Tidak dapat memproses maklumat lokasi: Tangkap semula Street View.
- Fail rosak: Muat naik semula fail. Jika fail tidak diterbitkan semula, maka tangkap semula Street View.
- Ralat dalaman: Muat naik semula fail.
Petua: Baru-baru ini kami telah membuat beberapa kemaskinian pada sistem pemprosesan imejan Street View untuk menjadikan imejan tersebut lebih baik dan lebih boleh dipercayai. Jika anda mengalami masalah untuk menerbitkan video 360 bagi Street View, semak dan pastikan bahawa anda mengikut amalan terbaik ini untuk pengumpulan imejan. Ketahui lebih lanjut tentang amalan terbaik untuk merakam video 360 bagi Street View.
Imejan telah dikeluarkan
Imejan mungkin telah dikeluarkan jika tidak memenuhi Dasar Kandungan yang Disumbangkan oleh Pengguna Peta. Pastikan kandungan anda mematuhi garis panduan dan terbitkan semula fail tersebut.