Jika apl Peta Google pada telefon atau tablet anda ranap atau menghadapi isu lain yang mempengaruhi pengalaman anda pada Peta, cuba langkah berikut:
- Kemas Kini Peta Google.
- Kosongkan storan dalam apl Tetapan pada peranti anda.
Kemas Kini Peta Google
Untuk menggunakan ciri apl terbaharu, muat turun versi terkini apl Peta Google.
Jika anda log masuk ke Akaun Google anda, kemas kini apl Peta Google terus daripada Gedung Play.
Jika anda tidak log masuk ke Akaun Google anda:
- Pada telefon atau tablet Android anda, pergi ke apl Peta dalam Gedung Play.
- Ketik Buka dalam apl Gedung Play.
- Elakkan daripada mengetik "pasang" atau anda akan diubah hala ke skrin log masuk yang tidak membenarkan pelangkauan.
- Anda akan digesa supaya log masuk.
- Di bahagian kanan sebelah atas, ketik Lagi
Kemaskinian.
- Cari "Peta - Navigasi & Teroka", kemudian ketik Kemas kini.
Kosongkan cache & data apl
Mulakan di sini, kemudian selesaikan proses tersebut pada peranti anda.
- Buka apl Tetapan
pada telefon atau tablet Android anda.
- Ketik Apl & pemberitahuan.
- Ikut langkah pada peranti anda untuk mencari apl Peta Google.
- Selepas anda memilih apl, pilihan storan & cache akan tersedia.
- Kosongkan cache: Memadamkan data sementara.
- Kosongkan storan data: Memadamkan semua data apl secara kekal.
Langkah khusus peranti
Biasanya anda boleh mengosongkan cache dan data apl menerusi apl Tetapan telefon anda. Lihat beberapa contoh langkah khusus peranti. Langkah yang sebenar mungkin berbeza-beza bergantung pada model peranti anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, dapatkan bantuan daripada pengilang peranti anda.
Telefon Samsung
- Pergi ke Tetapan peranti
Apl.
- Buka apl Peta.
- Ketik Storan
Kosongkan data.
Telefon LG
- Pergi ke Tetapan
Apl.
- Buka apl Peta.
- Ketik Storan
Kosongkan data.
Telefon Huawei
- Pergi ke Tetapan peranti
Apl.
- Ketik Apl sekali lagi.
- Buka apl Peta.
- Ketik Storan
Kosongkan data.
Telefon Oppo
- Pergi ke Tetapan peranti
Pengurus Apl.
- Ketik Tunjukkan proses sistem.
- Buka apl Peta.
- Ketik Storan
Kosongkan data.
Telefon Xiaomi
- Pergi ke Tetapan peranti
Apl.
- Buka tab "Urus apl".
- Buka apl Peta.
- Ketik Storan
Kosongkan data.
Telefon Vivo
- Pergi ke Tetapan peranti
Pengurus Aplikasi.
- Pilih Semua dalam menu tab dan pilih apl Peta.
- Ketik Kosongkan data.
Telefon Pixel
- Pergi ke Tetapan peranti
Apl & pemberitahuan.
- Ketik Lihat semua apl
Peta
Storan dan cache
Kosongkan cache.
Hantar maklum balas
Jika anda terus menghadapi isu tersebut, hantar maklum balas kepada kami.