Jurupandu Tempatan boleh bekerjasama dengan perniagaan untuk membuat pertemuan mereka lebih menyeronokkan dan lebih murah bagi para hadirin. Perniagaan mungkin bersetuju untuk menaja pertemuan dengan menyediakan barangan atau perkhidmatan (misalnya, diskaun untuk menyewa tempat atau makanan ringan percuma). Walau bagaimanapun, adalah penting anda memastikan bahawa penajaan tidak mempengaruhi sumbangan di Peta Google.
Berikut ialah garis panduan yang harus dipatuhi oleh Jurupandu Tempatan apabila menganjurkan pertemuan tajaan:
- Jurupandu Tempatan tidak harus menerima penajaan sebagai pertukaran untuk membuat sumbangan di Peta Google. Misalnya, anda tidak harus bersetuju untuk menulis ulasan positif tentang perniagaan yang menaja pertemuan — atau ulasan negatif tentang pesaing perniagaan tersebut. Peraturan ini dikenakan ke atas Jurupandu Tempatan yang menganjurkan pertemuan dan semua hadirin. Para hadirin tidak harus diminta melakukan apa-apa untuk atau bagi pihak perniagaan demi menyertai pertemuan tersebut.
- Jurupandu Tempatan tidak harus menerima sebarang bentuk pembayaran sebagai pertukaran untuk bekerjasama menganjurkan pertemuan dengan perniagaan tersebut.
- Jika pertemuan ini ditaja, pihak hos harus menyebut tentang penajaan tersebut dalam perihalan pertemuan mereka. Misalnya: “Jason's Ice Cream Shop menaja pertemuan ini. Mereka akan menyediakan ais krim untuk kita semua. Mereka faham bahawa tiada seorang pun dalam kalangan kita berjanji untuk membuat sumbangan tentang perniagaan mereka dalam apa jua bentuk sebagai pertukaran untuk menaja pertemuan ini.